Mat Over

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sulaiman Yassin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Yasin Sulaiman.
Mat Over
Sulaiman Over.jpg
Kelahiran Sulaiman Yassin
1952 (umur 64–65)
Terengganu, Malaysia
Nama lain Mat Over
Pekerjaan Pelawak, pelakon, penyanyi, penghibur
Tahun aktif 1990-an – kini
Anak 3

Sulaiman Yassin ialah pelawak dan pelakon di rangkaian RTM1 dan TV3. Dia berlakon sebagai 'Mat Over'[1] dalam sitkom popular "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang pernah disiarkan di TV3 arahan Hatta Azad Khan yang berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi. Kisah ini telah dipentaskan beberapa kali sebagai pementasan muzikal.

Sulaiman Yassin menambah watak-watak yang mewakili penduduk pantai timur dengan menggunakan Bahasa Melayu Terengganu yang cukup berkesan. Raut muka yang cengkung, bermisai, rambut kerinting serta tinggi cukup menghiburkan penonton.

Selain bergelar pelawak, Sulaiman juga seorang penyanyi lagu-lagu tradisional. Dia merupakan teman duet kepada Ratu Pop Tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris dan sering bergandingan dalam banyak persembahan kebudayaan. Sulaiman menjadi pilihan untuk berduet dengan Noraniza setelah kepergian penyanyi veteran Abdullah Chik yang telah kembali ke rahmatullah pada 1995. Lagu Tanda Kasih adalah lagu duet Sulaiman dan Noraniza yang masih popular hingga kini.

Nama Sulaiman kembali menjadi perhatian netizen apabila video dia menampar David Teo yang sedang bertanya soalan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 tular di media sosial.[2]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama Terbaik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]