Sultan Sallehuddin
| Sultan Sallehuddin | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kedah Darul Aman | |||||||||
Sultan Sallehuddin pada tahun 2018 | |||||||||
| Sultan Kedah ke-29 | |||||||||
| Pemerintahan | 12 September 2017 – kini | ||||||||
| Pertabalan | 22 Oktober 2018 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Abdul Halim | ||||||||
| Raja Muda | Tengku Sarafudin Badlishah | ||||||||
| Menteri Besar | Lihat senarai | ||||||||
| Raja Muda Kedah | |||||||||
| Pemerintahan | 15 Disember 2016 - 12 September 2017 | ||||||||
| Didahului oleh | Tunku Abdul Malik | ||||||||
| Diikuti oleh | Tengku Sarafudin Badlishah | ||||||||
| Keputeraan | Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Tunku Badlishah 30 April 1942 Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tanah Melayu | ||||||||
| Pasangan | Sultanah Maliha (k. 1965) | ||||||||
| Anakanda | |||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Mahawangsa | ||||||||
| Ayahanda | Sultan Badlishah | ||||||||
| Bonda | Sultanah Asma | ||||||||
| Agama | Sunni Islam | ||||||||
| Tandatangan | |||||||||
| Kerjaya ketenteraan | |||||||||
| Kesetiaan | |||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||
| Tahun perkhidmatan | 1964–kini | ||||||||
| Pangkat | |||||||||
| Unit | Rejimen Askar Melayu Diraja | ||||||||
| Pertempuran |
| ||||||||
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Jawi: الأمين الکريم سلطان صالح الدين ابن المرحوم سلطان بدلي شاه; diputerakan pada 30 April 1942) ialah Sultan Kedah ke-29 yang memerintah sejak 12 September 2017 hingga sekarang.[1]
Baginda merupakan adinda kepada Sultan sebelumnya, Sultan Abdul Halim dan putera kepada Sultan Badlishah, Sultan Kedah ke-27.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sultan Sallehuddin diputerakan dengan nama Tunku Mahmud Sallehuddin pada 30 April 1942, pada zaman pemerintahan nenda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.[2] Baginda diputerakan dan dibesarkan di Istana Anak Bukit. Baginda merupakan anakanda kesembilan daripada 14 putera dan puteri Sultan Badlishah dan Sultanah Asma.[3] Ayahanda baginda merupakan Sultan Kedah ke-27 manakala bonda baginda merupakan puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid. Baginda berkelulusan pendidikan tinggi daripada Kolej Kejuruteraan Ketenteraan, Poona di India.
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Sultan Sallehuddin berkahwin dengan Sultanah Maliha pada 26 November 1965. Sultanah Maliha merupakan kerabat diraja Kelantan, di mana baginda mempunyai hubungan sebagai cucunda saudara kepada Raja Perempuan Zainab II. Baginda berdua dikurniakan dua orang putera iaitu Tengku Sarafudin Badlishah, Raja Muda Kedah dan Tunku Shazuddin Ariff, Tunku Mahkota Kedah.
Kerjaya tentera
[sunting | sunting sumber]Kerjaya tentera Sultan Sallehuddin bermula dengan menjalani latihan kadet di Akademi Ketenteraan India di Dehradun, India, dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963. Sekembalinya ke tanah air, baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Febuari 1964 dan ditempatkan di Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Sepanjang perkhidmatan, baginda telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak. Kemuncak operasi adalah semasa konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia dimana baginda bersama batalion mengambil alih tugas di Kalabakan dan sempadan Indonesia–Malaysia seperti di Kampong Mentadah, Simpang Tiga, Apas Balong dan sebagainya. Batalion Ke-2 RAMD kemudiannya telah dipindahkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1965 dan seterusnya ke Kem Sungai Besi pada tahun 1966.
Pada tahun 1967, batalion baginda telah ditukarkan ke Sarawak untuk menjalankan operasi di kawasan sempadan Indonesia–Malaysia sehingga tahun 1968. Pada tahun 1969, batalion baginda seterusnya ditempatkan untuk bertugas di Kem Tok Jalai di Kedah. Selain daripada operasi di sempadan, batalion baginda juga turut menjalankan operasi di Sandakan, Sabah.
Pewaris takhta
[sunting | sunting sumber]Pada zaman pemerintahan nenda baginda Sultan Abdul Hamid, Tunku Mahmud Sallehuddin merupakan pewaris kelima kepada tahkta singgahsana Kedah, di belakang kakanda kandung baginda, Tunku Annuar. Apabila nenda baginda mangkat pada tahun 1943 dan ayahanda baginda, Sultan Badlishah menaiki takhta, baginda menjadi pewaris keempat. Selepas ayahanda baginda mangkat, kekanda sulung baginda, Sultan Abdul Halim pula yang menaiki takhta. Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Halim, kedudukan Raja Muda telah diberikan kepada kekanda kedua baginda, Tunku Abdul Malik kerana Sultan Abdul Halim tidak mempunyai putera. Tunku Sallehuddin pula telah diisytiharkan sebagai Tunku Temenggong pada 28 November 1981, yang melambangkan kedudukan baginda sebagai pewaris ketiga. Baginda juga menjadi salah satu anggota Jemaah Pemangku Sultan yang memerintah Kedah apabila Sultan Abdul Halim berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari Disember 2011 hingga Disember 2016. Pada tahun 2014, kekanda baginda yang merupakan pewaris takhta kedua, Tunku Annuar telah mangkat lalu digantikan kedudukannya oleh baginda.
Raja Muda Kedah
[sunting | sunting sumber]Pada November 2015, kekanda Tunku Sallehuddin yang merupakan Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik telah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah. Tunku Sallehuddin kemudiannya telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah yang baharu dan dimasyhurkan pada 16 Disember 2016 sebaik sahaja tempoh pemerintahan Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong tamat.[4][5]
Baginda memegang beberapa kedudukan penting termasuk sebagai canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan presiden Majlis Agama Islam Kedah.[6]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Pada 12 September 2017, Tunku Sallehuddin telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 oleh Menteri Besar, Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit. Baginda menggantikan kakanda baginda, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada hari sebelumnya iaitu pada 11 September 2017.[7] Sejurus pengumuman itu, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali diikuti tiupan nafiri dan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Syeikh Fadhil Awang.[8] Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Kedah yang baru dibuat Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah pada hari kemangkatan Sultan Abdul Halim.[9]
Pada usia 75 tahun, Baginda merupakan raja memerintah yang tertua pada usia menaiki takhta. Rekod sebelum ini dipegang oleh Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta secara rasmi pada usia 64 tahun setelah kemangkatan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Sultan Sallehuddin telah ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit pada 22 Oktober 2018 dan diberi gelaran Al-Aminul Karim. Istiadat pertabalan baginda itu berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Kedah serta buat pertama kalinya disiarkan di televisyen, selepas kali terakhir istiadat yang sama diadakan pada 1959, iaitu ketika kekanda baginda, Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Sultan Kedah Ke-28.[10]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
[sunting | sunting sumber]| Gaya bagi Sultan Sallehuddin | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
| Gaya percakapan | Kebawah Duli Tuanku |
| Gaya alternatif | Tuanku |
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]- 30 April 1942 – 13 Mei 1943: Yang Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Tunku Badlishah.
- 13 Mei 1943 – 13 Julai 1958: Yang Amat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Sultan Badlishah.
- 13 Julai 1958 – 28 November 1981: Yang Amat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
- 28 November 1981 - 1996: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah.
- 1996 - 30 Jun 2011: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Mahmud Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah.
- 30 Jun 2011 — 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengrusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
- 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah Darul Aman.
- 12 September 2017 – 22 Oktober 2018: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXIX.
- 22 Oktober 2018 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXIX.
- Jawi: كبوه دولي يڠ مها مليا الأمينل كريم سلطان صالحالدين ابن المرحوم سلطان بدليشاه، سلطان نڬري قدح دارول امان ك-29.
Kurniaan
[sunting | sunting sumber]Kurniaan Kedah
[sunting | sunting sumber]
Kedah :
Raja dan Ketua bagi Darjah Kerabat Diraja Kedah (DK) [11]
Raja dan Ketua bagi Darjah Kerabat Halimi Yang Amat Mulia Kedah (DKH)
Raja dan Ketua bagi Darjah Utama Untuk Jasa Kedah (DUK)
Raja dan Ketua bagi Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK)- Raja dan Ketua bagi Darjah Utama Seri Maharaja Bintang Darul Aman Kedah (SMDK)
Raja dan Ketua bagi Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS)- Raja dan Ketua bagi Darjah Seri Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SGMK)
Raja dan Ketua bagi Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK)
Raja dan Ketua bagi Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK)
Dato’ Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK) (28.11.1982) membawa gelaran Dato'
Bintang Perkhidmatan Yang Berbakti Negeri Kedah (BCK) (28.11.1970)
Pingat Jubli Perak Sultan Abdul Halim (1983)
Pingat Jubli Emas Sultan Abdul Halim (2008)
Pingat Pertabalan Sultan Sallehuddin (2018)
Kurniaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Ahli (DMN) (15.10.2018) Darjah Utama Seri Mahkota Negara [12]
Panglima Setia Mahkota Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (PSM) (4.6.2011) membawa gelaran Tan Sri
Pahlawan Angkatan Tentera Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (PAT) (2012)
Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) (1974)
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Kelantan :
Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (30.9.2017) (Bintang Al-Yunusi) [13]
Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Bintang Al-Muhammadi) (SPMK) (28.11.2016) membawa gelaran Dato' [14]
Johor :
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) (30.10.2017) [15]
Perak :
Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (4.12.2017) [16]
Selangor :
Darjah Pertama Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK I) (25.1.2018) [17]
Negeri Sembilan :
Ahli Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Mulia (D.K.N.S.) (21.8.2018) [18]
Perlis :
Pahang:
Eponim
[sunting | sunting sumber]- Masjid Sultan Sallehuddin, Mukim Pulai, Kedah.[19]
- Masjid Sultan Sallehuddin, Kodiang, Kedah.
Keturunan
[sunting | sunting sumber]| Keturunan Sultan Sallehuddin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ghazali, Adha; Iskandar, Petah Wazzan (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Berita Harian. Dicapai pada 12 September 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed Kedah's Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhur Raja Muda Kedah]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Disember 2016. Dicapai pada 16 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed as Kedah Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah]. Malaysia Kini (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2016. Dicapai pada 16 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan Raja Muda Kedah". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-28.
- ^ "Tan Sri Tunku Sallehuddin Dimasyurkan Sebagai Raja Muda Kedah". mStar. 15 Disember 2016. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "Tunku Sallehuddin, putera kesembilan Sultan Badlishah". Sinar Harian. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Kerajaan Negeri Kedah. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Jamliah Abdullah (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin diisytihar Sultan Kedah baharu". Utusan Online. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Jamliah Abdullah (22 Oktober 2018). "Sultan Sallehuddin selamat ditabal Sultan Kedah ke-29" Check
|url=value (bantuan). Berita Harian. Dicapai pada 22 Oktober. Check date values in:|access-date=(bantuan) - ^ "Raja Muda of Kedah heads state awards list". The Star Online. 15 Januari 2017. Dicapai pada 28 September 2017.
- ^ "Sultan Kedah terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara". Berita Harian. 15 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DI HORMATI (D.K) KELANTAN KEHADAPAN KDYMM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH". Kerajaan Negeri Kelantan. 30 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan". MYNEWSHUB. 12 November 2016. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ Ifwan Tun Tuah (30 Oktober 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Noorazura Abdul Rahman (4 Disember 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Perak". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Hafizan Taib (14 Disember 2017). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran Selangor". Selangorkini. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Ifwan Tun Tuah (14 Januari 2018). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Safuri Kamarudin (10 Mac 2018). "Tukar nama jadi Masjid Sultan Sallehuddin". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "kedah12".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Sultan Sallehuddin Kerabat diraja Kedah Tarikh keputeraan: 30 April 1942
| ||
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Sultan Kedah 2017–kini |
Pemegang jawatan kini Raja Muda: Tunku Sarafuddin Badlishah |
| Gelaran Diraja | ||
| Didahului oleh Tunku Abdul Malik |
Raja Muda Kedah 2016 – 2017 |
Diikuti oleh: Tunku Sarafuddin Badlishah |
| Didahului oleh Tunku Abdul Malik |
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah 2014 – 2016 |
Kosong |
- Laman dengan petikan yang mempunyai parameter berlebihan
- Kelahiran 1942
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Raja Muda Kedah
- Sultan Kedah abad ke-21
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penubuhan 2017 di Malaysia
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan
- Canselor Universiti Utara Malaysia
