Syed Abdul Kadir Mohamed
Syed Abdul Kadir Mohamed SPMJ (Johor) | |
---|---|
Menteri Besar Johor ke-8 | |
Dalam jawatan 20 Februari 1952 – 5 Jun 1955 | |
Didahului oleh | Dato' Onn Jaafar |
Digantikan oleh | Dato' Wan Idris Wan Ibrahim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Syed Abdul Kadir bin Mohamed 5 Jun 1900 Muar, Johor, British Malaya |
Meninggal dunia | 3 Jun 1960 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 59)
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah |
Dato' Syed Abdul Kadir bin Mohamed (5 Jun 1900 – 3 Jun 1960) merupakan bekas Menteri Besar Johor dari 20 Februari 1952 hingga 5 Jun 1955. Sebelum beliau ialah Dato' Onn Jaafar (1947-1950). Selepas beliau ialah Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (1955-1959).
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900 di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar. Beliau mengaji Al-Quran daripada ibu bapanya. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Muar dan Raffles School, Singapura.
Beliau menjadi kerani dan kerani pangkat dua di Pejabat Perbandaran Muar. Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.
Setelah belajar, beliau menjadi Setiausaha Bandaran Johor Bahru (1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Federal Council dan dilantik Menteri Besar Johor pada 20 Februari 1952.[2]
Menentang Malayan Union[sunting | sunting sumber]
Beliau bersama Tan Sri Anwar Malik dan Haji Syed Alwi bin Syed Sheikh al-Hadi dari Hospital Sultanah Aminah telah menemui pegawai daerah Batu Pahat, Dato' Onn Jaafar bagi menulis surat serta rencana kepada Utusan Melayu agar semua orang Melayu menentang Malayan Union.
Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]
Johor :
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato' (1960)[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar Online. Dicapai pada 26 Mac 2021.
- ^ 1952 - 1955 : Dato' Syed Abd. Kadir Bin Mohamed
- ^ "90 RECEIVE SULTAN'S C-DAY AWARDS". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times. 12 Februari 1960. OCLC 556448185. Dicapai pada 26 Mac 2021.