Bangunan Dato' Jaafar Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
باڠونن داتوء جعفر محمد
Dato' Jaafar Muhammad Building.JPG
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPejabat Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri Johor
LokasiKota Iskandar
Iskandar Puteri
Johor
Malaysia
Pembinaan bermula2006
Disiapkan pada
2008
Pembukaan2009
PemilikKerajaan Johor
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
5
Reka bentuk dan seni bina
PemajuUEM Builders Berhad
Cahaya Jauhar Sdn Bhd

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad (BDJM) dibina dengan keluasan 21,480 kaki persegi setinggi lima tingkat. Kompleks ini merangkumi ruang Pejabat Menteri Besar Johor,[1] pejabat-pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia mempunyai kapasiti bagi populasi 530 orang kakitangan. Dilengkapi dengan dewan serba guna, surau, kafetaria, lapangan teater dan taman.[2][3]

Nama Bangunan Dato' Jaafar Muhammad diambil sempena nama Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato' Jaafar bin Haji Muhammad, bapa kepada Dato' Onn Jaafar. Bangunan ini merupakan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Konsep bangunan ini ialah unik iaitu "rumah dalam taman". Keindahan alam semulajadi seperti kawasan lapang, taman-taman dan ciri-ciri air menjadi unsur utama di bangunan tersebut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]