Tangan Hitam (Palestin)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tangan Hitam.

Tangan Hitam ([ الكف الاسود (transliterasi) al-Kaff al-Aswad] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah pertubuhan bersenjata di Mandat Britain di Palestin. Ia ditubuhkan pada tahun 1930 dan diketuai oleh Syeikh Izz ad-Din al-Qassam kelahiran Syria sehingga kematian beliau pada tahun 1935.[1]

Selepas kegagalan Rusuhan Syria 1921 yang dipimpin oleh beliau, al-Qassam melepaskan diri ke Haifa dan terlibat dalam merekrut dan melatih para petani Arab. Sel-sel pergerakan bawah tanah dianggotai tidak lebih dari lima orang. Pertubuhan ini dikenali sebagai Black Hand. Keseluruhannya, beliau merekrut antara 200 hingga 800 ahli. Dalam kebanyakan tindakan mereka mensasarkan sasaran-sasaran Yahudi di utara Palestin di antara tahun 1930 sehingga 1935 dan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang Yahudi.[2] Dalam satu peristiwa, tiga anggota Yagur telah terbunuh, dan dalam satu peristiwa yang lain seorang bapa dan anak lelaki beliau terbunuh di Nahalal.

Al-Qassam mewajarkan keganasan atas alasan agama. Selepas pembunuhan beramai-ramai Hebron 1929, beliau memperhebatkan promosi propaganda anti zionis dan anti Britain dan mendapatkan satu fatwa daripada Shaykh Badr al-Din al-Taji al-Hasani, Mufti Damsyik, membenarkan penentangan bersenjata terhadap Britain dan Yahudi.

Pada November 20, 1935, selepas membunuh seorang pegawai polis Palestin, al-Qassam telah dikepung oleh polis Britain di dalam sebuah gua berdekatan Jenin dan terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata bersama-sama tiga orang pejuang beliau. Beberapa orang pejuang Black Hand yang terselamat kemudian terlibat dalam rusuhan Arab 1936–1939 di Palestin.[3]

Meskipun pemberontakan al-Qassam tidak berjaya semasa hidup beliau, banyak pertubuhan mendapat inspirasi dari contoh revolusi beliau.[4] Beliau menjadi seorang wira terkenal dan inspirasi kepada pejuang Arab selepas beliau, yang mana semasa rusuhan Arab 1936-1939, memanggil kumpulan mereka sebagai Qassamiyun, para pengikut al-Qassam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Strike Terror: The Story of Fatah, Ehud Yaari, Sabra Books, 1970, m/s. 41-42
  2. ^ Lozowick, Yaacov (2003). Right to Exist: A Moral Defense of Israel's Wars. Doubleday. m/s. 48. 
  3. ^ War, Peace and Terror in the Middle East, Raphael Israeli, Routledge, 2003, p.7
  4. ^ Segev, Tom (1999). One Palestine, Complete. Metropolitan Books. m/s. 360–362. ISBN 0805048480. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]