Telur berinti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telur berinti
تلور براينتي
Sepinggan telur berinti
Nama alternatiftelur sumbat, telur Rusia
EponimDevil, Rusia Sunting ini di Wikidata
JenisMakanan, entrée Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHors d'oeuvre
Tempat asalItali
Kawasan/rantauRom
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaTelur, mayonis, mustard
Cara penyediaanInti (makanan) Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiPelbagai
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
200 kcal (837 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Telur berinti (Jawi: تلور براينتي; Bahasa Inggeris: deviled eggs), juga dikenali sebagai telur sumbat, telur Rusia, atau telur berhias ialah telur rebus yang telah dikupas, dipotong setengah, dan diisi dengan pes yang dibuat daripada kuning telur dicampur dengan bahan-bahan lain seperti mayonis dan mustard.[1] Ia biasanya dihidangkan sebagai hidangan sampingan, pembuka selera atau sajian utama, biasanya untuk percutian atau ketika parti. Asal-usul hidangan ini dapat dilihat dalam resipi telur rebus dan berperisa yang jauh lebih awal seperti Rom kuno, di mana mereka secara tradisional dihidangkan sebagai sajian pertama.[2][3] Hidangan ini popular di Eropah dan di Amerika Utara.

Penyediaan dan ramuan[sunting | sunting sumber]

Demonstrasi video menyediakan telur berinti
Sepinggan telur berinti
boneka telur

Telur rebus dikupas dan dibelah separuh, dan kuning dikeluarkan. Kuningnya itu kemudian dilecek dan dicampur dengan pelbagai bahan lain, seperti mayonis dan mustard.[4] Sos tartar atau sos Worcestershire juga kadang-kadang digunakan. Perasa biasa yang lain termasuk: jeruk timun dipotong dadu atau relish jeruk, garam, lada hitam kisar, serbuk cili merah atau chipotle cili, kunyit, cuka, sos tomato, zaitun hijau, pimentos, kaskas, taim, daun ketumbar, bawang cincang, air jeruk, kaviar, krim, kaper, dan krim masam. Versi kontemporari telur berinti cenderung menyertakan pelbagai perisa dan bahan-bahan tambahan, seperti bawang putih, lobak putih, wasabi, jalapeños, keju, cutni, capers, salsa, sos pedas, ham, cendawan, bayam, krim masam, kaviar, udang, salmon salai atau makanan laut lain, dan sardin.

Campuran kuning telur kemudiannya dibumbuh ke dalam setiap "telur" telur yang dibuat dari putih telur. Old Bay, paprika, serbuk kari, cayenne, kucai, atau adas manis boleh ditaburi di atasnya sebagai hiasan. Telur yang siap boleh dihiasi lebih lanjut dengan kaviar, ikan bilis, bakon, udang, atau ikan hering.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Robert A. Palmatier, "Makanan: kamus istilah literal & bukan istilah" Westport: Greenwood Press, 2000. h. 96
  2. ^ Rebecca Katz (26 February 2013). The Longevity Kitchen: Satisfying, Big-Flavor Recipes Featuring the Top 16 Age-Busting Power Foods. Random House Digital, Inc. m/s. 173–. ISBN 978-1-60774-294-4. Dicapai pada 18 March 2013.
  3. ^ "The Ancient History of Deviled Eggs". Dicapai pada 21 August 2017.
  4. ^ Seni Membuat Telur Devilled [1] (2008-08-08)