Markas Tengah Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat
Official CENTCOM Seal.png
Lambang Markas Tengah AS
Ditubuhkan pada1983
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas medan bersepadu
Sebahagian daripadaJabatan Pertahanan
IbupejabatPangkalan Tentera Udara MacDill
Tampa, Florida, A.S.
Nama samaranCENTCOM
PertempuranPerang Teluk Parsi
Perang Iraq
Perang di Afghanistan
Operasi Inherent Resolve
Komander
Panglima MedanJeneral Kenneth F. McKenzie Jr., USMC
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Thomas W. Bergeson, USAF[1]
Komander
terkenal
Jeneral David Petraeus
Laksamana William Fallon
Jeneral John Abizaid
Jeneral Tommy Franks
Jeneral Anthony Zinni
Jeneral Jim Mattis
Jeneral Norman Schwarzkopf
Jeneral Lloyd Austin
Tanda kebesaran
Lencana pengenalan khidmat tempur (Tentera Darat A.S. sahaja)Central Command insignia.jpg

Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat (USCENTCOM atau CENTCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan mengambil alih tanggungjawab sebelumnya dari Pasukan Petugas Aturgerak Cepat Bersama (RDJTF).

Kawasan Tanggungjawab CENTCOM merangkumi Timur Tengah, termasuk Mesir di Afrika, dan Asia Tengah, terutamanya Afghanistan dan Iraq. Pemerintahan ini menjadi penggerak utama Amerika dalam kebanyakan operasi ketenteraan, seperti Perang Teluk (Operasi Desert Storm, 1991), Perang di Afghanistan, dan Perang Iraq (2003–2011). Pada tahun 2015, tentera CENTCOM digerakkan sepenuhnya di Afghanistan (Operasi Freedom Sentinel, sebahagian dari Misi Bantuan Resolute NATO, 2015–kini), Iraq dan Syria (Operasi Inherent Resolve, 2014–kini) dalam peranan menyokong, membantu dan memberi nasihat.

Pada 28 Mac 2019, Panglima CENTCOM ialah Jeneral Kenneth F. McKenzie Jr., dari Kor Marin AS.

Daripada semua enam markas medan bersepadu serantau Amerika, CENTCOM adalah di antara tiga markas yang mempunyai ibupejabat di luar kawasan operasi (lagi dua ialah USAFRICOM dan USSOUTHCOM). Ibupejabat CENTCOM terletak di Pangkalan Tentera Udara MacDill, di Tampa, Florida. Sebuah ibupejabat hadapan telah didirikan pada tahun 2002 di Kem As Sayliyah di Doha, Qatar, yang pada 2009 beralih ke ibupejabat hadapan di Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar.

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2019, Jen Kenneth F. McKenzie Jr. menjadi Panglima. Beliau mengambil alih dari JEN Joseph Votel, USA,[2] yang mengambil alih dari Jeneral Lloyd Austin, yang mengambil alih dari Mattis, yang mengambil alih pula dari Leftenan Jeneral John R. Allen, USMC, iaitu timbalan panglima sejak Julai 2008, yang mengambil alih pemerintahan sementara apabila panglima sebelumnya, Jeneral David Petraeus, USA, bertukar sebagai pemerintah Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan pada 23 Jun 2010.[3][4][5][6]

No. Imej Nama Pasukan Mula Akhir Tempoh
1. General Robert Kingston, official military photo, 1984.JPEG JEN Robert Kingston Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
1 Januari 1983 27 November 1985 1061 hari
2. General George Crist, official military photo, 1985.JPEG Jen George B. Crist Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
27 November 1985 23 November 1988 1092 hari
3. NormanSchwarzkopf.jpg JEN H. Norman Schwarzkopf Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
23 November 1988 9 Ogos 1991 989 hari
4. Joseph Hoar official military photo.jpg Jen Joseph P. Hoar Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
9 Ogos 1991 5 Ogos 1994 1092 hari
5. General Binford Peay, official military photo, 1991.jpg JEN J. H. Binford Peay III Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
5 Ogos 1994 13 Ogos 1997 1104 hari
6. Anthony Zinni.jpg Jen Anthony Zinni Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
13 Ogos 1997 6 Julai 2000 1058 hari
7. TommyFranks.jpg JEN Tommy Franks Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
6 Julai 2000 7 Julai 2003 1096 hari
8. John Abizaid.jpg JEN John Abizaid Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
7 Julai 2003 16 Mac 2007 1348 hari
9. ADM Fallon Portrait.jpg LAKS William J. Fallon Emblem of the United States Navy.svg
U.S. Navy
16 Mac 2007 28 Mac 2008 378 hari
(Pemangku) General Martin E. Dempsey.jpg LTJ Martin Dempsey Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
28 Mac 2008 31 Oktober 2008 217 hari
10. GEN David H Petraeus - Uniform Class A.jpg JEN David Petraeus Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
31 Oktober 2008 30 Jun 2010 607 hari
(Pemangku) LtGen John R. Allen USMC.jpg LtJen John R. Allen Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
30 Jun 2010 11 Ogos 2010 42 hari
11. Mattis Centcom 2009.jpg Jen Jim Mattis Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
11 Ogos 2010 22 Mac 2013 954 hari
12. Austin 2013 2.jpg JEN Lloyd Austin Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
22 Mac 2013 30 Mac 2016 1104 hari
13. General Joseph L. Votel (USCENTCOM).jpg JEN Joseph Votel Mark of the United States Army.svg
U.S. Army
30 Mac 2016 28 Mac 2019 1093 hari
14. General Kenneth F. McKenzie, Jr (USCENTCOM).jpg Jen Kenneth F. McKenzie Jr. Emblem of the United States Marine Corps.svg
U.S. Marine Corps
28 Mac 2019 Penjawat kini 198 hari

Para Panglima Markas Tengah A.S. mengikut cabang tentera[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Darat: 9
  • Kor Marin: 6
  • Tentera Laut: 1
  • Tentera Udara: tiada
  • Pengawal Pantai: tiada

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LEADERSHIP".
  2. ^ Tara Copp (21 August 2018). "New CENTCOM, SOCOM leadership named". Military Times. Dicapai pada 28 March 2019.
  3. ^ "Mattis takes over Central Command, vows to work with Mideast allies in Afghanistan, Iraq". Fox News Channel. Associated Press. 11 August 2010. Dicapai pada 15 March 2012.
  4. ^ Mitchell, Robbyn (12 August 2010). "Mattis takes over as CentCom chief". St. Petersburg Times. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2012. Dicapai pada 12 August 2010.
  5. ^ "Mattis assumes command of CENTCOM". U.S. Central Command. 11 August 2010. Dicapai pada 12 August 2010.
  6. ^ "Lt. Gen. Allen named CENTCOM acting commander" (Siaran akhbar). U.S. Central Command. 30 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2010. Dicapai pada 2 July 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]