Anjing pemburu bau Hanover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu bau Hanover
Nama lainAnjing pemburu bau Hannover
Anjing pemburu Hanover
Anjing pemburu Hannover
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu bau Hanover atau anjing pemburu Hanover[a] ialah satu baka anjing pemburu dan anjing penjejak yang diturunkan daripada anjing pemburu darah dari Zaman Pertengahan. Ia pertama kali diperkenalkan ke Perancis pada tahun 1980-an dan masih merupakan baka sangat jarang. Ia dibiakbakakan bersilang dengan anjing pemburu Bavaria yang membawa kepada kemunculan anjing pemburu gunung Bavaria.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing berbulu pendek ini berwarna antara perang kemerah-merahan muda dengan tua dengan penampilan brindle. Ia mungkin juga mempunyai topeng. Secara keseluruhan, anjing pemburu Hanover mempunyai binaan kukuh dengan kepala besar, rahang kuat, dan dada dalam. Beratnya berukuran 36–45 kg (79–99 lb). Jantannya berukuran setinggi 50–55 cm (19.5–21.5 in) sementara betinanya lebih kecil sedikit, iaitu kira-kira 48–53 cm (19–21 in).

Perangai[sunting | sunting sumber]

Seperti mana-mana anjing pekerja, anjing pemburu Hanover paling sesuai tinggal di kawasan yang membolehkannya bersenam dan tidak sesuai untuk tinggal di kota. Ia tentang dan setia, namun diperihalkan degil dan tekun apabila berburu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو باءو هانوۏر; انجيڠ ڤمبورو هانوۏر; Jerman: hannoverscher Schweißhund; bahasa Inggeris: Hanoverian scenthound; Hanoverian hound; Hanover hound

Pautan luar[sunting | sunting sumber]