Anjing penuding berbulu panjang Jerman
| Nama ringkas | GLP | ||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||
Anjing penuding berbulu panjang Jerman[a] ialah satu baka gundog Jerman daripada jenis anjing penuding. Ia berkait rapat dengan baka anjing penuding Jerman lain, iaitu anjing penuding berbulu pendek Jerman, anjing penuding berbulu dawai Jerman, dan anjing penuding besar Münster. Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Anjing penuding berbulu panjang Jerman dikembangkan di Jerman untuk kegunaan sebagai anjing penuding. Pembiakbakaan terpilih bermula pada tahun 1879; piawaian baka yang dirangka oleh Verein zur Veredelung der Jagdhundrassen di Hanover tidak didapati memuaskan dan, pada tahun 1983, sebuah persatuan baka – Club Langhaar ("Kelab Langhaar") – diasaskan oleh Friedrich von Schorlemer-Alst, yang pada tahun 1897 merangka piawaian baka yang menjadi dasar kepada anjing penuding berbulu panjang Jerman moden.[4][5]
Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[3]
Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2024, angka tahunan pendaftaran baharu di Jerman berpurata sekitar 509, dengan angka terendah sebanyak 352 dan angka tertinggi sebanyak 587; jumlah bilangan pendaftaran dalam tempoh itu ialah 7,632, atau sekitar 0.68% daripada jumlah 1,127,154 pendaftaran.[6]
Ciri
[sunting | sunting sumber]
Anjing penuding berbulu panjang Jerman bersaiz sederhana: ketinggian pada paras kelasa untuk betina adalah dalam julat 58–66 cm (23–26 in), dengan ketinggian unggul 60–63 cm (24–25 in); julat untuk jantan pula ialah 58–66 cm (23–26 in), dengan ketinggian unggul 63–66 cm (25–26 in).[1][2] Purata berat badan untuk kedua-dua jantina ialah sekitar 30 kg (66 lb).[1][2]
Lapis bulunya sederhana panjang, kira-kira sepanjang 3.5 cm (1.4 in) pada tubuh, lebih pendek pada kepala, dan agak tergantung-gantung di sisi bawah leher dan tubuh.[5] Lapis bulunya tebal dan sama ada lurus atau sedikit beralun, dengan lapis bulu bawah padat, dan terbentang rapat dengan tubuh.[1][2] Warnanya mungkin: perang padu; perang, sama ada berbintik atau dengan tanda-tanda putih; kemerah-merahan gelap dengan tompok-tompok berwarna perang gelap; putih, berbelak dengan tompok-tompok perang kecil; atau perang dan putih, dengan tompok-tompok atau tanpa tompok-tompok.[1][2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan anjing pemburu serba guna, yang dibiakbakakan khusus untuk memburu, menuding, dan kemudian mengutip buruan di atas darat dan dari dalam air.[7]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو ڤنجڠ جرمن; Jerman: deutscher langhaariger Vorstehhund, Deutsch Langhaar; bahasa Inggeris: German long-haired pointing dog, German longhaired pointer, German long-haired pointer
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 6 7 8 "FCI - Standard Nr. 117 DEUTSCH LANGHAAR" [Piawaian FCI No. 117 Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 September 2014. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 "FCI-Standard N°117 DEUTSCH LANGHAAR" [Piawaian FCI No. 117 Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 September 2014. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- 1 2 "FCI breeds nomenclature: DEUTSCH LANGHAAR (117)" [Tatanama baka FCI: ANJING PENUDING BERBULU PANJANG JERMAN (117)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- ↑ "Die Rasse des Monats: Deutsch-Langhaar" [Baka Bulan Ini: Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2026. Dicapai pada 21 Mac 2026.
- 1 2 "Deutsch Langhaar" [Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2026. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- ↑ "Welpenstatistik" [Statistik Anak Anjing] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2026. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- ↑ "Characteristics & Breed Standard" [Ciri dan Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). Ashford, Kent, United Kingdom: German Longhaired Pointer Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2026. Dicapai pada 21 Mac 2026.