Anjing Weimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Weimar
Anjing Weimar jantan dengan ekor terpotong
Nama lainAnjing penuding Weimar
Nama ringkasRaner
Weim
"Grey Ghost"
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 25–35 kg (55–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 59–70 cm (23–28 in)[1][2]
Betina 57–65 cm (22–26 in)[1][2]
Jangka hayat 11–14 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Weimar, weimaraner,[a] atau anjing penuding Weimar[b] ialah satu baka anjing besar yang pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing pemburu pada awal abad ke-19.[4] Anjing Weimar awal digunakan oleh kerabat diraja untuk pemburuan buruan besar seperti babi hutan, beruang, dan rusa. Sebaik kepopularan pemburuan buruan besar mula menurun, anjing Weimar digunakan untuk pemburuan haiwan lebih kecil seperti unggas, arnab, dan rubah.

Namanya diperoleh daripada Großherzog Saxe-Weimar-Eisenach, Karl August, yang mempunyai isi istana baginda, yang terletak di bandar raya Weimar (kini di negeri Thüringen di Jerman masa kini), menikmati perburuan. Anjing Weimar ialah gundog serba guna dan memiliki trait seperti kelajuan, stamina, deria bau tajam, mata bagus, keberanian, dan kecerdasan.[5] Baka ini kadang-kadang dirujuk sebagai "grey ghost" ("hantu kelabu") di dunia anjing kerana lapis bulu seakan-akan hantu dan warna mata serta gaya perburuan senyap-senyap.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Leithund, penyumbang besar kepada baka weimaraner[1][2]

Weimaraner dibela di perkarangan istana Weimar pada abad ke-19 dan membawa banyak keleluhuran leithound.[1][2] Dua teori mencadangkan bahawa ia diturunkan daripada chien-gris,[6] atau daripada anjing pemburu Santo Hubert, yang keturunannya ialah anjing pemburu darah.[7] Pada mulanya, Großherzog Jerman Karl August menggunakan weimaraner untuk memburu buruan besar seperti serigala, beruang, dan babi hutan, tetapi apabila bilangan haiwan buruan besar di Eropah berkurangan, weimaraner bertukar menjadi pemburu tuding-dan-kutip untuk buruan kecil.[8] Baka ini tiba di Amerika pada lewat tahun 1920-an dan kepopularannya meningkat pada tahun 1950-an,[8] sebahagian besarnya disebabkan oleh selebriti seperti Grace Kelly, Presiden Dwight D. Eisenhower, dan Dick Clark. Artis dan jurugambar masyhur William Wegman meningkatkan lagi kepopularan baka ini dengan potret dan segmen video anjing Weimar yang terkenal di dunia.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing Weimar berbulu pendek

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing Weimar berpenampilan atletik. Secara tradisional, ekornya terpotong. Walau bagaimanapun, anjing memerlukan goyangan ekor untuk menjaga kesihatan kelenjarnya. Di negara yang masih mengizinkan pemotongan ekor, ekor terpotong patut berukuran sepanjang hampir-hampir 6 inci pada anjing dewasa, menurut piawaian baka American Kennel Club. Pemotongan ekor dilarang di beberapa buah negara. Oleh itu, di sana, baka ini ditunjukkan dengan ekor menyeluruh. Piawaian baka The Kennel Club British memerihalkan ekor yang mencapai paras keting dan terangkat ke bawah paras belakang apabila tenang, dan piawaian kelab baka Jerman mensyaratkan ekor lengkap yang kuat dan berlapis bulu baik serta dapat diangkat ke atas garis belakang apabila anjing bekerja. Anjing Weimar mempunyai kaki renang yang menjadikannya anjing air hebat.

Mata anjing Weimar mungkin berwarna ambar muda, kelabu, atau kelabu biru, dan telinganya panjang dan mirip baldu.

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Anjing Weimar berbulu panjang

Lapis bulu pendek dan mata luar biasa baka ini memberikan penampilan agung distingtif. Lapis bulu memerlukan penyelenggaraan sangat minimum, pendek, keras, dan licin kepada sentuhan, dan mungkin terdiri daripada warna biru arang kepada kelabu tikus kepada kelabu perak atau bahkan kelabu biru. Di tempat dengan bulu nipis atau tanpa bulu, di dalam telinga atau di bibir sebagai contoh, kulit patut berwarna merah jambu dan bukan pula putih atau hitam. Anjing Weimar tidak mempunyai lapis bulu bawah. Maka, kesejukan ekstrem patut dielakkan. Walaupun lapis bulunya pendek, baka ini berganti bulu.

Pada November 2009 dan pada 1 Januari 2010, United Kennel Club (UKC) menggugurkan penyingkiran kelayakan daripada anjing Weimar biru and berbulu panjang. Lapis bulu hitam kekal sebagai syarat penyingkiran automatik, walaupun tanda putih kecil di bahagian dada sahaja diizinkan. Anjing dengan lapis bulu biru disingkirkan daripada pertandingan pengakuran/pertunjukan,[9] tetapi diiktiraf sebagai weimaraner baka tulen oleh AKC. Terdapat lagi satu keragaman sampingan, yang diperihalkan sebagai keragaman yang mempunyai "mark of the hound" ("tanda hound", "tanda anjing pemburu"), iaitu apabila anjing berkenaan berwarna kelabu biasa tetapi dengan tanda sawo matang pudar (serupa dengan pincer Dobermann). Anjing Weimar dapat mempunyai mana-mana daripada beberapa ciri fizikal unik seperti cuping kecil di bahagian dalam telinga, yang dikenali sebagai "Harrasburg Horns", dan tompok kelabu sangat cerah di antara telinga, yang dikenali sebagai "Grafmar's Caps".[10]

Keragaman berbulu panjang diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel di seluruh dunia kecuali American Kennel Club. Anjing Weimar berbulu panjang mempunyai lapis bulu sutera dengan ekor berjumbai tidak terpotong. Gen ini adalah resesif, maka pembiakbakaan akan menghasilkan sesetengah anak anjing berbulu panjang hanya jika kedua-dua induk membawa trait tersebut.

Saiz[sunting | sunting sumber]

Menurut piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa, anjing Weimar jantan berdiri setinggi 59–70 cm (23–28 in) pada paras kelasa. Betina adalah setinggi 57–65 cm (22–26 in). Jantan biasanya berukuran seberat kira-kira 30–40 kg (66–88 lb). Betina pula pada umumnya 25–35 kg (55–77 lb).[1][2] Anjing Weimar patut memberikan penampilan anjing berotot dan atletik.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Potret anjing Weimar
Anjing Weimar yang melakukan lompat jauh

Anjing Weimar ialah anjing pemburu bertenaga yang dihargai kerana daya ketahanan fizikal dan staminanya dengan naluri dorongan pemangsa kuat. Anjing Weimar memerlukan senaman kerap dan menghargai permainan. Pemilik aktif lebih berkemungkinan untuk menyediakan senaman cergas dan permainan yang diperlukan. Anjing Weimar memerlukan latihan sesuai untuk mempelajari cara untuk menjadi tenang dan mengawal tingkah lakunya.[11]

Sebagai anjing pemburu[sunting | sunting sumber]

Anjing Weimar mempunyai jumlah tenaga berlebihan yang memerlukan saluran keluar baik. Ia merupakan anjing pemburu menyeluruh yang cemerlang dalam pemburuan, penjejakan, penudingan, dan pengutipan di darat dan di dalam air. Anjing Weimar ialah baka yang sangat berorientasikan orang kerana mempunyai keinginan sangat kuat untuk bekerja dan tinggal bersama dengan pemiliknya, yang menjadikannya pilihan baik untuk pemburu pemula. Ia memerlukan sentuhan lemah lembut semasa latihan untuk berburu dan ia kerap belajar dengan paling baik daripada anjing pemburu berpengalaman.[12]

Kecelaruan tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Anjing Weimar bukan baka berdikari dan suka berada bersama dengan pemiliknya tanpa pernah meninggalkan pemiliknya bersendirian, iaitu trait yang dapat menimbulkan kebimbangan perpisahan sangat parah pada baka ini.[12] Punca kebimbangan perpisahan tidak selalu diketahui, tetapi terdapat faktor penyumbang, termasuk genetik, pemeliharaan perinduk, sosialisasi lemah, kebosanan, dan stres. Anjing Weimar dengan kebimbangan perpisahan parah dapat memusnahkan harta benda atau mencederakan diri sendiri dalam cubaan untuk melarikan diri. Pelatihan baik dapat mengekang sesetengah kebimbangan perpisahan. Anjing Weimar yang mengalami kebimbangan perpisahan berkemungkinan untuk menyalak, mengongoi, melolong, dan malah menggali sehingga pemiliknya pulang ke rumah.[13] Jelmaan lanjut masalah ini dapat termasuk panik dan peliuran berlebihan, bersama dengan tingkah laku pemusnah dan kecederaan.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Menurut Orthopedic Foundation for Animals, anjing Weimar mengalami kadar rendah bagi displasia. Baka ini ditempatkan di kedudukan ke-102 daripada sejumlah 153 baka dan mempunyai kadar ujian sangat tinggi dan peratusan sangat tinggi bagi penarafan cemerlang dalam kalangan anjing yang diuji.[14] Pada umumnya, anjing Weimar disyorkan untuk diperoleh hanya daripada pembiak baka yang telah menjalankan ujian pinggul terhadap anjing mereka dengan menggunakan kaedah OFA atau PennHIP.

Sebagai anjing berdada dalam, anjing Weimar terdedah kepada kembung atau kilasan gastrik, iaitu keadaan sangat serius yang dapat menyebabkan kematian menyakitkan dan cepat apabila tidak dirawat. Ini berlaku apabila perut memulas, dengan itu mencubit salur darah dan laluan masuk atau keluar makanan. Gejala termasuk tanda-tanda distres umum, ketidakselesaan, ketiadaan pergerakan atau bunyi usus, dan perut bengkak. Perhatian perubatan segera adalah mustahak apabila kembung berlaku dan pembedahan ialah satu-satunya pilihan, walaupun dikenal pasti cukup awal.

Salah satu cara untuk membantu untuk mencegah kembung adalah dengan menyebarkan waktu makan anjing Weimar kepada sekurang-kurangnya dua kali sehari dan mengelakkan sebarang senaman berat sejam sebelum waktu malam atau selepas waktu makan. Ada juga saranan agar bekas makanan anjing berkenaan tidak diletakkan di atas pelantar ternaik untuk mengelakkannya daripada menelan makanannya dengan terlalu cepat dan menghalang udara daripada memasuki perut. Mangkuk makanan ternaik telah didapati mempunyai lebih daripada dua kali ganda risiko bagi kembung berbanding dengan pada anjing besar.[15]

Alahan kulit adalah lazim sesama anjing Weimar. Doktor haiwan patut dirujuk jika anjing mula kehilangan bulu, gatal-gatal secara berterusan, atau mengalami ruam. Parasit dapat menyebabkan tindak balas alahan sebagai tambahan kepada kerengsaan normal akibat gigitan.

Isu kesihatan lain termasuk:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ وايمر;وايمارانر; Jerman: Weimaraner; /ˈwmərɑːnər/
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ وايمر; Jerman: Weimaraner Vorstehhund

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "FCI-Standard Nr.99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ O’Neill, D. G.; Church, D. B.; McGreevy, P. D.; Thomson, P. C.; Brodbelt, D. C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631. "n=26, median=12.6, IQR=11.1–13.5"
  4. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  5. ^ a b "Weimaraner | Gundog breeds | Gundog Journal". gundog-journal.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
  6. ^ Deep, John. "Weimaraner". 2puppies (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
  7. ^ Kočov, Dr. Jana. "Weimaraner Breed History". Royal Splendour (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ a b "Weimaraner Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
  9. ^ Weimaraner Page (Inggeris)
  10. ^ Taguchi, Anne (22 Januari 2022). "Smart Bumps, Harrasburg Horns and Other Weimaraner Peculiarities". JustWeimaraners (dalam bahasa Inggeris). Taguchi, Anne.
  11. ^ "Weimaraner". www.pdsa.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
  12. ^ a b "Weimaraner: Pros and Cons of Owning a Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). Pettium.
  13. ^ "Phase IV: Troubleshooting your Mission: Dealing with problem behaviors" (dalam bahasa Inggeris). Adonai's Weimaraners.
  14. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). OFFA.
  15. ^ Bloat (GDV) Study (Inggeris)
  16. ^ a b c d e "Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 19, 2007.
  17. ^ FITZPATRICK, NOEL; SMITH, THOMAS J.; EVANS, RICHARD B.; YEADON, RUSSELL (Februari 2009). "Radiographic and Arthroscopic Findings in the Elbow Joints of 263 Dogs with Medial Coronoid Disease". Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). 38 (2): 213–223. doi:10.1111/j.1532-950X.2008.00489.x. PMID 19236680.
  18. ^ a b c d e "List of common problems afflicting Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Weimaraner Club of America.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]