Pergi ke kandungan

Anjing Kees

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Kees
Ciri-ciri pembeza pada anjing Kees termasuklah suria mirip singa, bulatan mata, telinga segi tiga kecil dan gelap, kontras jelas, dan lapis bulu ganda tebal.
Nama lainKeeshond
Anjing tongkang Belanda
Spits serigala[a]
Spits serigala Jerman
Nama ringkasKees
Smiling Dutchman
Negara asalBelanda
Trait
Berat 15–20 kg (33–44 lb)
Tinggi Jantan 44–48 cm (17–19 in)
Betina 40–46 cm (16–18 in)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Campuran perak, kelabu muda, kelabu tua, dan putih. Ia berwarna krim pada dahi dan tungkai.
Jangka hayat 10–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Kees atau keeshond[b] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana lapis bulu ganda plusy yang terdiri daripada bulu perak dan hitam dengan lingkaran bulu dan ekor melingkar. Kerabat terdekatnya merupakan keragaman-keragaman spits Jerman, iaitu spits besar (spits gergasi), spits sederhana, spits kecil (spits katik), dan spits kerdil (spits mainan) atau anjing Pomerania.

Keeshond sebelumnya dikenali sebagai anjing tongkang Belanda[c] kerana ia kerap terlihat di atas tongkang yang menyusuri terusan dan sungai di Belanda. Keeshond merupakan lambang puak Patriot di Belanda semasa pergolakan politik pada tahun-tahun sejurus sebelum Revolusi Perancis.

Pada lewat abad ke-19, baka ini dikembangkan di England daripada import yang diperoleh di Belanda dan di Jerman. Pada tahun 1930, keeshond pertama kali didaftarkan dengan American Kennel Club.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Sebagai anggota kelompok anjing spits, keeshond dalam piawaian American Kennel Club (AKC) adalah setinggi 17–18 inci (43–46 cm) dan setinggi 16.85–21.65 inci (42.8–55.0 cm) dalam piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) dan berukuran sebeart 30–40 paun (14–18 kg). Dengan tubuh tegap, ia mempunyai penampilan tipikal spits. Tidak kasar mahupun halus, ia mempunyai kepala berbentuk baji, muncung sederhana panjang dengan stop jelas, telinga tajam kecil, dan wajah ekspresif. Ekornya melingkar dengan ketat, dari sudut pandangan profil, patut terangkat dengan cara yang menjadikannya tidak dapat dibezakan daripada tubuh padat anjing.

Bulu[sunting | sunting sumber]

Anjing Kees

Seperti kebanyakan anjing jenis spits, anjing Kees mempunyai lapis bulu ganda padat, dengan lingkaran tebal di sekeliling leher. Biasanya, jantan baka ini hendaklah mempunyai lingkaran leher lebih lebat dan lebih jelas berbanding dengan yang pada betina. Tubuhnya patut selebatnya diliputi oleh bulu panjang, lurus, dan kasar yang mencacak cukup jelas berbanding dengan lapis bulu bawah berpelepah tebal. Bulu pada tungkai patut licin dan pendek, kecuali jumbai pada tungkai hadangan dan "seluar" pada tungkai belakang. Bulu pada ekor patut lebat dan membentuk rumbai lebat. Kepalanya, termasuk muncung, tengkorak, dan telinga, patut diliputi oleh bulu licin, lembut, dan pendek—bertekstur baldu pada telinga. Lapis bulunya tidak boleh terbahagi menurun ke belakang.

Penjagaan lapis bulu memerlukan pemberusan agak kerap. Keeshond biasanya 'menggugurkan' lapis bulu bawahnya sekali setahun untuk jantan dan dua kali setahun untuk betina. Semasa waktu ini, keguguran lapis bulu adalah berlebihan dan rerambut pengawal akan terbentang merata ke belakang. Biasanya tempoh dua minggu berlangsung untuk menyelesaikan 'pengguguran' supaya lapis bulu bawah baharu dapat tumbuh. Keeshond tidak patut langsung dicukur kerana lapis bulu bawahnya menyediakan sawar semula jadi menentang haba dan kesejukan. Penjagaan lapis bulunya dalam keadaan baik membolehkan penebatan dalam kedua-dua cuaca panas dan cuaca sejuk.

Warna[sunting | sunting sumber]

Anjing Kees dalam pertunjukan anjing

Warnanya sepatutnya campuran antara kelabu dengan hitam dengan sedikit putih sekali. Lapis bulu bawahnya patut berwarna kelabu atau krim (bukan kuning keperang-perangan) sangat pudar. Bulu pada lapis bulu luarnya berhujung hitam, panjang hujung hitamnya menghasilkan cahaya warna yang menjadi ciri. Warnanya mungkin berbeza-beza antara muda dengan tua, tetapi mana-mana sisihan jelas daripada warna kelabu tidak diizinkan. Jumbai ekornya patut berwarna kelabu sangat muda apabila dilingkarkan ke atas belakangnya dan hujung ekornya patut berwarna hitam. Tungkai dan kaki patut berwarna krim. Telinganya patut berwarna sangat gelap—hampir hitam.

Tanda-tanda garis bahu (kelabu muda) patut cukup jelas. Warna lingkaran leher dan "seluar" pada umumnya lebih cerah daripada yang pada tubuh. "Kaca mata" dan cahaya warna merupakan ciri bagi baka ini dan mesti hadir sehingga takat tertentu. Tidak patut ada tanda-tanda putih jelas.

Menurut piawaian American Kennel Club, tungkai dan kakinya berwarna krim; kaki yang sepenuhnya hitam atau putih merupakan kecacatan parah. Tanda-tanda hitam yang lebih daripada separuh jalan menuruni tungkai hadapan, kecuali lorekan pensel, dianggap sebagai kecacatan.[2]

Lagi satu tanda penting ialah "kaca mata", iaitu garis gelap halus yang bermula dari sudut luaran setiap mata ke arah sudut bawah setiap mata, yang, sekali dengan tanda-tanda yang membentuk kening pendek, penting untuk wajah ekspresif pembeza bagi baka ini. Semua tanda patut jelas, tidak kabur, atau putus-putus. Ketiadaan kaca mata dianggap sebagai kecacatan serius. Matanya patut berwarna perang gelap, berbentuk badam dengan pinggir mata hitam.[3]

Telinganya patut kecil, gelap, berbentuk segi tiga, dan tegak.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Seekor anak anjing Kees berusia 7 minggu

Keeshond cenderung sangat suka bermain, dengan refleks pantas dan kebolehan lompat kuat. Ia bertimbang rasa, berminat menggembirakan tuannya, dan merupakan pelajar sangat cepat, yang bermaksud bahawa ia juga cepat mempelajari hal yang tidak diniatkan untuk diajarkan oleh manusianya. Walau bagaimanapun, keeshond cemerlang sebagai anjing ketangkasan dan kepatuhan. Malah, anjing pintar dan tegap ini sungguh cenderung terhadap pelatihan betul sehinggakan ia telah berjaya dilatih untuk berkhidmat sebagai anjing pemandu untuk para orang buta; hanya kekurangan saiznya telah menghalangnya daripada penggunaan lebih meluas dalam peranan ini.

Ia menyayangi kanak-kanak dan sesuai sebagai anjing keluarga, kerana ia lebih suka berapat-rapat dengan manusianya bila-bila mungkin. Ia pada umumnya berbaik dengan anjing lain juga dan menikmati pengejaran baik di sekitar laman. Keeshond sangat intuitif dan empatetik dan kerap digunakan sebagai anjing keselesaan. Yang paling ketara, sekurang-kuragnya seekor keeshond, bernama Tikva, berada di titik kejadian ikutan serangan 11 September 2001 untuk menenangkan para pekerja penyelamatan.[4] Baka ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi khususnya kuat berpaut pada tuannya, lebih begitu berbanding dengan kebanyakan baka lain. Jika tuannya keluar atau berada di dalam ruangan lain di belakang pintu tertutup, ia mungkin dudu sambil menunggu tuannya untuk muncul semula, walaupun ada orang lain berdekatan. Banyak anjing telah dirujuk sebagai "bayangan tuannya" atau "anjing velcro".[5]

Ia terkenal kerana salakan lantang dan distingtifnya. Selama berabad-abad, anjing Kees telah menjadi sangat popular sebagai anjing penjaga di atas tongkang di terusan di Belanda dan di Eropah tengah. Trait ini terbukti sehingga kini dan ia merupakan anjing amaran yang memberikan amaran kepada tuannya tentang mana-mana pelawat baharu. Walaupun lantang dan berwaspada, keeshond tidak agresif terhadap pelawat. Ia pada umumnya menyambut pelawat dengan penuh kesayangan sebaik keluarganya telah menerima pelawat berkenaan. Malangnya, salakan mungkin menjadi masalah jika tidak dikendalikan dengan betul. Keeshond yang dibela di laman dan tidak diizinkan untuk bersama dengan manusianya tidaklah gembira dan kerap menjadi penyalak mengganggu.

Pelatihan[sunting | sunting sumber]

Keeshond sangat pintar dalam kerja dan kepatuhan. Keeshond menempati tangga ke-18 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, sebagai anjing dengan kecerdasan kerja/kepatuhan cemerlang. Kecerdasan ini menjadikan anjing Kees pilihan baik untuk pemilik anjing yang sudia membantu anjing untuk mempelajari ajaran-ajaran betul namun juga membabitkan tanggungjawab tambahan.

Walaupun bersikap penyayang, keeshond tidak mudah untuk jurulatih tidak berpengalaman. Ketekalan dan keadilan diperlukan; dan, walau kebanyakan anjing memerlukan persekitaran berstruktur, ini terutamanya penting dengan keeshond. Seperti kebanyakan baka spits berminda berdikari, keeshond berespons dengan kurang baik terhadap kaedah-kaedah berlebihan atau kaedah-kaedah pelatihan paksaan.

Banyak masalah tingkah laku dengan keeshond berpunca daripada anjing-anjing cerdas ini yang mencipta kegiatan-kegiatan sendiri (kerap melibatkan kemusnahan, seperti penggalian dan pengunyahan) oleh sebab kebosanan. Ia memerlukan hubungan harian dengan tuannya dan banyak kegiatan untuk mengekalkan kegembiraannya. Anjing Kees tidak gembira hidup bersendirian di dalam kenel atau di laman belakang.

Anjing Kees juga dapat menjadi anjing kecut. Ada kepentingan untuk melatihnya untuk menghormati, namun bukan menakuti, tuannya dan keluarganya. Anjing Kees ingin memuaskan tuannya. Oleh itu, hukuman berat tidak perlu apabila anjing ini tidak patuh sepantas yang diingini. Ia suka meluangkan masa dengan tuannya dan menyukai perhatian.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Seekor anak anjing Kees

Anjing Kees pada umumnya ialah baka sangat sihat. Walaupun isu-isu kesihatan kongenital tidak umum, keadaan-keadaan yang telah diketahui kadang-kadang berlaku pada anjing Kees merupakan displasia pinggul, tempurung lutut terkehel, epilepsi, penyakit Cushing, diabetes, hiperparatiroidisme primer, dan hipotiroidisme. Penyakit von Willebrand telah diketahui pada anjing Kees namun sangat jarang. Ujian tepat untuk gene yang menyebabkan hiperparatiroidisme primer atau (PHPT) baru-baru ini telah dimajukan di Universiti Cornell. Sebagaimana dengan baka lain, apabila membeli anak anjing, kepastian bahawa kedua-dua induk telah diuji dan diperakui bebas daripada masalah-masalah terwaris adalah penting. Hasil-hasil ujian mungkin diperoleh daripada pembiak baka dan langsung daripada tapak Orthopaedic Foundation For Animals.

Anjing Keeshond dalam tinjauan The Kennel Club mempunyai jangka hayat median selama 12 tahun 2 bulan; seperempat populasi baka mati akibat usia lanjut pada purata sebanyak 14–15 tahun.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing Kees

Keeshond dinamai sempena Patriot Belanda abad ke-18, Cornelis (Kees) de Gyselaer (dieja 'Gijzelaar' dalam bahasa Belanda moden), iaitu pemimpin pemberontakan terhadap Wangsa Oranje. Anjing ini menjadi lambang pemberontak; dan, apabila Wangsa Oranje kembali berkuasa, baka ini hampir lenyap. Perkataan keeshond ialah kata majmuk: Kees ialah nama panggilan untuk Cornelius (de Gyselaer), dan hond ialah perkataan Belanda untuk "anjing". Di Belanda, keeshond ialah istilah untuk spits Jerman yang merangkumi kesemuanya daripada spits kerdil atau spits mainan (anjing Pomerania) hinggalah spits serigala (keeshond). Satu-satunya perbezaan dalam kalangan spits Jerman ialah garis panduan bagi pewarnaan dan saiz. Terdapat perdebatan mengenai asal usul baka ini; banyak rujukan Inggeris menunjukkan Belanda sebagai keeshond yang dikenali kini. Sebaliknya, menurut FCI, baka ini disebut sebagai sebahagian daripada keluarga spits Jerman, yang berasal dari Jerman bersama-sama dengan anjing Pomerania (spits kerdil atau spits mainan) dan anjing Eskimo Amerika (spitz kecil Jerman atau spits piawai Jerman).[7]

Piawaian pertama untuk "Wolfsspitz" dipersembahkan pada Pertunjukan Anjing tahun 1880 di Berlin. Kelab untuk Spits Jerman ditubuhkan pada tahun 1899. Piawaian Jerman disemak pada tahun 1901 untuk menentukan warna ciri yang dikenali kini, "kelabu perak berhujung hitam". Pada lewat abad ke-19, "pomeranian terlebih berat", iaitu spits putih Jerman dan kemungkinan besar spits piawai Jerman, ditunjukkan dalam The Kennel Club. "Pomeranian terlebih berat" tidak lagi diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1915. Pada tahun 1920-an, Baroness van Hardenbroeck menunjukkan minat terhadap baka ini dan mula membangunkannya semula. Nederlandse Keeshond Club ditubuhkan pada tahun 1924. Kelab Anjing Tongkang Belanda England ditubuhkan pada tahun 1925 oleh Pn. Wingfield-Digby dan diterima dalam The Kennel Club pada tahun 1926, apabila baka ini dan kelabnya dinamai semula kepada keeshond.

Carl Hinderer disebut sebagai penyumbang yang membawa Schloss Adelsburg Kennel beliau, yang diasaskan pada tahun 1922 di Jerman, bersama-sama ke Amerika pada tahun 1923. Wolfsspitz Juara Jerman beliau mengikuti beliau berdampingan pada tahun 1926. Pada masa itu, kurang daripada sepuluh tahun selepas Perang Dunia Pertama, Jerman tidak disenangi di England dan di Amerika; dan Wolfsspitz/Keeshond tidak diiktiraf oleh AKC. Akibatnya, Hinderer terpaksa mendaftarkan setiap anak anjing yang lahir di Amerika Syarikat dengan kelab beliau di Jerman. Walaupun begitu, beliau menyertai Maryland KC dan menghadiri pertunjukan tempatan.

Hinderer kerap bersurat kepada AKC, termasuk ibu pejabat New York, untuk mempromosikan Wolfsspitz. Semasa melalui New York dalam perjalanan ke Jerman pada tahun 1930, Hinderer melawati pejabat-pejabat AKC dan mempersembahkan "Wachter", juara Jerman beliau, kepada Presiden AKC, Dr. DeMond, yang segera bersetuju untuk memulakan proses pengiktirafan, dengan beberapa kaveat termasuk mengubah namanya kepada Keeshond, dan meminta Hinderer agar membawa balik semua data relevan dari Jerman. Hinderer juga menterjemahkan piawaian berbahasa Jerman ke dalam bahasa Inggeris untuk AKC. Keeshond diterima untuk pendaftaran AKC pada tahun 1930.

Walaupun terdapat pelobian sengit, FCI tidak berhasrat untuk menerima Keeshond sebagai baka yang berasingan oleh sebab pertubuhan itu memandang Wolfsspitz dan Keeshond sebagai baka sama. Pada tahun 1997, Kelab Spits Jerman mengemaskinika piawaiannya supaya Keeshond yang biasanya lebih kecil yang digemari di Amerika dan di negara berbahasa Inggeris lain dapat disertakan. Ini telah meluaskan takungan gen dan menyatukan piawaian di peringkat antarabangsa buat kali pertama. Kini dibiakbakakan selama beberapa generasi sebagai anjing pendamping, keeshond semudahnya menjadi ahli keluarga yang penyayang.

Hasil daripada sejarah baka dan pembawaan ramah, anjing Kees kadang-kadang dirujuk sebagai "The Smiling Dutchman" ("Si Belanda Tersenyum").

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س سريݢالا; Jerman: Wolfsspitz
  2. ^ Jawi: انجيڠ کيس; کيسهون, Sebutan bahasa Melayu: [keshɔn]; Belanda: keeshond
  3. ^ Jawi: انجيڠ توڠکڠ بلندا; bahasa Inggeris: Dutch barge dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PPKF - About Kees" (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Keeshond Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 14 November 1989. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  3. ^ Pavia, Audrey. Guide to Owning a Keeshond (Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: THF Publications, Inc.
  4. ^ "Therapy dog back at work grounds: WTC site". Nydailynews.com (dalam bahasa Inggeris). 10 September 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  5. ^ "Keeshond". Orvis (dalam bahasa Inggeris). The Orvis Company Inc. Dicapai pada 7 Januari 2024. Kees want to be with their people at all times, and are among the 'velcro' breeds who will follow you from room to room of your house.
  6. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  7. ^ "Dogs/Breeds/Keeshond". Petwave.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2018. Dicapai pada 7 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]