Pergi ke kandungan

Schnauzer kerdil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Schnauzer kerdil
Nama lain
  • Schnauzer katik
  • Schnauzer kecil
Negara asalJerman
Trait
Berat 4–8 kg (9–18 lb)[1][2][3]
Tinggi 30–35 cm (12–14 in)[1][2][3]
Bulu padat, mirip dawai, dan kasar, dengan lapis bulu bawah padat[1][2]
Warna
  • hitam padu, dengan lapis bulu bawah hitam
  • hitam dan perak
  • garam dan lada
  • putih dengan lapis bulu bawah putih[1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)
lukisan hitam putih tentang dua ekor anjing berbulu kasar, seekor yang besar yang berdiri, seekor lagi yang lebih kecil yang duduk
Jean Bungartz, Rauhhaariger Pinscher und Rauhhariger Zwergpinscher, 1888

Schnauzer kerdil,[a] schnauzer katik,[b] atau schnauzer kecil[c] ialah satu baka anjing kecil Jerman daripada jenis schnauzer. Ia berasal dari Jerman pada lewat abad kesembilan belas. Ia mungkin telah dikembangkan daripada spesimen-spesimen terkecil schnauzer sederhana,[4][5] atau silangan antara schnauzer sederhana dengan baka lebih kecil seperti pincer monyet, pincer kerdil, dan pudel,[6][7][8][9] kerana para peladang membiakbakakan anjing kecil yang merupakan anjing pemburu tikus cekap. Ia diperihalkan sebagai anjing "galak"[perlu rujukan] namun suka menyendiri, dengan kecenderungan penjagaan baik tanpa pembawaan sesetengah anjing pengawal untuk menggigit. Schnauzer kerdil diiktiraf dengan empat warna di peringkat antarabangsa: hitam legam, hitam dan perak, lada dan garam, dan putih.[10]

Ia merupakan baka schnauzer paling popular[8] dan kekal sebagai salah satu baka anjing paling popular di seluruh dunia, terutamanya kerana perangainya dan saiz agak kecilnya. Setakat tahun 2022, ia merupakan baka ke-17 paling popular di Amerika Syarikat.[11]

Asal usul nama baka, atau waktu permulaan penggunaannya, tidak diketahui.[12]:482 Perkataan bahasa Jerman Schnauze memaksudkan muncung, sementara kedua-dua Schnauz dan Schnauzbart memaksudkan 'misai walrus'.[13] Perkataan Schnauzer muncul dalam Bilder und Sagen aus der Schweiz karya Jeremias Gotthelf, yang diterbitkan pada tahun 1842.[12]:482 'Schnauz' ialah nama lazim untuk anjing – beberapa ekor anjing dengan nama ini ditunjukkan di Elberfeld pada tahun 1880.[14]:149 Dalam pertunjukan anjing antarabangsa ketiga oleh Verein zur Veredelung der Hunderassen di Hanover pada tahun 1879, seekor anjing bernama 'Schnautzer' mendapat tempat pertama dalam kelas Rauche Pinscher atau pincer berbulu dawai.[14]:149

Schnauzer – katik, piawai, dan gergasi – berasal dari Jerman selatan;[15] ketiga-tiganya mengongsi sejarah bersama dengan pincer katik dan pincer Jerman.[16] Anjing jenis ini – kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin dan daripada pelbagai saiz – secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[16] Anjing daripada kedua-dua jenis lapis bulu dikenali sebagai "Pinscher" dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[16] Jenis berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus") atau Rattenfänger ("penangkap tikus").[16][17]:152[18]:486

Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman"), iaitu buku pembaka bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen,[19] dan piawaian baka pertama dirangka.[12]:482 Pelbagai warna diperihalkan untuk jenis berbulu kasar, termasuk kelabu besi, perak kelabu, kuning kelabu, kuning jagung, dan kuning karat.[12]:482 Sebuah ilustrasi oleh Jean Bungartz dalam Der Luxushund, yang diterbitkan pada tahun 1888, menunjukkan kedua-dua pincer berbulu kasar bersaiz piawai dan bersaiz katik (Rauhhaariger Pinscher und Rauhhaariger Zwergpinscher).[18]:481[d] Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman pincer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet.[16][17]:152 Juga pada tahun 1895, sebuah persatuan baka, iaitu Pinscherklub ("Kelab Pincer"), ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[19][20] Sebuah lagi persatuan, iaitu Schnauzerklub München ("Kelab Schnauzer Munich"), dibentuk di Munich pada tahun 1907 oleh para pembiak baka Mittelschnauzer ("schnauzer sederhana").[20] Pada tahun 1917, dengan edisi keenam bagi buku pembaka, nama bagi baka berbulu kasar diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher kepada Schnauzer.[12]:482 Pada tahun 1918, Pinscherklub dan Schnauzerklub München bergabung untuk membentuk Pinscher-Schnauzer-Verband ("Persatuan Pincer Schnauzer"), yang, pada tahun 1921, mengubah namanya kepada Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. yang masih terpakai sampai sekarang.[20]

Schnauzer katik diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[21] Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2024, pendaftaran tahunan di Jerman berbeza-beza antara 608 dengan 1,151 – purata tahunan sebanyak 893 – untuk sejumlah 13,397, atau betul-betul kurang daripada 12% daripada jumlah hampir-hampir 1.13 juta ekor anjing yang didaftarkan dalam tempoh lima belas tahun itu.[22] Dalam bancian yang diterbitkan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2013, schnauzer katik tersenarai sebagai baka kesepuluh paling berdaftar di seluruh dunia, dengan 45,263 ekor daripada sejumlah 2,276,864 ekor anjing; data dibekalkan oleh anggota persekutuan dan juga oleh kelab kenel di Amerika Syarikat, di Australia, di Kanada, di New Zealand, dan di United Kingdom.[23]

Sebilangan kecil schnauzer katik dieksport ke Amerika Syarikat pada tahun 1924.[perlu rujukan] Pada tahun 1925, Wire-Haired Pinscher Club of America dimulakan, meliputi kedua-dua schnauzer piawai dan schnauzer katik; pada tahun 1933, kelab itu terbahagi kepada dua buah kelab berasingan, salah sebuah daripadanya merupakan American Miniature Schnauzer Club.[24]:108

Ia merupakan anjing kecil: menurut piawaian baka antarabangsa, ketinggian pada paras kelasa untuk kedua-dua jantan dan betina berkisar dalam lingkungan 30–35 cm (12–14 in), dengan berat badan dalam julat 4–8 kg (8.8–17.6 lb);[1][2] berat paling lazim tergolong dalam julat 4.5–7 kg (9.9–15.4 lb).[3] Apabila dipandang dari sisi, garis luar tubuhnya adalah agak-agak berbentuk segi empat sama – panjang tubuh adalah hampir – atau sama – dengan ketinggian pada paras kelasa.[1][2]

Ia mempunyai lapis bulu ganda dengan bulu luaran mirip dawai dan lapis bulu bawah lembut. Dalam gaya pangkasan pertunjukan, lapis bulu dikekalkan pendek pada tubuh, tetapi bulu pada telinga, tungkai, perut, dan muka dikekalkan.[25] Warna bulu yang diiktiraf merupakan hitam, lada dan garam, hitam dan perak, dan putih metah;[26] pewarnaan lada dan garam melibatkan kehadiran belang cahaya warna hitam, kelabu, dan perak pada helaian bulunya yang memudar menjadi kelabu atau perak pada kening, misai, bawah tubuh, dan tungkai.[27]

Schnauzer bercirikan kepala segi empat tepat dengan janggut lebat, misai, dan kening; gigi yang bertemu dalam "gigitan gunting"; mata bujur dan berwarna gelap; dan telinga semula jadi berbentuk v, terlipat ke hadapan (apabila terpotong, telinga menghala lurus ke atas dan tiba di hujung tajam). Ekornya secara semula jadi nipis dan pendek dan mungkin terpotong (jika diizinkan). Ia juga mempunyai tungkai hadapan sangat lurus dan tegar dan kaki yang pendek dan bulat (yang dipanggil "kaki kucing") dengan tapak tebal dan hitam.[7][28]

Kontroversi lapis bulu putih Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]

Putih ialah salah satu daripada empat keragaman warna bagi schnauzer kerdil yang buat masa ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Walau bagaimanapun, warna ini tidak diterima untuk penunjukan pengakuran oleh American Kennel Club dan Canadian Kennel Club. Kontroversi bersangkut pada asal usul variasi putih yang dipertikaikan, iaitu sama ada warna ini terkandung di dalam gen pada baka diiktiraf yang pada asalnya, atau sama ada warna ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian berikutnya. Memandangkan selebih dua jenis schnauzer tidak pernah terdapat dalam variasi putih dan piawaian Jerman asli tidak pernah menyertakan putih sebagai warna yang boleh diterima, American Miniature Schnauzer Club memilih untuk tidak mengiktiraf putih.[29]

Piawaian baka American Kennel Club memerihalkan perangai "berwaspada dan bersemangat, namun patuh kepada perintah ... ramah, cerdas, dan bersedia untuk menggembirakan... tidak pernah terlebih agresif atau takut".[7] Biasanya mudah dilatih, ia cenderung untuk menjadi anjing pengawal cemerlang dengan naluri kewilayahan baik, tetapi lebih cenderung untuk menyalak berbanding dengan menggigit. Ia kerap menjauhi orang asing sehingga tuan rumah mengalu-alukan tetamu, kemudian ia biasanya sangat mesra dengan tetamu berkenaan.[30] Walaupun schnauzer katik termasuk dalam Kumpulan Terier di Amerika Utara (oleh sebab latar belakang dalam penangkapan tikus), ia tidak mempunyai keleluhuran bersama dengan terier dari Great Britain,[7] dan, berbanding dengan terier itu, mempunyai keperibadian berbeza, iaitu keperibadian lebih santai, patuh, ramah, dan kurang agresif terhadap anjing lain.[8]

Stanley Coren menilai schnauzer katik sebagai yang ke-12 daripada 140 baka dalam buku beliau The Intelligence of Dogs (2006). Coren mengelompokkan baka ini sesama "anjing pekerja cemerlang". Tambahan pula, pakar yang dihubungi oleh Coren meletakkan schnauzer katik sebagai baka kelima antara 15 baka teratas dalam keupayaan salakan anjing pengawal.[31]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini, angka yang lebih tinggi daripada purata 12 tahun untuk baka silang.[32] Sebuah kajian di Jepun untuk data perkuburan haiwan peliharaan mendapati jangka hayat sebanyak 13.4 tahun, yang kurang darupada purata keseluruhan 13.7 tahun dan purata 15.3 tahun untuk baka silang yang lebih ringan daripada 10 kg (22 lb).[33]

Sebuah kajian Jepun mendapati predisposisi ketara terhadap mukosele pundi hempedu untuk schnauzer katik dengan nisbah kemungkinan 5.23.[34]

Sebuah kajian Amerika Utara mendapati bahawa baka ini cenderung terhadap pirau portosistemik kongenital, dengan 1% daripada jumlah schnauzer katik yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 0.05% untuk anjing baka kacuk.[35]

Schnauzer katik juga terdedah kepada penyakit von Willebrand (vWD). vWD pada anjing ialah kecelaruan perdarahan terwaris yang berlaku oleh sebab kekurangan kualitatif atau kuantitatif bagi faktor von Willebrand (vWF), iaitu protein multimerik yang diperlukan untuk lekatan platelet.[36]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[37]

Sindrom jeragat schnauzer ialah sejenis kecacatan pengkeratinan folikel yang terdapat secara eksklusif pada schnauzer kerdil yang serupa dengan nevus komedonikus pada manusia.[38] Keadaan ini bercirikan jeragat kecil yang membentuk pada spina dorsal (belakang) anjing berkenaan.[39] Keadaan ini dipercayai disebabkan oleh kecacatan perkembangan terwaris pada folikel bulu, yang menyebabkan pengkeratinan abnormal dan akhirnya pembentukan jeragat, pempalaman folikel, dan folikulitis bakteria sekunder yang membawa kepada alopesia dan kerakan.[38]

  1. ↑ Jawi: ‏شناءوزر کرديل‎‎; Jerman: Zwergschnauzer
  2. ↑ Jawi: ‏شناءوزر کاتيق‎‎; bahasa Inggeris: miniature schnauzer
  3. ↑ Jawi: ‏شناءوزر کچيل‎‎
  4. ↑ Raber mentarikhinya ke tahun 1884; Der Luxushund diterbitkan pada tahun 1888.
  1. 1 2 3 4 5 6 "FCI - Standard Nr. 183 ZWERGSCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 183 Schnauzer Kerdil] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 April 2007. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  2. 1 2 3 4 5 6 "FCI-Standard N° 183 ZWERGSCHNAUZER (Miniature Schnauzer)" [Piawaian FCI No. 183 Schnauzer Kerdil (Schnauzer Katik)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 April 2007. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  3. 1 2 3 "Zwergschnauzer" [Schnauzer Kerdil] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2026. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  4. ↑ "Early History" [Sejarah Awal] (dalam bahasa Inggeris). The Miniature Schnauzer Club. Dicapai pada 8 Januari 2024. Questions as to the roots and origins of the Miniature Schnauzer produce varied responses. Some breed authorities have maintained that the breed is a result of using only the smallest specimens of the Standard Schnauzer. Others have felt Miniatures to be the result of crossing the Standard Schnauzer with the Affenpinscher and other small breeds. This latter is considered to be the more probable origin. [...]
  5. ↑ "History of the Miniature Schnauzer" [Sejarah Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Miniature Schnauzer Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 18 Januari 2025. The Miniature is said to have come from mating with the Affenpincher. They may have been developed entirely by chance, often the main reason for a new breed. [...]
  6. ↑ "Breed Information Centre: Miniature Schnauzer" [Pusat Maklumat Baka: Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024. It is thought that the miniaturisation was brought about by the infusion of Affenpinscher blood.
  7. 1 2 3 4 "Miniature Schnauzer Breed Standard" [Piawaian Baka Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2005. Dicapai pada 8 Januari 2024. [...] the Miniature Schnauzer resides in the AKC Terrier Group with other diminutive rat-catcher breeds. But the Mini is unique among AKC terriers in that he has no British blood in his veins. [...] Alone among terriers, the Miniature Schnauzer is wholly a product of Continental stock: Standard Schnauzer, Affenpinscher, and Poodle. This explains that though the Mini was born to the traditional work of small terriers, his personality is quite different. Not for him is the dour independence of the Scottish Terrier or the fiery temperament of the Irish Terrier. Rather, he is an overtly friendly dog, spirited but obedient and willing to please.
  8. 1 2 3 Dog Fancy Magazine (24 Ogos 2010). Miniature Schnauzer: Smart Owner's Guide [Schnauzer Katik: Panduan Pemilik Pintar] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 23–30. ISBN 9781593787745. OCLC 962215374. Size reduction, in the Miniature's case, may have been achieved by introducing Affenpinscher and poodle blood... To create the Miniature Schnauzer, it is theorized the Standard Schnauzer may have been crossed with the Affenpinscher or Miniature Pinscher.
  9. ↑ Ludington, Mary (16 Oktober 2007). The Nature of Dogs [Sifat Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 73. ISBN 9781416542872. OCLC 124031829. This miniature relation of the Standard Schnauzer first appeared around the beginning of the nineteenth century and is thought to be the product of crosses between small Standard Schnauzer and/or Miniature Pinschers with Affenpinschers and Poodles.
  10. ↑ "Miniature Schnauzer" [Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  11. ↑ Haid, Melanie (15 Mac 2023). "The Most Popular Dog Breeds of 2022" [Baka Anjing Paling Popular 2022] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  12. 1 2 3 4 5 Räber, Hans (5 Jun 2014). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440143032. OCLC 859358889.
  13. ↑ "schnauz". Beolingus (dalam bahasa Inggeris). Chemnitz, Jerman: Universiti Teknologi Chemnitz. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  14. 1 2 Ash, Edward Cecil (1931). The Practical Dog Book [Buku Anjing Amali] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Simpkin & Marshall. OCLC 154277445.
  15. ↑ "Deutscher Pinscher" [Pincer Jerman] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2022. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  16. 1 2 3 4 5 Simantke, Christel. "Die Gefährdete Nutztierrasse des Jahres 2003: Gefährdete Haus- und Hofhunde: Von Spitzen und Pinschern" [Baka Haiwan Ternakan Terancam Tahun 2003: Anjing Peliharaan dan Anjing Ladang Terancam: Spits dan Pincer] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2012. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  17. 1 2 Beckmann, Ludwig (1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). Jil. 2. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. OCLC 20621908.
  18. 1 2 Räber, Hans (1993). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440065556. OCLC 643720735.
  19. 1 2 "Rasseportrait: Schnauzer (Mittelschnauzer)" [Potret Baka: Schnauzer (Schnauzer Sederhana)] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Remscheid, Jerman: Pinscher-Schnauzer-Klub 1895. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 Julai 2024. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  20. 1 2 3 "Die Rasse des Monats: Pinscher und Schnauzer" [Baka Bulan Ini: Pincer dan Schnauzer] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  21. ↑ "FCI breeds nomenclature: ZWERGSCHNAUZER (183)" [Tatanama baka FCI: SCHNAUZER KERDIL (183)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  22. ↑ "Welpenstatistik" [Statistik Anak Anjing] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2022. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  23. ↑ "Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds" [Angka pendaftaran sedunia – daripada tiga puluh teratas kepada baka terancam] (dalam bahasa Inggeris). dogdotcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2022. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  24. ↑ Paramoure, Anne Fitzgerald (1959). The Complete Miniature Schnauzer [Schnauzer Kerdil Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Middleburg, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. OCLC 11962157.
  25. ↑ "Pet grooming tips for the Miniature Schnauzer" [Tip pendandanan haiwan peliharaan untuk Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Miniature Schnauzer Club. 17 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  26. ↑ "Breed Information Centre: Miniature Schnauzer: Current Registration Colours" [Pusat Maklumat Baka: Schnauzer Katik: Warna Pendaftaran Semasa] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  27. ↑ "MINIATURE SCHNAUZER: Official UKC Breed Standard" [SCHNAUZER KATIK: Piawaian Baka Rasmi UKC] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Mei 2017. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  28. ↑ "Dogs That Do Not Shed" [Anjing yang Tidak Menggugurkan Bulu] (dalam bahasa Inggeris). Go Pets America. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  29. ↑ "Why not a White Miniature Schnauzer?" [Mengapa tidak Schnauzer Katik Putih?] (dalam bahasa Inggeris). American Miniature Schnauzer Club. 8 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  30. ↑ Kiedrowski, Dan (1997). The New Miniature Schnauzer [Schnauzer Katik Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 12. ISBN 9780876052419. OCLC 36170497.
  31. ↑ Coren, Stanley (5 Januari 2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Atria Publishing Group. m/s. 142–143, 149, 182, 192. ISBN 9780743280877. OCLC 61461866.
  32. ↑ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 14 (1) 531. Nature Portfolio. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484. PMID 38302530. S2CID 267382263.
  33. ↑ Inoue, Mai; Kwan, Nigel Chun Lok; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). 80 (7). Persatuan Sains Veterinar Jepun: 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  34. ↑ Kutsunai, Mitsuru; Kanemoto, Hideyuki; Fukushima, Kenjiro; Fujino, Yasuhito; Ohno, Koichi; Tsujimoto, Hajime (26 Oktober 2013). "The association between gall bladder mucoceles and hyperlipidaemia in dogs: A retrospective case control study" [Perkaitan antara mukosele pundi hempedu dengan hiperlipidemia pada anjing: Kajian kes kawalan retrospektif]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 199 (1). Elsevier: 76–79. doi:10.1016/j.tvjl.2013.10.019. ISSN 1532-2971. PMID 24268484. S2CID 43331898.
  35. ↑ Tobias, Karen M.; Rohrbach, Barton Wing (1 Disember 2003). "Association of breed with the diagnosis of congenital portosystemic shunts in dogs: 2,400 cases (1980–2002)" [Perkaitan baka dengan diagnosis pirau portosistemik kongenital pada anjing: 2,400 kes (1980–2002)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 223 (11). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika: 1636–1639. doi:10.2460/javma.2003.223.1636. ISSN 1943-569X. PMID 14664452. S2CID 22148199.
  36. ↑ "von Willebrand's Disease" [Penyakit von Willebrand] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan Anjing American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  37. ↑ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  38. 1 2 Hannigan, Michael M. (April 1997). "A refractory case of schnauzer comedo syndrome" [Kes refraktori bagi sindrom komedo schnauzer]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 38 (4). Canadian Veterinary Medical Association: 238–239. ISSN 2819-4403. PMC 1576584. PMID 9105724. S2CID 7246828.
  39. ↑ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 472. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.