Tundukkan Playboy Itu (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tundukkan Playboy Itu
GenreDrama
Cinta
Komedi
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahKeoi Haji Khalid
Dibintangi oleh
Hafidz Roshdi
Uqasha Senrose
Lagu pembukaan"Tak Ada Cinta Sepertimu" oleh Siti Nordiana dan Aliff Aziz
Lagu penutup"Tak Ada Cinta Sepertimu" oleh Siti Nordiana dan Alif Aziz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod30
Penerbitan
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Aliance (M) Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal17 Februari 2016 – 7 April 2016
Kronologi
Diikuti olehDuda Terlajak Laris

Tundukkan Playboy Itu ialah sebuah siri televisyen drama romantik Malaysia 2016 arahan Keoi Haji Khalid, adaptasi daripada novel 2015 bertajuk sama karya Anjell. Dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi, drama ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula pada 17 Februari 2016 hingga 7 April 2016 menggantikan Cinta Si Wedding Planner.[1] Drama ini juga merupakan salah satu drama terakhir yang diarahkan oleh Keoi Khalid sebelum kematiannya pada 19 Mei 2016.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Harraz Naufal, seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walau bagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa, anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana muda dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Mampukah Nurin Arissa menundukkan dia, Harraz Naufal si playboy Malaya itu ? Dan akan tertundukkah Harraz Naufal hanya kerana dia, Nurin Arissa?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Aprena Manrose sebagai Ariana
  • Ben Asri sebagai Nashrain Lee
  • Navilya Husna sebagai Intan
  • Ziha Salleh sebagai Suliza
  • Faradiella Mokhtar sebagai Doktor Ida
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Maria
  • Abdul Manan Sulaiman sebagai Dato Majid
  • Wan Raja sebagai Abdul Haqq
  • Shaza Bae sebagai Eva
  • Fariz Zoren sebagai Eriq
  • Nazmi Nordin sebagai Ash
  • Amylia sebagai Wana
  • Alex Faisal sebagai Aidil
  • Syaa Rosly sebagai Anne
  • Aliyana Mat Asri sebagai Izah
  • Syitah Mohamad sebagai Laila
  • Nur Farhana Junaidi sebagai Haslin
  • Ariff Aziz sebagai Eddy
  • Nadia Khils sebagai Qaseh
  • Roslinda Mah Alim sebagai Manisah
  • Kamsiah Sajat sebagai Datin Imah
  • Razali Tasmin sebagai Dato Ali
  • Mak Wan sebagai Mak Aji
  • Abdul Rashid Jaafar sebagai Pak Imam

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tajuk asal drama ini ialah Tundukkan Harraz Naufal yang berbeza dengan tajuk Novel. Tidak lama kemudian, pihak produksi mengubah kembali tajuk seperti pada novel iaitu Tundukkan Playboy Itu. Drama ini merupakan sebuah adaptasi sebuah novel hasil karya Anjell. Anjell juga adalah penulis novel Suamiku Paling Sweet yang disiarkan di Slot Akasia pada November 2016 lakonan Mawar Rashid, Syafiq Kyle dan Nik Adam Mika. Novel pertama beliau, Eksperimen Cinta yang telah diadaptasikan ke drama yang menggunakan tajuk sama dengan novel iaitu Eksperimen Cinta lakonan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad.

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenyanyiMasa
1."Tak Ada Cinta Sepertimu"Siti Nordiana dan Aliff Aziz4:41


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Salah satu antara drama terakhir lakonan Uqasha Senrose sebelum beliau mengambil keputusan menanggalkan tudung.
  • Salah satu drama TV terakhir arahan Keoi Khalid sebelum meninggal dunia pada 19 Mei 2016 akibat penyakit jantung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Percubaan lelaki-lelaki 'Tundukkan Playboy Itu'". Kosmo!. 2016-02-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2016-05-20.
  2. ^ Mohamad Hafizi Mohd Said (2016-05-19). "Pengarah drama 'Tundukkan Playboy Itu' meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-05-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Tundukkan Playboy Itu Berikutnya
Cinta Si Wedding Planner Duda Terlajak Laris