Wasiat dan amanat terakhir Adolf Hitler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halaman pertama wasiat politik

Adolf Hitler, Canselor dan diktator Jerman dari tahun 1933 hingga 1945, menandatangani wasiat politik dan amanat peribadinya dalam Führerbunker pada 29 April 1945, sehari sebelum beliau membunuh diri bersama isterinya, Eva Braun.

Wasiat politik dibuat dalam dua bahagian. Dalam wasiat pertama, Mein politisches Testament, beliau menafikan tuduhan menghasut peperangan, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jerman yang setia, dan merayu kepada mereka untuk meneruskan perjuangan. Dalam wasiat kedua, beliau mengisytiharkan Heinrich Himmler dan Hermann Göring sebagai pengkhianat, dan menetapkan rancangannya untuk kerajaan baharu dibawah Karl Dönitz. Setiausaha Hitler Traudl Junge mengenang kembali Hitler sedang membaca nota sambil mengimlak wasiat tersebut, dan dipercayai Joseph Goebbels menolongnya menulis.

Kedua-dua Wasiat Politik dan Amanat Peribadi Adolf Hitler telah diimlak kepada Junge pada hari-hari terakhir riwayat Hitler dan ditandatangani pada 29 April 1945, tetapi artifak ini tidak boleh dikelirukan dengan dokumen yang sama sekali berbeza—dan kontroversi—dikenali sebagai Amanat Adolf Hitler.[a]

Wasiat[sunting | sunting sumber]

Wasiat terakhir ialah dokumen ringkas yang ditandatangani oleh Hiter pada 29 April pada pukul 04:00.[3] Ia mengiktiraf perkahwinannya—tetapi tidak menamakan Eva Braun—dan mereka memilih untuk mati daripada menanggung malu dijatuhkan atau menyerah diri; dan dengan itu mayat mereka akan dibakar.[4] Wasiat ini membahagikan harta benda Hitler seperti berikut:[5]

  • Koleksi seninya diserahkan kepada "galeri di kampung asal saya di Linz, Danube;"[6]
  • Objek-objek "bernilai sentimental atau keperluan untuk mengekalkan kehidupan yang sederhana" diberi kepada "adik-beradik," ibu Eva Braun dan "rakan sekerja yang setia" seperti pembantu rumahnya Puan [Anni] Winter; bagaimanapun, beliau juga meminta ketua setiausaha peribadinya Martin Bormann menjadi orang yang "dibenarkan untuk mengeluarkan semua yang mempunyai nilai sentimental atau keperluan untuk mengekalkan kehidupan yang sederhana" untuk semua orang ini.[7]
  • Apa sahaja yang tinggal dan bernilai akan diberikan kepada Parti Nazi.[6]

Bormann telah dicalonkan sebagai pelaksana dan juga "diberikan kuasa penuh undang-undang untuk membuat semua keputusan."[7] Wasiat itu disaksikan oleh Bormann, Goebbels,[7] dan Kolonel Nicolaus von Below.[8]

Amanat[sunting | sunting sumber]

Amanat politik terakhir telah ditandatangani pada masa yang sama dengan wasiat terakhir Hitler, pukul 04:00 pada 29 April 1945.[3] Ia dibuat dalam dua bahagian. Bahagian pertama amanat ini menceritakan motivasinya dalam tiga dekad sejak menjadi perajurit dalam Perang Dunia I, mengulangi dakwaannya yang beliau "dan sesiapa pun di Jerman tidak mahu berperang pada tahun 1939," menyatakan alasan dan niatnya untuk membunuh diri, dan memuji serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jerman atas sokongan dan pencapaian mereka.[9] Turut disertakan dalam amanat pertama ialah kenyataan yang memperincikan dakwaannya bahawa beliau cuba mengelakkan peperangan dengan negara lain dan mengaitkan tanggungjawab untuknya kepada "Yahudi Antarabangsa dan pendokongnya."[10] Beliau tidak akan "meninggalkan Berlin [...] walaupun ketumbukan itu terlalu kecil untuk bertahan." Hitler menyatakan hasratnya untuk memilih mati darioada "jatuh ke tangan musuh" dan orang ramai yang memerlukan "sebuah tontonan yang diatur oleh orang Yahudi."[11] Beliau mengakhiri dengan seruan untuk meneruskan "pengorbanan" dan "perjuangan."[11] Beliau menyatakan harapan bagi kebangkitan gerakan Sosialis Kebangsaan dengan merealisasikan "komuniti rakyat sejati (Volksgemeinschaft)."[10]

Bahagian kedua amanatnya memaparkan niat Hitler untuk kerajaan Jerman dan Parti Nazi selepas kematiannya dan perincian siapa akan menggantikannya. Beliau menyingkirkan Reichsmarschall Hermann Göring daripada parti dan memecatnya dari semua jawatan kerajaan. Beliau juga membatalkan dekri 1941 yang menamakan Göring sebagai penggantinya jika beliau meninggal dunia. Bagi menggantikannya, Hitler menamakan Großadmiral Karl Dönitz sebagai Presiden Reich dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.[12] Reichsführer-SS dan Menteri Dalam Negeri Heinrich Himmler juga disingkirkan dari parti dan dipecat dari semua jawatan kerajaan kerana cuba merundingkan perdamaian dengan Sekutu Barat tanpa "pengetahuan" Hitler dan tanpa kebenaran.[11] Hitler mengisytiharkan Himmler dan Göring sebagai pengkhianat.[13]

Hitler melantik Kabinet baru dan pemimpin baru negara Jerman:[14]

Disaksikan oleh Goebbels, Bormann, Jeneral Wilhelm Burgdorf, dan Jeneral Hans Krebs.[3]

Pada waktu tengahari 30 April, kira-kira satu setengah hari selepas beliau menandatangani wasiat terakhirnya, Hitler dan Braun membunuh diri.[15] Dalam masa dua hari berikutnya, Goebbels, Burgdorf, dan Krebs juga membunuh diri. Nasib Bormann tidak diketahui selama beberapa dekad,[16] tetapi pengecaman positif jasadnya pada tahun 1998[17] menunjukkan beliau mati semasa melarikan diri pada 2 Mei 1945 untuk mengelak ditangkap oleh pihak Tentera Merah Soviet yang mengepung Berlin.[18]

Pengarang[sunting | sunting sumber]

Dalam bukunya The Bunker, James O'Donnell, selepas membandingkan perkataan-perkataan wasiat terakhir Hitler dengan tulisan dan kenyataan Hitler dan Goebbels, membuat kesimpulan bahawa Goebbels ada terlibat dalam membantu Hitler menulisnya. Junge menyatakan Hitler membaca daripada nota semasa beliau mengimlak wasiat selepas tengah malam pada 29 April.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota informasi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Testament of Adolf Hitler consists of alleged recordings made by Reichsleiter Martin Bormann from Hitler's bunker in Berlin; it purports to be a continuation of the widely published table talks Hitler conducted during the course of the war. Biographers Joachim Fest and Alan Bullock, as well as other historians have taken them as legitimate, but their authenticity is questioned by a considerable number of scholars, not the least of which includes Ian Kershaw, who refused to reference them in his authoritative work on Hitler.[1] On this, also see Kershaw.[2]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nilsson 2018, m/s. 871–891.
  2. ^ Kershaw 2001, m/s. 1024–1025, fn 121.
  3. ^ a b c Kershaw 2008, m/s. 950.
  4. ^ McDonough 2021, m/s. 566–567.
  5. ^ Hitler 1945a.
  6. ^ a b McDonough 2021, m/s. 566.
  7. ^ a b c International Military Tribunal 2019, m/s. 259–260.
  8. ^ Kershaw 2008, m/s. 948, 950.
  9. ^ Kershaw 2008, m/s. 948.
  10. ^ a b Hitler 1945b.
  11. ^ a b c Kershaw 2008, m/s. 949.
  12. ^ Kershaw 2008, m/s. 949, 950.
  13. ^ Evans 2008, m/s. 724.
  14. ^ Hitler 1945b; NS-Archiv
  15. ^ Kershaw 2008, m/s. 953–955.
  16. ^ Whiting 1996, m/s. 98–99, 101, 127, 144.
  17. ^ Miller 2006, m/s. 154.
  18. ^ Lang 1979, m/s. 417.
  19. ^ Kershaw 2008, m/s. 946.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Beevor, Antony (2002). Berlin: The Downfall 1945. London: Viking–Penguin Books. ISBN 978-0-670-03041-5.
  • Bradsher, Greg (2016). "The Search for Hitler's Political Testament, Personal Will, and Marriage Certificate". U.S. National Archives. Dicapai pada 20 June 2022.
  • Eckert, Astrid M. (2012). The Struggle for the Files. The Western Allies and the Return of German Archives after the Second World War. Cambridge University Press. m/s. 46–47. ISBN 978-0521880183.
  • Evans, Richard J. (2008). The Third Reich at War. New York: Penguin Group. ISBN 978-0-14-311671-4.
  • Hitler, Adolf (1945a). My Private Will and Testament .
  • Hitler, Adolf (1945b). My Political Testament .
  • International Military Tribunal (2019) [1946]. Nazi Conspiracy and Aggression. VI. Washington D.C.: United States Government Printing Office. ISBN 978-1-64594-028-9.
  • Joachimsthaler, Anton (1999) [1995]. The Last Days of Hitler: The Legends, The Evidence, The Truth (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Helmut Bölger. London: Brockhampton Press. ISBN 978-1-86019-902-8.
  • Kershaw, Ian (2001). Hitler, 1936–1945: Nemesis. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-39304-994-7.
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.
  • Lang, Jochen von (1979). The Secretary. Martin Bormann: The Man Who Manipulated Hitler. New York: Random House. ISBN 978-0-394-50321-9.
  • McDonough, Frank (2021). The Hitler Years: Disaster, 1940–1945. New York: St. Martin's Press. ISBN 978-1-25027-512-7.
  • Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1. San Jose, CA: R. James Bender. ISBN 978-93-297-0037-2.
  • Nilsson, Michael (2018). "Constructing a Pseudo-Hitler? The question of the authenticity of Hitlers politisches Testament". European Review of History: Revue européenne d'histoire. 26 (5): 871–891. doi:10.1080/13507486.2018.1532983. S2CID 149705671.
  • Whiting, Charles (1996) [1973]. The Hunt for Martin Bormann: The Truth. London: Pen & Sword. ISBN 0-85052-527-6.
  • "NS-Archiv: Adolf Hitler, Die Testamente". NS-Archiv (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 5 June 2019.—The German version of the testament includes the fifteen other names only noted as "Here follow fifteen others" in the English translation published by the U.S. Government.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]