Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/12-10/Tatabahasa/Pakma
Pakma | |
---|---|
Bunga pakma raksasa di Bengkulu, Indonesia. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malpighiales |
Keluarga: | Rafflesiaceae |
Genus: | Rafflesia R.Br. ex Thomson bis[1] |
Spesies | |
Lihat ceraian pengelasan |
Pakma, padma, patma atau kerubut ialah jenis bunga-bunga dalam genus tumbuhan berbunga parasit Rafflesia dari keluarga Rafflesiaceae.[2]:2[3] Spesiesnya berbunga sangat besar, dengan kudupnya muncul dari tanah atau terus dari pangkal batang pokok perumahnya; satu spesies mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Genus ini memuatkan kira-kira 28 spesies (termasuk empat spesies yang belum selesai dicirikan sesuai yang dikenal pada 1997 oleh Willem Meijer dalam monograf terbaru genus itu), semua spesies genus ini ditemukan di seluruh asia TenGgara.
Ia julung kali diberi perhatian oleh orang Barat melalui penemuan oleh pakar bedah dan alamiah Perancis, Louis Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1794, namun catatan dan gambarannya yang dirampas oleh British pada 1803, belum diterbitkan kepada sains barat sampailah 1861.[2]
Penamaan
[sunting sumber]Perkataan padma, pakma, dan patma menyerap daripada Sanskrit: पद्म, rumi: padma yang bermaksud "teratai".[4][5] Nama "pakma" selalunya dipakai untuk spesies R. hasseltii,[6][7]:300[4] Nama "padma" pula khusus di Indonesia untuk spesies R. arnoldii yang juga disebut "padma raksasa".[8] Nama patma dipinjamkan daripada bahasa Jawa[7] dan dipakai di Sarawak.[9]
Tumbuhan inimempunyai banyak nama julukan lain termasuk bunga akar, kukuanga (di Sabah), yak-yak, wusak tumbuakar, kerubut, kemubut, sikinlili, ambai-ambai, ambun-ambun, pelimun (atau petimun) dan sekedai.[9][10] Bunga kubis, bunga akar dan bunga tumbuakar dipakai khusus untuk menyebut spesies R. tuanku-halimii.[11] Tumbuhan ini turut disebut bunga bangkai namun nama tersebut dipakai kepada spesies Amorphophallus titanum.
Takso nomi
[sunting sumber]Genus Rafflesia dinamakan sempena Stamford Raffles, pendiri jajahan di Singapura yang mengetuai ekspedisi British pertama yang menemukan bunga ini di hutan hujan Bengkulu, Sumatera pada tahun 1818. Orang British pertama melihat bunga ini dalam ekspe disi tersebut adalah Joseph Arnold selepas seorang penjawat Melayu yang bekerja untuknya menemukan sekuntum bunga ini lalu menunjukkan kepadanya.[6]
Spesies
[sunting sumber]Spesies$$ diterima
[sunting sumber]Setakat Oktober 2020[kemas kini] , pang kalan data Plants of the World Online menerima spesies2 berikut:[3]
- Rafflesia arnoldii R.Br. – pakma raksasa, kerubut, bunga bangkai – Sumatera, Borneo
- Rafflesia aurantia Barcelona, Co & Balete – Filipina (Luzon)
- Rafflesia azlanii Latiff & M.Wong – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia baletei Barcelona & Cajano – Filipina (Luzon)
- Rafflesia banaoana Malabrigo – Filipina (Luzon); dijadikan sinonim R. leonardi oleh sumber lain[12]
- Rafflesia bengkuluensis Susatya, Arianto & Mat-Salleh – Sumatera
- Rafflesia borneensis Koord. – Borneo (timur laut Kalimantan)
- Rafflesia camarinensis F.B.Valenz., Jaucian-Adan, Agoo & Madulid – Filipina
- Rafflesia cantleyi Solms – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia ciliata Koord. – Borneo (timur laut Kalimantan)
- Rafflesia consueloae Galindo, Ong & Fernando – Filipina (Luzon)
- Rafflesia gadutensis Meijer – Sumatera
- Rafflesia hasseltii Suringar – pakma betul, ambai-ambai, kerubut – Sumatera
- Rafflesia horsfieldii R.Br. – barat Jawa
- Rafflesia keithii Meijer – Borneo
- Rafflesia kemumu Susatya, Hidayati & Riki – Sumatera
- Rafflesia kerrii Meijer – Thailand, Semenanjung Malaysia
- Rafflesia lagascae Blanco– Filipina (Luzon)
- Rafflesia lawangensis Mat-Salleh, Mahyuni & Susatya – Sumatera
- Rafflesia leonardi Barcelona & Pelser – Filipina (Luzon)
- Rafflesia lobata Galang & Madulid – Filipina (Panay)
- Rafflesia manillana Teschem. – Filipina (Samar)
- Rafflesia meijeri Wiriad. & Sari – utara Sumatera
- Rafflesia micropylora Meijer – Sumatera
- Rafflesia mira Fernando & Ong – Filipina (Mindanao)
- Rafflesia mixta Barcelona, Manting, Arbolonio, R.B.Caball. & Pelser – Filipina (Mindanao)
- Rafflesia parvimaculata Sofiyanti, K.Mat-Salleh, Khairil, Zuhailah, Mohd.Ros. & Burs – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia philippensis Blanco – Filipina (Luzon)
- Rafflesia pricei Meijer – Borneo
- Rafflesia rochussenii Teijsm & Binn. – Jawa, Sumatera
- Rafflesia schadenbergiana Göpp. ex Hieron – Filipina (Mindanao)
- Rafflesia sharifah-hapsahiae J.H.Adam, R.Mohamed, Aizat-Juhari & K.L.Wan – bunga pecah belah – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia speciosa Barcelona & Fernando – Filipina (Panay)
- Rafflesia su-meiae M.Wong, Nais & F.Gan – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia tengku-adlinii Mat-Salleh & Latiff – Borneo (Sabah)
- Rafflesia tuan-mudae Becc. – Borneo (Sarawak)
- Rafflesia tiomanensis Siti-Munirah, Salamah & Razelan – Pulau Tioman, Semenanjung Malaysia
- Rafflesia tuanku-halimii J.H.Adam, Aizat-Juhari, Azilah & K.L.Wan – tumbuakar, bunga akar – Semenanjung Malaysia
- Rafflesia verrucosa Balete, Pelser, Nickrent & Barcelona – Filipina (Mindanao)
- Rafflesia witkampii Koord. – Borneo (timur Kalimantan)
- Rafflesia zollingeriana Koord. – timur Jawa
Taburan
[sunting sumber]Sementanjung Malaysia
[sunting sumber]Raflesia boleh ditemukan di sepanjang kawasan Semenanjung Malaysia dan Thailand di semenanjung Tanah Melayu.[13][14]
Malaysiya
[sunting sumber]Di Semenanjung, bunganya boleh ditemukan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu. Di Perak, tiga spesies bunganya dapat ditemukan di Taman Negeri Royal Belum dan hutan simpan Gerik iaitu Rafflesia kerrii, Rafflesia cantleyi dan Rafflesia azlanii. Rafflesia azlanii dinamakan sempena Sultan Perak, SultanAzlanShah.[13] Sementara itu, dua spesies bunga berperumah Tetrastigma dapat ditemukan di tiga tempat di Kelantan. Spesies Rafflesia cantleyi dapat ditemukan di Ulu Sat dan Chabang Tongkat, sedangkan Rafflesia kerrii ditemukan di Lojing.[15] Tambahan lagi, dua tempat di Pahang di mana bunganya boleh ditemukan adalah hutan simpan Lembah Benum dan Lata Jarum.[16][17] Di Terengganu pula, bunga spesies Rafflesia cantleyi dapat ditemukan di Kuala Berang. Bunga yang ditemukan di sini tergantung pada akar pokok perumahnya bermeter-meter dari permukaan tanah, tidak macam bunga biasa yang ditemukan pada akar tanah.[18]
...?Kawasan bunga ini dijadikan tarikan pelancong untuk pendaki dan peminat kerencaman biologi, dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang tempatan.[15][16][17][18]
Tailan
[sunting sumber]Di Thhailand, raflesia boleh ditemukan di Tamans Negara Khao Sok di mana bunganya dikira dan dipantau oleh renjar taman.[14]
Boneo
[sunting sumber]$pesies tempatan Borneo termasuklah Rafflesia arnoldii, R. cantleyi, R. hasseltii, R. keithii, R. kerrii, R. pricei, R. tengku-adlinii dan R. tuan-mudae. R. arnoldii gah selaku bunga tunggal terbesar di dunia.[19]
Malaysia
[sunting sumber]R. keithii adalah spesies endemik di Sabah dan yang terbesar dalam tiga spesies raflesia yang ditemukan dalam wila yah Malaysia. Bunganya berukuran dalam 60 cm ke 80 cm. Oleh ukurannya, bunganya sering ditemukan tumbuh di lantai hutan pada batang atau akar bawah tanah Tetrastigma lanceolarium. R. keithii kebanyakannya ditemukan di sekitar kawasan Poring, Sabah.[20][21]
Mindanao
[sunting sumber]Spesies Mindanao pula disebut Rafflesia schadenbergiana sempena pakar alamiah Alexander Schadenberg, yang julung kali menemukan spesies itu di kaki Gununung Apo pada 1882. D engan bunga hampir semeter, ia menyamai ukuran anak duduk. Di Mindanao, spesies itu telah dilihat di Davao del Sur, selatan Cotabato dan Gunung Kitanglad di Bukidnon.[22] R. mira dan R. magnifica adalah dua nama untuk spesies tunggal. Deduanya ditemukan di Gunung Candalaga di Maragusan, Lembah Compostela.
Spesies ketiga di Mindanao adalah R. mixta yang setakat ini hanya ditemukan di bandar Mainit, Surigao del Norte. Ia menunjukkan gabungan tiga ciri raflesia Filipina, iaitu: bentuk dan ukuran proses meng erucut dalam R. schadenbergiana, ukuran bunga dan bintil tenda bunga yang tersebar jarang R. spesiosa, dan kesamaan menyeluruh ukuran bunga, bau yang lemah, gegendang dan morfologi ramentum R. mira.[23] Spesies keempat adalah Rafflesia verrucosa yang ditemukan hanya di Gunung Kampalili di wilayah Davao Oriental.[24]
Eko-logi
[sunting sumber]Spesies Rafflesia dikatakan holoparasit bagi akaran genus Tetrastigma iaitu pepanjat dari keluarga anggur, Vitaceae. Mereka dengan itu menjadi hiperparasit lantaran Tetrastigma sendiri adalah parasit berstruktur bagi pokok yang mereka panjat untuk mendapatkan cahaya. Rafflesia muncul sebagai "spesies-spesifik", dengan setiap spesies Rafflesia sejadinya hanya tumbuh pada satu ke tiga spesies Tetrastigma. Daripada 57 spesies dikenal Tetrastigma, hanya sepuluh diketahui menjadi pokok perumah. Daripada genap 30 spesies Rafflesia pula, pokok tumpangnya hanya diketahui dari sekitar setengah spesiesnya.
Spesies tertentu Tetrastigma digemari dalam kalangan Rafflesia: T. tuberculatum adalah pokok perumah bagi sekurang-kurangnya 15 spesies, dan hanya dua spesies Filipina diketahui tidak menjangkitinya. Kededua T. papillosum dan T. diepenhorstii pula memperumahkan sekurang-kurangnya dua spesies. Bunganya boleh bertunas pada tempat berlainan; R. cantleyi berbunga pada pepanjat sekitar dua meter dari tanah,[25] sedangkan R. zollingeriana sering bertunas pada akar dan muncul dari tanah.
NisBah jantinanya boleh jadi pencong. Bagi R. lobata, terdapat sekurang-kurangnya sembilan bunga jantan untuk setiap bunga betina.[26] Kekadang, terdapat bunga dengan kededua jantina pada satu-satu kedudukan untuk memastikan pendebungaan dan pembiAKkan seks berlaku. Ini pun belum berpada: bunga betina apapun masih boleh mengeluarkan buah dan menjadi agamospermus.[25] Perbungaan selalunya tetap dan tapak itu akan terus berbunga untuk berdekad-dekad.[27]
Bagi Rafflesia arnoldii, bunganya dilawati oleh lalat Drosophila colorata, Chrysomya megacephala dan Sarcophaga haemorrhoidalis. Semut hitam genus Euprenolepis memakan kudup yang berkembang dan boleh memusnahkannya.[28] Mamalia yang diketahui memakan bunganya adalah tupai kekes (Tupaia javanica) dan landak Sunda (Hystrix javanica). Mamalia yang dicatatkan merosakkan kudup atau bunganya, selalunya dengan memijak atau menghancurkannya pula adalah babi hutan (Sus scrofa), kucing batu (Felis bengalensis), rusa Jawa (Cervus timorensis), kijang (Muntiacus muntjak) dan banting (Bos javanicus).[25]
Rujujukan
[sunting sumber]- ^ "Rafflesia". International Plant Names Index. The Royal Botanic Gardens, Kew, Harvard University Herbaria & Libraries, Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 4 Jun 2022.
- ^ a b Willem, Meijer (1997). "Rafflesiaceae". Flora Malesiana. 13. Leiden: Hortus Botanicus Leiden, di bawah naungan Yayasan Flora Malesiana. m/s. 1–42. ISBN 90-71236-33-1.
- ^ a b "Rafflesia R.Br. ex Gray". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 4 Jun 2022.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "pakma". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 198 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Edi Sedyawati; Ellya Iswati; Kusparyati Boedhijono; D. Dyah Widjajanti (1994). "pakma". Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 129. ISBN 979-459-416-4.
- ^ a b Keng, Hsuan (1978). Orders and Families of Malayan Seed Plants (ed. dikemaskini). Singapura: Singapore University Press (original published by University of Malaya Press 1969). m/s. 106.
- ^ a b Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321. Dicapai pada 17 Jun 2022 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
- ^ Padma raksasa : Center of the World Reference. Dicapai pada 17 Jun 2022
- ^ a b "Rafflesia". Singapore Infopedia. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Tim Literasi (24 April 2019). "Perbedaan Bunga Bangkai dan Rafflesia". SMK Manajemen Penerbangan Pekanbaru. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ MyBIS (2022). "Rafflesia tuanku-halimii". Malaysia Biodiversity Information System. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Pusat Kepelbagaian Biologi Malaysia & Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2022.
- ^ "Rafflesia leonardi Barcelona & Pelser". Parasitic Plant Connection. Dicapai pada 19 Januari 2022.
- ^ a b "Dua lokasi di Hulu Perak subur Rafflesia". Harian Metro. 25 Mac 2018. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ a b "Where to see Rafflesia in Thailand – the biggest flower in the world". 203 Challenges (dalam bahasa Inggeris). 30 Januari 2019.
- ^ a b "Tiga lokasi bunga Pakma di Kelantan [METROTV]". Harian Metro. 3 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ a b "Bunga rafflesia antara 4 produk baharu pelancongan di Lembah Benum". Harian Metro. 29 Disember 2020. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ a b "Tarikan bunga gergasi di Lata Jarum". Harian Metro. 16 Januari 2020. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ a b "Rafflesia juga ditemui tergantung". Harian Metro. 21 Februari 2018. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ "Rafflesia Facts - Rafflesia, The World's Largest Bloom". RafflesiaFlower.com. Dicapai pada 14 September 2016.
- ^ Peters, Robert Francis; Ting, Yap Yih (2016). "Protection of Rafflesia through the Appreciation of the Dusun's Indigenous Knowledge; A Preliminary Case Study at Poring-Sabah" (PDF). Journal of Tropical Biology and Conservation. 13: 27–42. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ Emmons, Louise H.; Nias, Jamili; Briun, Alim (1991). "The Fruit and Consumers of Rafflesia keithii (Rafflesiaceae)". Association for Tropical Biology and Conservation. 23 (2): 197–199. JSTOR 2388307. Dicapai pada 10 Februari 2021.
- ^ Barcelona, J.F., P.B. Pelser, A.M. Tagtag, R.G. Dahonog & A.P. Lilangan. 2008. The rediscovery of Rafflesia schadenbergiana Göpp. ex Hieron. (Rafflesiaceae). Flora Malesiana Bulletin 14: 162-165.
- ^ M.E. Manting, R.B. Arbolonio, R.B. Caballero & P.B. Pelser. 2014. Rafflesia mixta (Rafflesiaceae), a new species from Surigao del Norte, Mindanao, Philippines
- ^ Balete, D.S., P.B. Pelser, D.L. Nickrent & J.F. Barcelona. 2010. Rafflesia verrucosa (Rafflesiaceae), a new species of small-flowered Rafflesia from eastern Mindanao, Philippines. Phytotaxa 10: 49-57.
- ^ a b c Susatya, Agus (Oktober 2011). Rafflesia Pesona Bunga Terbesar di Dunia (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Direktorat Kawasan Konservasi dan Bina Hutan Lindung. m/s. 67–69, 83–84, 86. ISBN 978-602-19319-0-5.
- ^ Lestari, Dewi; Hikmat, Agus; Zuhud, Ervizal Amir Muhammad (April 2014). "Conservation Strategy of Rafflesia zollingeriana Koord in Meru Betiri National Park, East Java". Jurnal Manajemen Hutan Tropika (Journal of Tropical Forest Management). 20 (1): 9. doi:10.7226/jtfm.20.1.9. ISSN 2087-0469. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ Maezulpah, N.; Briliawan, B. D.; Fairuz, R.; Iman, D. T.; Pratama, M.; Ahsania, D. A.; Nurhayati; Saidah, I.; Nurhaeni, W.; Hidayati, S. N.; Khoirunnisa, E.; Tyas, A.; Hikmat, Agus (2019). "Population structure and conservation strategy of Rafflesia zollingeriana Koord. in Bandealit Resort, Meru Betiri National Park". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 394 (1): 012008. Bibcode:2019E&ES..394a2008M. doi:10.1088/1755-1315/394/1/012008. S2CID 214086640. Dicapai pada 7 November 2020.
- ^ Pranata, Syafroni; Sulistijorini; Chikmawati, Tatik (September 2019). "Ecology of Rafflesia arnoldii (Rafflesiaceae) in Pandam Gadang, West Sumatra". Journal of Tropical Life Science. 9 (3): 243–251. doi:10.11594/jtls.09.03.05. S2CID 242647106 Check
|s2cid=
value (bantuan). Dicapai pada 30 Oktober 2020.