Yusni Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'
Yusni Hamid
DIMP JMN SMT KMN
Nama lahirAisah binti Mohd Shariff
Kelahiran (1951-10-07) 7 Oktober 1951 (umur 72)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1969–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Yang Hormat Dato' Yusni Hamid (lahir Aisah Mohd Shariff; 7 Oktober 1951) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau dikenali sebagai antara sebilangan penyanyi tempatan yang meraih kejayaan pada dekad 1980-an.[2][3] Yusni terkenal dengan lagu popularnya, "Kau Yang Ku Nanti".[4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yusni Hamid mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik ketika berusia 18 tahun.[6] Ibu bapa beliau tidak begitu setuju dengan pilihan kerjayanya sebagai penyanyi, namun Yusni tidak berputus asa untuk menggapai impian sebagai penyanyi.[2][7]

Beliau "curi-curi" menyanyi, sehingga muncul di televisyen. Yusni mula menyanyi di kelab malam pada tahun 1968, sehingga seorang kenalannya dari Australia yang sudi menaja beliau untuk merakamkan album.[2]

Sebagai penyanyi diraja,[8] beliau diberi penghormatan untuk menghibur raja dan sultan di serata negeri semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau menyanyi di Lake Club, Tasik Perdana selama 9 tahun, di mana persembahan beliau turut disaksikan oleh isteri Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Nancy Reagan.[2]

Pada tahun 1982, Yusni melancarkan album pertama, Kau Yang Pertama.[2] "Kau Yang Ku Nanti" dikeluarkan sebagai single pertama. Selepas kejayaan album pertama, beliau merakamkan 10 lagi album yang semuanya meraih kejayaan komersial.[2] Dua tahun kemudian, beliau telah dipelawa oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) sebagai pengacara untuk rancangan Bintang Undangan.[9][10][11]

Pada Oktober 2003, Yusni dikurniakan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk oleh Sultan Pahang.[12][13] Pada 27 Februari 2016, Yusni menjayakan Konsert Raja & Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya sempena meraikan ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85.[13]

Yusni juga berkecimpung dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam Panggung RTM dan pementasan bangsawan untuk siaran TV. Beliau ditawarkan menjayakan pementasan teater Kasih Menanti arahan Ahmad Tarmimi Siregar dengan memegang watak sebagai ibu angkat, teater ini berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 9 hingga 18 Mei 2008.[14]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dengan nama sebenar, Aisah Mohd Shariff.[15] Dalam temubual bersama Sinar Harian, Yusni mendedahkan namanya ditukar kepada Yusni kerana nama timangannya ialah Yusra. Manakala, Hamid ialah nama bapa angkatnya.[2]

Beliau dikurniakan tiga anak: Iskandar Zulkarnain, Edlynna Hanie dan Mohd Azlan serta enam cucu.[2][13] Beliau menetap di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.[14] Di luar kerjaya muzik, Yusni juga bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan sukarelawan.[16]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Ku Tak Mengerti (1982)
  • Aku Rindu (1984)
  • Kasih Ku Abadi (1988)

Album duet[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Satu Penghargaan (2009)
  • 4 Bintang Popular Vol. 1 (2011)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Diwajahmu Ku Lihat Bulan"
  • "Aku Rindu"
  • "Malaysia Tanah Airku"
  • "Kau Yang Ku Nanti"
  • "Joget Pucuk Pisang"

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (4 Jun 2013). "Jangan menyanyi syok sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mac 2019 – melalui KLiK.
  2. ^ a b c d e f g h Akmaliah Razak (31 Julai 2012). "Yusni Hamid punya kelas tersendiri". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  3. ^ "Penyanyi malar segar". Berita Harian. 18 Julai 2017. Dicapai pada 22 Mac 2018 – melalui PressReader.
  4. ^ "Yusni Hamid terus gilap suara emas". Berita Harian Singapura. 11 September 2019. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  5. ^ "Yusni Hamid penyanyi eksklusif". Perak Today. 27 Januari 2017. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  6. ^ Suraya Al-Attas (21 Mac 1992). "She loves doing lounge shows" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  7. ^ "Yusni nyanyi bukan kerana nama". Berita Minggu. 4 Februari 1996. m/s. 14. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 September 2014). "Yusni digelar 'penyanyi diraja'". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mac 2019 – melalui KLiK.
  9. ^ "Yusni Hamid: Penyanyi perlu pengalaman di kelab malam". Berita Harian Singapura. 9 Ogos 1984. m/s. 2. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  10. ^ Adi Putera (27 Januari 1985). "Yusni percaya diri sendiri". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  11. ^ "Tidak ada rahsia bagi Yusni Hamid". Berita Minggu. 16 Oktober 1988. m/s. 8. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  12. ^ Suzan Ahmad (27 Oktober 2003). "Giliran Yusni bergelar Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 16 Julai 2015.
  13. ^ a b c Norhayati Nordin (21 Februari 2016). "Yusni rancang aksi istimewa". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mac 2016.
  14. ^ a b Budiey (17 Mei 2008). "Pengalaman pertama Dato' Yusni Hamid berlakon teater muzikal". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  15. ^ Nadia Azam (9 Julai 2018). "Yusni Hamid kecewa kepercayaan diberi tiada hasil". Malaysiakini. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  16. ^ Khadijah Ibrahim (21 Mac 2007). "Yusni Hamid penyanyi diraja". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-28. Dicapai pada 22 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]