Abdul Aziz Bari
Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan profesor undang-undang perlembagaan khasnya berkaitan perlembagaan beraja.Beliau adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.[1] [2] Hasil tulisan dan pandangan beliau dalam Sinar Harian, Harakah, Suara Keadilan, Astro Awani dan lain-lain amat mengujakan. Paradok dengan itu, beliau juga disindir sebagai agen Barat dan merendah-rendahkan ulama.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Abdul Aziz Bari berasal dari Sabak Bernam , menjadi pensyarah undang-undang UIAM sejak 1989 . Lebih 100 pelajar di bawahnya dari peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD). Antara bekas pelajarnya ialah Shamsul Iskandar Md Akin.
[sunting] Pandangan dan Pendapat
Beliau banyak memberi pandangan dan pendapat dalam isu-isu berkaitan undang-undang perlembagaan. Diantaranya ialah isu kontroversi penyertaan gadis islam didalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia, isu PPSMI dan lain-lain lagi.[perlu rujukan]
Beliau dijemput menyampaikan buah fikiran dalam 'Seminar Memantapkan Parti PAS' pada 7 November 2009. Ini ada kaitan dengan artikelnya dalam Sinar Harian pada Oktober 2009.
Abdul Aziz Bari juga menganggap Presiden PAS ,Abdul Hadi Awang sebagai "Pak Lah versi PAS" kerana kepimpinannya terlalu lemah berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Abdul Hadi semasa menjadi presiden tidak menyerlah dan kehilangan daya tarikan. Beberapa pemimpin PAS perlu dikorbankan demi kelangsungan PAS.[3]
Beliau dilanda kontroversi sejak penerbitan rencana dalam laman web Malaysiakini yang menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak mengharamkan kritikan Raja-raja Melayu, dan raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa [4].
[sunting] Digantung tugas
Pada 20 Oktober 2011, Aziz Bari digantung tugas dan dihantar surat tunjuk sebab oleh UIA [5]. Rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan penggantungan tersebut.Beliau dilarang masuk ke pejabat dan kuncinya hendaklah diserahkan kepada pihak keselamatan UIA.
Datuk Zulkifli Noordin menyeru Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana ulasannya biadap dan kurang ajar.[6] Senator Mohamad Ezam Mohd Nor ,bekas ketua Pemuda PKR menyeru beliau meletak jawatan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.
Pegawai PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat beliau berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau turut ditanya tentang kemahiran ICT dan artikel-artikel tulisannya.Malahan editor Malaysiakini, Jimadie Shah Othman [7] turut diminta menyerahkan artikel tulisan Abdul Aziz.
Aziz menjelaskan lagi bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.[8]Sultan Selangor mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.[9] Sultan Sharafuddin telah bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor, dan komen Abdul Aziz Bari boleh dilihat sebagai tidak senang dengan usaha baginda menentang usaha melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Ironinya, pada 1983, Dr Mahathir Mohamad meminda Perlembagaan Persekutuan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mengisytiharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.Pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.[10][11]
Sekumpulan mahasiswa khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyatakan sokongan mereka terhadap beliau dan membantah penggantungannya. [12] Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat, 21 Oktober 2011.
[sunting] Rujukan
- ↑ Pakar perlembagaan akan saman Utusan
- ↑ http://www.iium.edu.my/laws/staff_print.php?uid=50
- ↑ "Kepemimpinan Hadi jadi isu panas", Malaysiakini.com.
- ↑ Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja. Malaysiakini.
- ↑ UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari. Malaysiakini, 20 Oktober 2011
- ↑ Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU
- ↑ Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat prof, Mkini
- ↑ UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari
- ↑ Pakar perlembagaan akan saman Utusan
- ↑ Pakar: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?
- ↑ Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu
- ↑ Penggantungan Aziz Bari: Mahasiswa demo esok Free Malaysia Today, 20 October 2011