Zulkifli Noordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Datuk Zulkifli bin Noordin
Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen
untuk P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Datuk Paduka Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (BN)
Majoriti 5,583

Tarikh lahir 19 Februari 1962
Tempat lahir Baling, Kedah
Parti politik Lambang keadilan.png PKR (2008-2009)
Bebas-100px.jpg Bebas (2010-2013)
Pekerjaan Bekas Ahli Parlimen, Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie
Agama Islam

YB Zulkifli Noordin (19 Februari 1962 - kini) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P 18 ) dari parti bebas, dahulu merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR). Kini beliau merupakan naib presiden Perkasa.Pada Pilihan Raya Umum ke 13, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam namun tewas kepada penyandang Datuk Khalid Samad PAS dengan majoriti lebih 10 000 undi. Selain itu, beliau merupakan antara calon kontroversi yang dipilih oleh Najib Razak kerana tindakannya menghina kaum India di Malaysia.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada 19 Februari 1962. Beliau juga merupakan Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie. Bapanya bekas seorang anggota polis.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Kemudian bersekolah Menengah di Anderson School, Ipoh dan King Edward VII, Taiping, Negeri Perak. Beliau menyambung pelajarannya untuk Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand iaitu pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara tahun 1982-1986.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah balik ke Malaysia beliau berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara dan Peguam Syarie. Beliau mempunyai syarikat guaman sendiri.

Kegiatan masyarakat[sunting | sunting sumber]

  • 2006-2007 Ahli Exco Majlis Peguam Malaysia
  • 2008-2009 ahli Jawatankuasa Perundangan Syariah, Majlis Peguam Malaysia
  • ahli exco Pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI)
  • Pengerusi, Madrasah To' Din (MTD), Baling, Kedah
  • Penasihat Undang-Undang, Masjid Jame' Bandaraya Kuala Lumpur
  • Penceramah di masjid, surau dan forum-forum yang bersesuaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Latarbelakang politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai PKR kerana tertarik dengan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan nasib petani miskin kebuluran di Baling, Kedah pada 1974. Zulkifli pernah menoreh getah di Baling .

Ketika bertanding pilihan raya, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Syeikh Azmi yang menghidap kencing manis.[1] Pendiriannya agak konservatif dan menentang pembaharuan yang dibawa oleh Khalid Samad. Pendiriannya ini berlawan arus dengan dasar pelbagai kaum PKR.

Tahanan ISA 1998[sunting | sunting sumber]

Pada 29 September 1998, Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Anwar Ibrahim [2]. Ketika itu isterinya sarat mengandung anak ketiga. Beliau dibebaskan pada 27 Oktober 1998.

Rakan lain yang ditahan ISA ketika itu ialah Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Malek Hussein, Tamunif Mokhtar , Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, Lokman Nor Adam , Khir Md Noor , Shariffudin Budin dan Saari Sungib . Pemuda UMNO seperti Ruslan Kassim, Dr. Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution, Ezam Mohd Nor, Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Baharuddin Ibrahim, Abdul Syafid Omar, Putus Omar, Mohd Yahya Mohd Sharif kerana anti parti. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 2 Oktober 1998.

Pada 4 Julai 2011 semasa ceramah di DUN Ladang, Kuala Terengganu, Zulkifli menghuraikan perancangan rusuhan semasa perasmian Sukan Komanwel 1998 di Stadium Bukit Jalil. Beberapa kumpulan ditugaskan untuk membuat kecoh di beberapa tempat termasuk di Sogo, Stadium Bukit Jalil, Seri Perdana, PWTC , depan Stesen LRT Masjid Jamek dan Kampung Baru. Kereta TV3 turut dibakar di Dataran Merdeka.Tetapi FRU dapat maklumat dan 17 pemimpin ditahan bawah ISA.[3]

Pilihan raya 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Zulkifli Nordin bertanding di parlimen Kuala Langat tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional-UMNO , Datuk Dr Shafie Mohd Salleh . Seseorang calon diperlukan membayar deposit RM10,000 untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN semasa mengemukakan borang pencalonan mereka. Selebihnya wang cagaran untuk kebersihan bahan-bahan kempen yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan.[4]

Pilihan raya 2008[sunting | sunting sumber]

Zulkifli Nordin dipilih Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di parlimen P18 Kulim -Bandar Bharu. Parlimen ini terbahagi kepada 2 DUN iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu. Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Zulkifli menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi. Keempen Datuk Abdul Aziz dibantu oleh pelakon dan pelawak Malaysia seperti Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznil Nawawi.[5]

Zulkifli Noordin telah menfailkan penyata perbelanjaan pilihanraya 2008 pada hari penamaan calon kepada pegawai SPR pada 8 Mac 2008. Mengikut peraturan SPR, calon yang tidak menghantar penyata akaum perbelanjaan pilihan raya lepas , kemenangan terbatal dan pihak lawan akan menang percuma. Bukti resit atau dokumen hitam putih dari pegawai SPR tidak ada kecuali mendapat semula wang deposit sebanyak RM15,000.[6]

Kemenangannya dipertikaikan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 oleh BN- UMNO (Abdul Aziz Sheikh Fadzir). Pada 13 Oktober 2008, di Mahkamah Tinggi Alor Star, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menerima pembatalan petisyen itu.[7] Akibatnya timbul spekulasi Zulkifli akan menyertai UMNO.[8] Zulkifli dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September 2008. Zulkifli diwakili dua peguam, Md. Radzi Mustafa dan Azhar Arman Ali manakala Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin selaku peguam cara dan peguam- peguam Kanan Persekutuan, Maheran Mat Isa dan Zaleha Mat Jani mewakili responden kedua dan ketiga.[9]

Pilihan raya 2013[sunting | sunting sumber]

Calon PAS, Khalid Samad merupakan penyandang kerusi bagi Parlimen Shah Alam pada PRU13 ini dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dgn menewaskan pencabar Zulkifli Noordin dari Barisan Nasional dengan majoriti besar lebih 10 000 undi. Kekalahan beliau telah dijangkan di atas sebab provokasi serta kontroversi yang telah beliau hasilkan dengan menghina kaum India sebelum ini. [10] [11]

Forum Memeluk Islam[sunting | sunting sumber]

Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[12][13]

Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Sepanduk "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman" jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[14]

Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[15] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[16]

Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung 'Himpunan Aman Umat Islam' membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya 'Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam' dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[17] Baginya 'Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP'.

Berbasikal ke parlimen[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2008, sebagai membantah kenaikan harga petrol dari RM1.92 kepada RM2.70 , Zulkifli Nordin bersama YB Tian Chua (Batu), YB Wee Choo Keong(Wangsa Maju) & YB Gobala (Pdg Serai) berbasikal ke Parlimen dari Bank Negara , berhampiran Dataran Merdeka.

Elaun penasihat-Penasihat PM[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi memberi jawapan bertulis terhadap soalan Zulkifli. Tun Dr Mahathir Mohamad menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas. Dato Shahrizat Abdul Jalil menerima bayaran tahunan RM404,726.40 sebagai penasihat hal ehwal wanita. Tan Sri Abdul Hamid Othman menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri.[18] Wang RM1.14 juta itu sebenarnya boleh membina 36 buah penduduk miskin atau membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun.

Dipecat dari PKR menjadi ahli parlimen Bebas[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2010, Lembaga Displin PKR memecat Zulkifli. Katanya wujud 'firaun kecil' dalam PKR dan 'badut hingusan' dalam PAS. Zulkifli juga tidak mengiktiraf Lembaga Disiplin PKR yang semuanya bukan Islam sedangkan isunya adalah kalimah Allah dan agama Islam . Ahli panel itu ialah Tuan Syed Kamarulzaman (Islam), Goh Keat Peng aktivis (Kristian) , Cik Chew Swee Yoke , aktivis (Kristian), dan En T Kumar (Hindu) dan . Kes utama ialah tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad.[19] Surat bertarikh 16, 25 dan 27 Februari memohon agar lembaga disiplin ditukar kerana membabitkan isu aqidah dan syariat Islam. Dia bertanggungjawab membela dan mempertahankan maruah dan kedudukan agama Islam saya serta institusinya yang dilabel sebagai ketinggalan zaman dan umat Islam yang dilabel sebagai terlalu lemah kefahamannya sehingga perlu dilindungi. Ini adalah isu aqidah, syariat dan umat Islam.Mustahil 500,000 ahli PKR tidak ada orang Muslim yang berintegriti.[20]

Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS tidak mahu menerima Zulkifli dengan alasan “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.

Pada 10 Mac 2010, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan menuduh Zulkifli sebagai pelampau agama dan racis. Oleh itu UMNO dan Barisan Nasional jangan menerima beliau.[21] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[22]

Selepas menjadi ahli parlimen Bebas, Zulkifli memgumumkan tidak lagi menyertai barisan peguam membela Anwar Ibrahim.

Mohon maaf pada Najib[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli Nordin yang ingin berjumpa dan memohon maaf . Selama ini Zulkifli mengaitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Polis menyiasat Zulkifli berhubung maklumat terbaru itu.[23]

Pernyataan yang dibuat semasa dalam PAS[sunting | sunting sumber]

Semasa Zulkifli Noordin pernah menjadi Ahli PAS beliau telah mengkritik masyarakat kaum India dan mengeluarkan penyataan yang mengguris hati masyarakat tersebut.Beliau kemudiannya meminta maaf pada 1 April, 2013 terhadap masyarakat India.[24] [25].

Zulkifli Nordin juga menyatakan bahawa kenyataan beliau yang dibuat pada hari beliau dalam PAS dan beliau menyesal atas perbuatannya. Beliau juga berkata beliau telah membuat banyak kesilapan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli PAS dan juga sebagai peguam Anwar Ibrahim. Salah satu kesilapan mereka adalah kenyataan beliau yang dibuat kepada masyarakat Hindu di Malaysia. Ironinya, video hanya timbul semula baru-baru ini selepas beliau disingkirkan oleh Pakatan Rakyat dan kini dia sedang menghadapi serangan dari bekas rakan sekerja beliau walaupun tiada ahli PAS yang membuat kenyataan sepanjang tempoh Zulkifli Nordin sebagai wakil dari PAS.[26]

Menyertai PERKASA[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2011, Perhimpunanan agung PERKASA melantik beliau sebagai naib presidennya yang baru. Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip. Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.[27]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zulklifi: "Saya akan letak jawatan hari ini", Malaysiakini.com, 3 Februari 2010.
  2. "Zulkifli Nordin di KL urus kes mahkamahnya", Utusan Online, 14 Ogos 2008.
  3. "Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin", Youtube.com, 4 Julai 2011.
  4. "Calon PKR nafi tidak serah penyata", Malaysiakini.com, 28 Februari 2008.
  5. Pelakon, pelawak bersama BN
  6. Anwar intai p'raya kecil Kulim
  7. Anwar: Zul Nordin tidak sertai Umno
  8. BN tarik balik petisyen Kulim-Bdr Baharu
  9. "BN gugur petisyen, Zulkifli Nordin kekal", Utusan Online, 14 Oktober 2008.
  10. [1]
  11. [2]
  12. Petisyen ditarik balik, kerusi Kulim-Bandar Baharu kekal PKR
  13. "Komen Bantah Forum Majlis Peguam", Zul4kulim.blogspot.com, 18 Ogos 2008.
  14. "Zulkifli: Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam", Malaysiakini.com, 9 Ogos 2008.
  15. "Zulkifli Nordin di KL urus kes mahkamahnya", Utusan Online. 14 Ogos 2008.
  16. "Polis nafi tahan Zulkifli", Utusan Online. 10 Ogos 2008.
  17. "Zulkifli berhak bela Islam", Utusan Online, 20 September 2008.
  18. "Elaun 3 penasihat RM1.14 juta", Utusan Online. 9 Mei 2008.
  19. Saifuddin: Lembaga disiplin bukan dengar isu Allah
  20. Zul: Panel bukan Islam tak boleh bicarakan saya
  21. Gerakan gesa Umno, BN jangan terima Zulkifli
  22. "Lima bekas MP PKR bentuk Konsensus Bebas", The Malaysian Insider, 07 Jun, 2010.
  23. PM Sedia Jumpa Zulkifli Noordin
  24. http://www.malaysiakini.com/news/225524
  25. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/zulkifli-noordin-apologises-to-indian-community-over-remarks-in-video-clip
  26. http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2013/4/2/nation/12916271
  27. "Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA", Malaysiakini.com, 26 Oktober 2011.