Ahmad Faizal Azumu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Faizal Azumu

SPMP, AMP (Perak)
Ahmad Faizal ketika menjawat jawatan Menteri Besar Perak di Kedutaan Amerika Syarikat pada 2019
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2 Jun 2023
Didahului olehDato Eddin Syazlee Shith
Timbalan Pengerusi
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
7 Ogos 2020
Berkhidmat dengan
Abdul Hadi Awang
Dominic Lau Hoe Chai
PengerusiMuhyiddin Yassin
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Perak
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
23 Ogos 2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehDato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir
Ketua Badan Pimpinan Negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Perak
Memegang jawatan
8 September 2016
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana MenteriDato' Sri Ismail Sabri Yaakob
TimbalanDato' Sri Ti Lian Ker
Didahului olehDato' Sri Reezal Merican Naina Merican
Digantikan olehHannah Yeoh Tseow Suan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P063 Tambun, Perak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehDato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-UMNO)
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Majoriti5,320 (2018)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk N47 Chenderiang
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului olehDato' Dr. Mah Hang Soon (BN-MCA)
Digantikan olehChoong Shin Heng
Majoriti39 (2018)
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia bertaraf Menteri
(Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi)
Dalam jawatan
5 Ogos 2021 – 16 Ogos 2021
Yang di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Kawasan pilihan rayaTambun
Menteri Besar Perak ke-13
Dalam jawatan
13 Mac 2020 – 6 Disember 2020
SultanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Digantikan olehDato' Seri Haji Saarani Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa
Kewangan, Keselamatan, Tanah,
Badan Berkanun (GLC),
Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
13 Mac 2020 – 6 Disember 2020
Menteri Besar Perak ke-12
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 10 Mac 2020
SultanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului olehProf Adjung Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir
Pengerusi Jawatankuasa
Kewangan, Keselamatan, Tanah,
Badan Berkanun (GLC),
Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 10 Mac 2020
Butiran peribadi
Lahir (1970-06-10) 10 Jun 1970 (umur 53)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politik UMNO (sehingga 2016)
PPBM (2017-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2016)
PH (2017-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi
IbuDatin Zaliha Nordin
BapaDato' Haji Azumu Haji Tak
Hubungan
PendidikanSPM
Alma materMalaysia Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak, Malaysia
PekerjaanAhli perniagaan
Ahli politik
Pelakon
AnugerahSenarai
Laman web rasmiAhmad Faizal Azumu di Facebook

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu (lahir 10 Jun 1970) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Besar Perak yang berkhidmat dari tahun 2018 hingga tahun 2021.

Beliau ialah anak kepada Allahyarham Dato' Haji Azumu bin Haji Tak, seorang veteran UMNO.

Pendidikan

Ahmad Faizal pernah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia namun gagal menamatkan pengajian.[1] Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak.[2]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Ratu Ten Pin 2 Pak Peja Astro Ria Penampilan Istimewa Dalam Drama Ratu Ten Pin 2[3]

Kerjaya

Menteri Besar Perak

Dato' Seri Ahmad Faizal bersama isteri, Dr. Nomee Ashikin mengunjungi Kedutaan Amerika Syarikat

Pada 12 Mei 2018, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau meletakkan jawatan pada 10 Mac 2020 apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.[4]

Beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.[5]

Pada 4 Disember 2020, ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manap Hashim membawa usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak ke sidang Dewan Negeri Perak. Keputusan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, 48 tidak menyokong Dato' Seri Ahmad Faizal berbanding 10 orang ADUN yang menyokong usul itu manakala ada 1 undi rosak atau berkecuali. Hal ini menyebabkan pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Perak terhenti secara rasmi.[6] Meskipun begitu, beliau diperkenankan menjadi pemangku Menteri Besar sementara jawatan rasmi Menteri Besar masih kosong.[7]

Kerajaan

Dalam tahun 2011 hingga 2013, Dato' Seri Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Dato' Seri Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir.

Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri bagi hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[8]

Jemaah Menteri

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi menggantikan Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Dato' Sri Kabinet Ismail Sabri.[9]

Parti politik

UMNO

Dalam tahun 2016, Ahmad Faizal menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Pakatan Harapan

Selepas keluar dari UMNO, Ahmad Faizal menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Perak dalam tahun 2017.[10]

BERSATU

Beliau telah memenangi kerusi Timbalan Presiden pada Pemilihan Agung Tahunan BERSATU 2020.[11]

Keputusan pilihan raya

Dalam PRU-14, Ahmad Faizal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan dengan majoriti 39 undi.

Di peringkat Parlimen pula, Ahmad Faizal menang di kawasan Parlimen Tambun menewaskan calon BN, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.

Dewan Rakyat Malaysia

Dewan Rakyat Malaysia: P63 Tambun, Perak[12][13][14]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah Majoriti Keluar mengundi
2018 Ahmad Faizal Azumu (PPBM) 38,661 44.46% Ahmad Husni Hanadzlah (UMNO) 33,341 38.35% 88,920 5,320 82.51%
Muhd Zulkifli Mohd Zakaria (PAS) 14,948 17.19%

Dewan Negeri Perak

Dewan Negeri Perak: N47 Chenderiang, P72 Tapah[12][13][14]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah Majoriti Keluar mengundi
2018 Ahmad Faizal Azumu (PPBM) 7,662 33.90% Chong Shin Heng (MCA) 7,623 33.70% 17,441 39 77.20%
Nordin Hassan (PAS) 1,735 7.70%

Anugerah

Rujukan

  1. ^ "Perak demands for effective, transparent and honest new government: New Perak MB". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  2. ^ "Ahmad Faizal ganti Zambry". myMetro. Harian Metro. 12 Mei 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ Faizal Azumu jadi hero selamatkan Jasmin Suraya
  4. ^ "Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Menteri Besar Perak, kerajaan Perak bubar serta merta". Astro Awani. 10 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  5. ^ Perak exco to be appointed next week
  6. ^ Leong, Isabelle (4 Disember 2020). "Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  7. ^ Hasnan, Harits Asyraf (4 Disember 2020). ""Saya masih Menteri Besar kerajaan sementara" - Faizal Azumu". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  8. ^ Ahmad Faizal Azumu kini Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri
  9. ^ Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan
  10. ^ "Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12 : 12 Mei 2018". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. SUK Perak. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  11. ^ Tan Sri Muhyiddin kekal Presiden BERSATU
  12. ^ a b "Malaysia General Election : undiinfo Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017.
  13. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  14. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  15. ^ MB Perak ketuai senarai penerima darjah

Pautan luar