Aznel Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Aznel Ibrahim

DPMP (Perak); AMN
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Pengkalan Hulu
Dalam jawatan
2013 – 17 Oktober 2022
Didahului olehMohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Digantikan olehMohamad Amin Roslan
Majoriti2,375 (PRU-14)
3,361 (PRU-13)
Setiausaha Politik
Menteri Besar Perak
Dalam jawatan
12 Oktober 2020 – 3 Disember 2020
Menteri BesarAhmad Faizal Azumu
Didahului olehIskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik

YB Aznel Ibrahim adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Pengkalan Hulu yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2013 lalu.[1]

Datuk Aznel Ibrahim merupakan ADUN Pengkalan Hulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu pada 12 Oktober 2020.

Aznel juga adalah pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Perak telah menjadi ADUN Pengkalan Hulu sejak tahun 2013.

Pada PRU14,  Aznel Ibrahim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,716 undian ketika menentang Mohd Hamidi Ismail daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 3,341 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,375.


Kerjaya:

  • Setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada 12 Oktober 2020
  • ADUN Pengkalan Hulu (2013-kini)

Lantikan Ahli Lembaga dan pengerusi:

  • Pengerusi Ladang Jalong Sdn Bhd
  • Ahli Lembaga Eksekutif Perak Investment Management Centre

Jawatan dalam politik:

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik (2013-kini)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik (2008)
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gerik (1999)
  • Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bagaian Gerik (1990)
  • Ketua Cawangan UMNO

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Penaung Rumah Anak Yatim Al Taqwa Pengkalan Hulu
  • Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Wattarbiyyatul Islamiah, Pulai, Baling, Kedah
  • Penasihat Persatuan Seni Silat Bangau Putih Pengkalan Hulu
  • Penasihat Majlis Belia Daerah Pengkalan Hulu
  • Bapa Angkat Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu

Pendidikan:

  • Master Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia
  • Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
  • Sekolah Menengah Tun Saban
  • Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Aznel sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional telah dipertikaikan oleh Saarani Mohamad dari Barisan Nasional kerana menganggap ia sebagai usaha untuk menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]