Air Kelantan Sdn. Bhd.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air Kelantan Sendirian Berhad
IndustriLoji Rawatan Air Bersih
Ditubuhkan1 Oktober 1995; 28 tahun yang lalu (1995-10-01)
Ibu pejabatWisma Air Kelantan, Lot 188,

Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

15050 Kota Bharu, Kelantan
Tokoh penting
  • Dato' Sr. Haji Azami Mohd Nor (Pengerusi AKSB)[1]
  • Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Mohd. Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif PMBK)[2]
Anak syarikatPerbadanan Menteri Besar Kelantan
Tapak webwww.airkelantan.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70% (Thames Water) dalam KWSB.

KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.

Pada 29 April 1999, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli keseluruhan saham Thames Water PLC dalm KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB.

Penstrukturan semula AKSB telah dibuat pada Disember 2007 dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai syarikat induk kepada AKSB dan beberapa anak syarikat yang lain. Manakala KUM pula merupakan anak syarikat kepada PMBK.

Rujukan[sunting | sunting sumber]