Gempa bumi Van 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2011 Van earthquake
2011 Van depremi
Gempa bumi Van 2011 is located in Bumi
Gempa bumi Van 2011
Gempa bumi Van 2011 (Bumi)
Tarikh23 October 2011
Masa13:41 (EEST) (UTC+03:00)
Magnitud7.2 Ms[1][2][3][4]
Kedalaman7.2km[5]
Koordinat38°37′41″N 43°29′10″E / 38.628°N 43.486°E / 38.628; 43.486Koordinat: 38°37′41″N 43°29′10″E / 38.628°N 43.486°E / 38.628; 43.486
Kawasan terjejas Turki
Keamatan maksimumX[6]
Pecutan tanah kemuncak~0.5 g
Gegaran susulan300[7]
Korban264 deaths, 1300 more injuries[8]
Map of tectonic faults surrounding the Anatolian Plate in Turkey, including the Zagros fold and thrust belt which extends to Iran.
USGS shake map for the Van earthquake

Gempa bumi Van 2011dengan magnitud 7.2 melanda timur Turki berhampiran bandar Van dan Ercis pada hari Ahad, 23 Oktober 2011 , jam 13:41 waktu tempatan. Titik pusat pada kedalaman 20 km merentasi timur Turki .Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin mengesahkan seramai 1,000 orang dikhuatiri mati.[9]

Bandar Van didiami 75,000 orang dan berhampiran sempadan Turki-Iran. Bandar Van kira-kira 90 km dari Ercis . Ketinggian Van ialah 1750 meter dari aras laut. Titis salji akan bermula pada hari Rabu dan mencetuskan kebimbangan.


Geologi[sunting | sunting sumber]

Dengan magnitud 7.2 pada 23 Oktober 2011 pada 13:41 waktu tempatan, berpusat kira-kira 16 km di timur Van, Turki pada kedalaman 20 km .Ia berlaku akibat perlanggaran benua antara Plat Arab dan Plat Eurasian di zon Armenia dan Asia Kecil Berlakunya Teras Sesar serong, selaras dengan tektonik yang dijangkakan di rantau ini.

Ekoran kedalaman cetek, gempa bumi ini turut melanda negara-negara sekitar seperti Yerevan ibu negara Armenia, Azerbaijan, Georgia, Iran, Iraq dan Syria. Menurut Institut Geofizik Israel, gempa bumi itu dirasai sejauh Tel Aviv.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi dan gegaran susulan memusnahkan beratus-ratus bangunan dan menimbus banyak mangsa di bawah runtuhan. Erciş, sebuah bandar berhampiran Van, paling teruk oleh gegaran yang ganas; 55 bangunan musnah, 45 kematian, dan 156 kecederaan. Kebanyakan bangunan runtuh di sepanjang jalan utama bandar dan kediaman. Di pusat bandar Van, sekurang-kurangnya 100 orang telah disahkan meninggal dunia dan 970 bangunan runtuh . Kira-kira 200 banduan melarikan diri selepas dinding Penjara Van runtuh. Tetapi televisyen TRT melaporkan jumlah banduan yang lari adalah kecil dan yakin mereka akan kembali ke penjara.

Lapangan Terbang Van Ferit Melen rosak.Menurut NTV, kapal terbang telah dialihkan ke bandar negara jiran. Akhbar Anatolia melaporkan gempa bumi tidak mengganggu udara lalu lintas.

Idris Naim sahin memberitahu 1090 telah cedera. 80 bangunan berbilang tingkat telah runtuh di Ercis dengan 40 orang terperangkap di bawahnya.Zulfikar Arapoglu, Datuk Bandar Ercis menyatakan kematian begitu banyak. Ercis kekurangan roti, iaitu makanan ruji di Turki ekoran kerosakan kedai roti.Dua buah menara masjid rosak di Mus. Nasib gereja purba berhampiran Tasik Van, Gereja Akdamar Armenia tidak diketahui.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay memberitahu angka kematian sekitar 239 orang . Namun beribu-ribu lagi dikhuatiri mati. Mereka mencadangkan 1300 cedera akibat gempa bumi dengan banyak lagi yang masih terperangkap di bawah runtuhan. Pakar-pakar di Balai Cerap Kandilli dan Institut Penyelidikan Gempa Bumi di Istanbul menganggarkan 500 hingga 1000 orang telah terbunuh.Veysel Keser, Datuk Bandar Celebibag menyatakan sangat ramai yang terperangkap di bawah bangunan.

Bantuan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Bulan Sabit Merah Turki segera berkejar ke Van untuk menghulurkan bantuan - apa-apa yang patut termasuk khemah dan makanan.Mereka menyediakan penginapan di sebuah stadium dan perkhemahan di sebuah kampung. Seramai 1275 ahli pasukan penyelamat dari 38 wilayah tiba untuk menghulurkan bantuan. Pasukan cari dan selamat dari Azerbaijan, Iran dan Bulgaria telahpun sampai.

Bantuan dari Israel tidak begitu begitu disenangi berikutan 9 sukarelawan Turki ditembak semasa Flotila Gaza 2010.Presiden Israel, Shimon Peres menelefon Presiden Turki , Abdullah Gul untuk menghulurkan bantuan apa sahaja. Greece pula bertikai dengan Turki merebut kepulauan Cyprus.

Respons Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Eropah dan NATO mengucapkan takziah dan menawarkan bantuan.Komuniti Cyprus Turki juga telah menghantar ucapan takziah. Presiden Armenia Serzh Sargsyan menghantar takziah kepada Presiden Turki Abdullah Gül dan menawarkan bantuan serta-merta. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mahu berdiri bahu ke bahu dengan sekutu Turki kami dan bersedia Turki.

Armenia, Azerbaijan, Bulgaria, China, Denmark, Georgia, Jerman, Greece, Hungary, Iran, Ireland, Israel, Jepun,Kosovo, New Zealand, Pakistan, Poland, Korea Selatan, Sweden, Switzerland, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat menawarkan bantuan selepas gempa bumi.

Pada 23 Oktober, Turki menolak tawaran bantuan kecuali dari Azerbaijan yang menghantar pekerja penyelamat sejurus selepas pengumuman. Abdullah Gul , Presiden Turki, percaya pasukan Turki mampu mengendalikan bencana.

Kedutaan Australia di Ankara belum tahu bilangan rakyatnya yang terperangkap.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Gempa bumi Van-Erciş 1941
  • Gempa bumi di Erzincan , Turki membunuh 160,000 orang pada 1939.
  • Pada 1999 , seramai 18,000 terbunuh apabila dua gempa bumi 7.0 melanda barat laut Turki.
  • Pada Mac 2010, 51 orang terbunuh di timur Turki.
  • Pada 2003, grempa bumi 6.4 magnitud membunuh 177 di tenggara bandar Bingol.
  • Bandar Istanbul dihuni 12 juta penduduk , terletak di tenggara Turki dan berhampiran dengan garisan gempa bumi.
  • Pada 1988, Gempa bumi Yerevan, Armenia membunuh 25,000 orang .Yerevan terletak kira-kira 160 km dari Ercis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Boğaziçi Üniversitesi (23 October 2011). "Recent Earthquakes". Kandilli Observatory. Dicapai pada 23 October 2011.
  2. ^ Boğaziçi Üniversitesi (23 October 2011). "23 Ekim 2011 Van Depremi Basın Bülteni". koeri.boun.edu.tr. Dicapai pada 23 October 2011.
  3. ^ O'Bryne, David (23 October 2011). "Eastern Turkey hit by 7.2 magnitude quake". bbc.co.uk. Dicapai pada 23 October 2011.
  4. ^ "Deadly quake hits Turkey...Clinton backs call for probe into Gadhafi's death...Pujols joins legends". 9and10news.com. 23 October 2011. Dicapai pada 23 October 2011.
  5. ^ "Hundreds feared dead after earthquake hits Van, Turkey". Herald Sun. October 24, 2011. Dicapai pada October 24, 2011.
  6. ^ "PAGER - M 7.2 - EASTERN TURKEY". United States Geological Survey. 23 October 2011. Dicapai pada 23 October 2011.
  7. ^ Armand Vervaeck and James Daniell (October 23, 2011). "Very strong damaging earthquake in eastern Turkey – 200 prisoners escaped in Van". Earthquake Report. Dicapai pada 23 October 2011.
  8. ^ [1]
  9. ^ Minister: 270 killed in powerful Turkish quake