Hospital Pasir Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Pasir Mas merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Ia terletak sekitar 5 km dari bandar Pasir Mas, dengan keluasan kawasan seluas 43.3 ekar.

Hospital Pasir Mas mula dibina pada tahun 1981 dan dibuka bagi perkhidmat pada 15 September 1985. Hospital Pasir Mas telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah.

Sebelum pembukaan Hospital, penduduk yang memerlukan rawatan, bertumpu di Klinik Kesihatan yang terletak di Pekan Pasir Mas. Manakala rawatan pesakit Dalam pula bertumpu ke Hospital Besar Kota Bharu.

Hospital Pasir Mas terletak di Kampung Lati, 5 km di atas tapak tapak seluas 43.3 ekar. Hospital ini dihubungkan dengan dua jalan raya utama iaitu jalan Pasir Mas – Tanah Merah dan jalan Pasir Mas – Rantau Panjang.


Hospital ini telah mendapat pengiktirafan MS-ISO 9002 - 1994 pada tahun 2002 sehingga Disember 2003. Hospital ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan bagi 18 QAP indicator. Manakala hanya 1 indicator (NIA) tidak mencapai piawaian, iaitu purata masa tinggal pesakit.

Hospital Pasir Mas bukanlah hospital pakar tetapi menawarkan perkhidmatan pakar dengan bantuan dari Hospital Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian sebanyak lapan kali sebulan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Pasir Mas
Jalan Meranti
17000 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]