Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
| Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia | |
![]() |
|
| Tapak web | MARDI |
|---|---|
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.
Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.
Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global.
Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.
[sunting] Sejarah
MARDI ditubuhkan melalui Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969.
[sunting] Alamat surat menyurat
Ibupejabat MARDI
P.O. Box 12301
Pejabat Pos Besar
50774 Kuala Lumpur
Malaysia.
Telefon: 603-8943 7111
Telefaks: 603-8948 3664
