Kampung Kabatang Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabatang Baru
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°15′38″N 116°22′21″E / 5.2605556°N 116.3724444°E / 5.2605556; 116.3724444Koordinat: 5°15′38″N 116°22′21″E / 5.2605556°N 116.3724444°E / 5.2605556; 116.3724444
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahKeningau
Daerah KecilSook
MukimTulid
Aras
377 m (1,237 ft)
Penduduk
 • Jumlah penduduk
480 orang
 • Jumlah rumah
41 buah

Kampung Kabatang Baru ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Pedalaman, di Daerah Kecil Sook yang dibawah pentadbiran Daerah Keningau, negeri Sabah, Malaysia.[1][2] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 480 orang serta menempatkan 41 buah rumah bagi penduduk disini.[3]

Bencana alam[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Kampung Kabatang Baru bersama dengan tujuh kampung lainnya terjejas akibat banjir yang melanda kawasan tersebut. Panggilan kecemasan diterima pada jam 12.58 pagi (MST). Berdasarkan pemeriksaan serta pemantauan kejadian di sini, keadaan air sungai masih besar dan dalam paras air yang tinggi.[4] Bantuan berupa wang serta makanan telah disampaikan pada bulai Mei, ia disampaikan oleh ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup. Beliau mengharapkan bantuan itu dapat meringankan beban dan kerugian keperluan mangsa banjir itu.[5]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kampung Kabatang Baru dilengkapi dengan sebuah sekolah rendah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Kabatang Baru yang memiliki kod sekolah iaitu XBA1015.[4][6] Ia juga dilengkapi dengan perkhidmatan kesihatan yakni sebuah klinik desa kerajaan yang diberi nama berdasarkan nama kampung ini.[7]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan etnik Dusun Tompizos boleh dijumpai di sini.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  2. ^ "Kampung Kabatang Baru, Malaysia". Geonames. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  3. ^ Pejabat Daerah Kecil Sook. "Senarai Mukim serta Kampung di Daerah Kecil Sook, Sabah, Malaysia". www.sabah.gov.my/pdks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-17. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  4. ^ a b Johan Aziz (28 April 2017). "Banjir kilat landa Sook, lapan kampung dan dua sekolah terjejas teruk". Utusan Borneo. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  5. ^ Johan Aziz (15 Mei 2017). "Mangsa banjir Mukim Tulid terima bantuan". Utusan Borneo. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  6. ^ Johan Aziz (28 April 2017). "Dua sekolah rendah di Sook hentikan sesi pembelajaran". Utusan Borneo. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  7. ^ "Klinik Desa di Sabah". myhealth.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Kesihatan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-05. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  8. ^ Poliana Ronnie Sidom (29 Disember 2018). "Tradisi etnik Dusun Tompizos dipertahan elak ditelan zaman". KLIK. Dicapai pada 4 Jun 2021.