Daerah Pitas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Pitas
Peta daerah Pitas
Peta daerah Pitas
Lokasi Daerah Pitas
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianKudat
Pusat pentadbiranPitas
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Pitas
 • Pegawai daerahNahalan Mehdunah
Keluasan
 • Jumlah1,425 km2 (550 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah36,660
 • Kepadatan26/km2 (67/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
89xxx
Nombor platSK
Laman sesawangmdpitas.sabah.gov.my/index.php

Pitas merupakan sebuah daerah di Bahagian Kudat, utara negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran bagi Daerah Pitas terletak di Pekan Pitas. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kanibongan. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Orang Sungai dan Rungus.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Pitas dipercayai berasal daripada perkataan Bahasa Sungai iaitu "Nopitas" yang bermaksud terputus. Pada masa itu Sungai Bengkoka telah dilanda banjir dan telah terputus akibat arus banjir yang besar. Penduduk sekitar kemudiannya menggunakan perkataan tersebut sehingga bertukar kepada Pitas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pitas mula menjadi sebuah daerah penuh pada tahun 1975 dan ditadbir Majlis Daerah Kudat/Kota Marudu. Pada Januari 1983, Daerah Pitas mula diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas. Pada 4 Mac 2009, Daerah Pitas telah diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pitas yang baru ditubuhkan.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Pitas terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pitas yang berpusat di Pekan Pitas. Daerah Pitas juga dibahagikan kepada enam mukim;

  • Mukim Dandun
  • Mukim Kalumpang
  • Mukim Mapan-Mapan
  • Mukim Pantai
  • Mukim Pinggan-Pinggan
  • Mukim Telaga

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200033,910—    
201038,764+14.3%
202036,660−5.4%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Pitas ialah seramai 36,660 orang dengan kepadatan penduduk 26 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[4] Majoriti penduduk di daerah Pitas merupakan Bumiputera termasuklah etnik Rungus, Orang Sungai, Kadazandusun, Suluk, Bajau dan Melayu.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 690
Bumiputera lain 33,682
Cina 280
India 16
Lain-lain 134
Bukan warganegara - 1,858
Jumlah 36,660

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Pitas, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 60 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 37 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Daerah Pitas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 31 buah sekolah rendah, enam buah sekolah menengah, sebuah hospital daerah, lima buah klinik kesihatan, satu klinik komuniti dan tujuh klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Pitas. Dicapai pada 17 April 2024.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.