Bongawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rumah kedai pra-Perang Dunia ke-II di Bongawan.

Bongawan adalah sebuah pekan di negeri Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah dan terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah Kota Kinabalu. Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis. Ia merupakan salah satu dari stesen utama untuk Jabatan Kereta Api Negeri Sabah.

Nama Bongawan secara tradisionalnya didapati dari dialek masyarakat tempatan untuk 'Burung Bangau' bahasa Inggeris;(egrets), yang acap kali kelihatan di sawah padi.

Pekan ini dikatakan mempunyai 2 blok rumah kedai berstruktur kayu lama yang diakui wujud sejak tahun 1939. Kesan arsitekstur rumah kedai ini dilihat mirip seakan seni bina rumah kedai era pra-Perang Dunia ke-II. Walaubagaimanapun, selepas semua kota besar telah dihancurkan oleh tentera Jepun dan Tentera Bersekutu menerusi aktiviti pengeboman semasa perang dunia ke-2, tidak banyak lagi rumah kedai berseni reka seperti ini dapat dilihat malah jarang ditemui di Sabah. Kebanyakan dari kedai yang ada pada hari ini di Bongawan dan di pekan lama di Sabah adalah hasil binaan semula oleh para peniaga dari kelompok minoriti Cina Sabah.



Koordinat: 5°32′U 115°51′T / 5.533°U 115.85°T / 5.533; 115.85