Bahagian Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Bahagian Tawau

Bahagian Tawau adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Ia meliputi sejumlah 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Sabah. Bandar-bandar utama di Bahagain ini termasuklah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Sabah dengan suku kaum yang terdiri daripada suku pribumi Bajau, Suluk, Ida'an dan Tidong, Bugis dari Sulawesi, serta sejumlah besar pendatang haram dari Filipina. Sama seperti tempat-tempat lain di Sabah, bandar-bandarnya turut mempunyai sebilangan minoriti besar kaum Cina.

Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuahan tersebut berfungsi sebagai pusat ekspot utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagain Tawau iaitu Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.

Pulau Sipadan dan Taman Bukit Tawau terletak di bahagian ini.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain