Daerah Kota Marudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kota Marudu
Peta daerah Kota Marudu
Peta daerah Kota Marudu
Lokasi Daerah Kota Marudu
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianKudat
Pusat pentadbiranKota Marudu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kota Marudu
 • Pegawai daerahAlexander Yong
Keluasan
 • Jumlah1,917 km2 (740 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah69,528
 • Kepadatan36/km2 (94/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSK
Laman sesawangpdkotamarudu.sabah.gov.my

Kota Marudu merupakan sebuah daerah di Bahagian Kudat, utara negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini menjadi tempat tinggal kepada hampir 70 ribu orang di Sabah pada tahun 2020. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kota Marudu. Antara pekan lain yang berada dalam daerah ini termasuklah Pekan Tandek, Pekan Langkon dan Pekan Goshen. Dahulunya daerah ini pernah juga dikenali dengan nama 'Bandau'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 1952, Kota Marudu telah dijadikan sebuah daerah kecil di bawah daerah Kudat dan dikenali sebagai Daerah Kecil Bandau. Pada pertengahan tahun 1975, Daerah Kecil Bandau telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh. Daerah Kecil Bandau juga ditukar nama kepada Daerah Kota Marudu bagi memperingati peristiwa tokoh tempatan bernama Shariff Osman, yang telah membina kubu dan menentang penjajah Inggeris di Teluk Marudu.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Marudu terletak di utara negeri Sabah, tepatnya di selatan Bahagian Kudat. Daerah Kota Marudu bersempadan dengan Daerah Ranau di selatan, Daerah Beluran di tenggara, Daerah Pitas di timur laut, Daerah Kota Belud di barat, Daerah Kudat dan Teluk Marudu di utara. Bentuk muka bumi Daerah Kota Marudu adalah berbukit bukau di kawasan pedalaman, manakala di kawasan pesisir pantai yang khusus di bahagian tengah-utara merupakan kawasan tanah rendah yang dikelilingi oleh delta sungai,

Titik tertinggi Daerah Kota Marudu terletak di Gunung Tambuyukon yang mempunyai ketinggian mencecah 2,579 meter. Gunung ini juga merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Marudu ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kota Marudu yang berpusat di Pekan Kota Marudu. Majlis Daerah Kota Marudu juga mentadbir Daerah Kecil Tandek yang berada dalam Daerah Kota Marudu. Daerah Kota Marudu juga terbahagi kepada 14 mukim.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200061,642—    
201066,374+7.7%
202069,528+4.8%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kota Marudu ialah seramai 69,528 orang dengan kepadatan penduduk 36 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Majoriti penduduk di daerah Kota Marudu merupakan Bumiputera termasuklah etnik Bajau, Kadazandusun, Suluk, Sungai dan Melayu.[5][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 1,662
Bumiputera lain 63,225
Cina 1,443
India 44
Lain-lain 323
Bukan warganegara - 2,831
Jumlah 69,528

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Kota Marudu, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 58 peratus diikuti agama Islam sebanyak 39 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Marudu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 33 buah sekolah rendah, tujuh buah sekolah menengah, lima buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah dan 15 buah klinik kerajaan di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU". pdkotamarudu.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-04-16.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan