Pulau Tabawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Tabawan atau dalam bahasa Inggeris disebut Tabawan Island, Tabauawan atau Pulau Tabauwan adalah merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan pulau yang mempunyai semak samun dan sarat dengan pokok dan belukar yang terbesar dan tertinggi di barat daya Darvel Bay (Teluk Lahad Datu), Sabah, Malaysia. Pulau ini mempunyai dua puncak volkanik yang berketinggian 275 meter dari paras tertingginya. Pada bahagian selatan pulau pulau pula, terdapatnya teluk kecil atau lekukan dalam yang mempunyai kedalam 25 hingga 35 meter. Jarak diantara pulau ini dengan Pulau Batik kira-kira 7.25 kilometer dari bahagian selatan pulau ini.