Daerah Tongod

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Tongod
توڠود
Tongod
Tongod
Lokasi daerah Tongod dan pekan Tongod
Lokasi daerah Tongod dan pekan Tongod
Daerah Tongod is located in Bumi
Daerah Tongod
Daerah Tongod (Bumi)
Koordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°E / 5.26000; 116.98528Koordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°E / 5.26000; 116.98528
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan, Sabah
Pusat pentadbiranPekan Tongod
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tongod
 • Pegawai daerahNelson Domil Oluk
Keluasan
 • Jumlah10,092 km2 (3,897 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah42,742
 • Kepadatan4.2/km2 (11/batu persegi)
Zon waktuMST
Nombor platSU
SS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
SA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
ST (1980-2018)
SW (2018-)
Laman sesawanghttps://pdtongod.sabah.gov.my/index.php

Daerah Tongod merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, selatan negeri Sabah, Malaysia. Daerah Tongod merupakan daerah terbesar di negeri Sabah dengan keluasan 10,092 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah Tongod terletak di Pekan Tongod. Majoriti penduduk di daerah Tongod merupakan Orang Sungai dengan beberapa sub-etnik utama.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Tongod dipercayai berasal daripada perkataan "Tonggodo" iaitu nama sejenis pokok kayu yang banyak tumbuh di kawasan ini sewaktu dahulu. Kini pokok tersebut sudah pupus dan jarang ditemui. Kemudian nama "Tonggodo" bertukar kepada Tongod yang bermaksud tempat dalam Bahasa Suluk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tongod telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah kecil dalam pentadbiran daerah Kinabatangan pada tahun 1977. Pada 1 Mac 1999, Daerah Kecil Tongod secara rasminya telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh. Pegawai daerah pertama bagi Daerah Tongod ialah Matius Sator.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Tongod terletak di selatan negeri Sabah, bersempadan dengan;

Bentuk muka bumi Daerah Tongod kebanyakannya merupakan dataran berbukit-bukau dan juga sedikit kawasan bergunung-ganang membentuk lembangan yang menjadi tadahan kepada Sungai Kinabatangan. Titik tertingginya terletak di Gunung Lotung dengan ketinggian 1,776 meter, manakala sungai terpanjang adalah Sungai Milian (Sungai Kinabatangan).[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Tongod ditadbir oleh Majlis Daerah Tongod yang berpusat di Pekan Tongod.

Mukim di Tongod

Daerah Tongod terbahagi kepada empat buah mukim yang merangkumi 42 kampung seperti berikut :

  1. Mukim Tongod
  2. Mukim Entilibon
  3. Mukim Kuamut
  4. Mukim Pinangah

Dari segi politik, Daerah Tongod merangkumi kawasan DUN Kuamut yang terletak dalam kawasan Parlimen Kinabatangan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tongod ialah seramai 42,742 orang dengan kepadatan penduduk empat orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[3] Majoriti penduduk di daerah Tongod merupakan Bumiputera, antaranya termasuklah etnik Orang Sungai, Kadazandusun, Bajau, Murut dan Melayu.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 419
Bumiputera lain 25,757
Cina 194
India 22
Lain-lain 71
Bukan warganegara - 16,279
Jumlah 42,742

Orang Sungai di Daerah Tongod[sunting | sunting sumber]

Orang Sungai merupakan kumpulan etnik pribumi asli yang mendiami daerah ini sejak sekian lama, Kaum Orang Sungai di Tongod terbahagi kepada 3 kumpulan utama berdasarkan Bahasa iaitu Paitanik, Dusunik dan Murutik.

Suku Makiang, Sinabu, Pingas, Kalabuan, Sinorupu adalah Orang Sungai bertutur dalam berbahasa Paitanik, yang dipercayai berasal dari serpihan Kaum Tambanuo yang mendiami kawasan Paitan, manakala suku Sukang, Mangkaak, Minokok, Kunatong dan Tompizos pula adalah kumpulan Orang Sungai yang berbahasa Dusunik, yang juga sering didakwa sebagai sebahagian daripada Bangsa Dusun (Kadazandusun), sedangkan Suku Tangara pula adalah satu-satunya suku Orang Sungai yang menggunakan Bahasa Murutik juga dianggap sebagai sebahagian daripada Bangsa Murut.

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Tongod - Bancian 2022 [4]
Agama Peratus
Islam
  
53.0%
Kristian
  
46.2%
Buddha
  
0.4%
Hindu
  
0.36%
Tidak beragama
  
0.04%

Di daerah Tongod, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 53 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 46 peratus. Penganut agama Buddha, Hindu dan penduduk yang tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Tongod (2020)
Agama Jumlah penduduk
Islam 22,663
Kristian 19,740
Buddha 164
Hindu 148
Tidak beragama 19
Lain-lain 8

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Jalan Telupid-Tongod

Daerah Tongod dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 24 buah sekolah rendah, tiga buah sekolah menengah, sebuah hospital daerah, lima buah klinik kesihatan dan sebuah klinik desa di sekitar daerah. Rangkaian jalan negeri sepanjang 197.5 kilometer telah dibina di sekitar daerah Tongod bagi memajukan sektor perhubungan setiap tempat dalam daerah Tongod.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ a b "Latar Belakang Pentadbiran Daerah Tongod". Pejabat Daerah Tongod. Dicapai pada 19 April 2024.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13