Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini berkenaan sejarah kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua.

Umum[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Tiger I Jerman Nazi bertempur semasa Pertempuran Kursk pada tahun 1943
Panzerbefehlswagen pada kereta kebal pemerintah direka khusus Tentera Jerman Panzer I kerangka Ausf. B.

Kereta kebal memainkan peranan utama dalam Perang Dunia Kedua. Sungguhpun Itali dan Jepun menghasilkan sejumlah besar kereta kebal sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi kereta kebal Jerman yang lebih terkenal. Kereta kebal Jerman secara teknologi kurang baik berbanding kebanyakan kereta kebal lawan mereka dari segi perisai dan kuasa tembakan, bagaimanapun, penggunaan taktikal mereka telah menjamin penguasaan kereta kebal Jerman ke atas semua saingan di awal pertempuran. Doktrin Jerman menekankan penggunaan gabungan persenjataan yang membabitkan pergerakan tentera pejalan kaki infantri dan sokongan udara, dan, selepas kejayaan mengejutkan semasa perlaksanaan taktik Blitzkrieg (perperangan kilat) di Fall Gelb (Pertempuran Perancis). Doktrin ini memerlukan Jerman melengkapi kereta kebal mereka dengan radio, yang memberikan kawalan dan perintah yang tidak dapat ditandingi. Sebaliknya, hampir keseluruhan kereta kebal ringan Perancis tidak memiliki radio, pada asasnya disebabkan doktrin tempur mereka berasaskan pergerakan secara perlahan yang disengajakan, dengan mematuhi pergerakan yang telah dirancang lebih awal. Ini memerlukan jumlah radio sedikit pada semua tahap tempur. Kereta kebal Perancis pada umumnya mengatasi kereta kebal Jerman dari segi kuasa tembakan dan perisai semasa Kempen 1940, tetapi doktrin kawal dan perintah yang lemah menjadikan kelebihan ini tidak berguna pada keputusan akhir.

Sama seperti ketika Perang Dunia Pertama, terdapat ujian mengenai saiz kereta kebal yang berkesan. Di sebelah ke arah berat, Amerika Syarikat menguji kereta kebal T-28 seberat 86 tonne dan Jerman membangunkan 188-tonne Panzer VIII Maus, sungguhpun tidak satupun memasuki perkhidmatan. Gaya ke arah kereta kebal lebih berat semakin ketara ketika perang berterusan. Pada tahun 1939, kebanyakan kereta kebal memiliki perisai maksima 30 mm atau kurang, dengan meriam tidak melebihi 37–47 mm. Kereta kebal serdahana pada tahun 1939 berat sekitar 20 tonnes. Menjelang tahun 1945, kereta kebal serdahana biasa memiliki ketebalan perisai maksima melebihi 100 mm, dengan meriam sekitar 75–85 mm dan seberat antara 30 hingga 45 tonnes. Kereta kebal ringan yang digunakan secara besaran bagi kebanyakan tentera pada awal perperangan, perlahan-lahan dikeluarkan dan hanya digunakan dalam peranan terhad.

Kereta kebal berat banyak turet Russi T-35
Variasi meriam penyerang KV-2 Soviet, dari kereta kebal KV-1 dengan tenggekan howitzer terlebih saiz menggantikan turet, 1940

Turet meriam sebelum ini bukanlah ciri yang biasa terdapat pada kereta kebal, tetapi, kini ia disedari sebagai sesuatu yang penting. Juga disedari bahawa sekiranya meriam kereta kebal akan digunakan untuk tujuan memusnahkan kedua-dua sasaran lembut tanpa perisai, dan sasaran yang berperisai, meriam itu perlu sebesar dan sekuat yang mungkin, dengan medan tembakan menyeluruh penting bagi meriam yang besar itu. Juga, memasang meriam pada turet dapat memastikan kereta kebal mampu menembak sambil berada ditempat terlindung. Meriam yang diletakkan pada badan kereta kebal memerlukan sebahagian besar kenderaan tersebut terdedah kepada tembakan musuh untuk berada dalam keadaan menembak. Rekaan banyak turet atau banyak meriam seperti yang terdapat pada kereta kebal T-35 Soviet, kereta kebal serdahana M3 Amerika Syarikat, kereta kebal Char B Perancis, atau kereta kebal British A9 Cruiser Mk I British beransur-ansur menghilang semasa Perang Dunia Kedua. Ia turut disedari bahawa krew kereta kebal tidak dapat mengawal secara berkesan kawalan tembakan beberapa senjata serentak; dan juga, meriam baru yang menawarkan dua kegunaan, mampu menghapuskan keperluan memiliki banyak senjata. Kebanyakan kereta kebal masih mengekalkan mesingan pada badan kereta kebal, dan biasanya satu atau dua mesingan tambahan pada turet bertujuan melindung diri dari serangan infantri.

Pemusnah kereta kebal terbuka pada Marder II di perbatasan Timur (Perang Dunia Kedua) pada tahun 1943. Tanda cincin di laras menunjukkan dakwaan 19 musuh dimusnahkan oleh kenderaan tersebut.

Semasa perperangan ini, kereta kebal mulai dilengkapi dengan radio, meningkatkan dengan banyaknya kawal dan perintah mereka. Menjelang tahun 1943, radio dua-hala hampir menjadi ciri sejagat. Kereta kebal disesuaikan kepada pelbagai tugas ketenteraan yang luas, termasuk pembersihan periuk api darat dan tugasan kejuruteraan tempur. Model khas, seperti kereta kebal penyembur api, kereta kebal kembalik bagi menarik kereta kebal yang rosak, dan kereta kebal perintah dengan radio tambahan dan turet palsu turut digunakan. Sesetengah variasi kereta kabal ini berterusan sebagai kelas lain kenderaan juang berperisai, tidak lagi dikenali sebagai "kereta kebal". Kesemua kuasa pejuang utama turut membangunkan pemusnah kereta kebal dan meriam menyerang ("assault gun") - kenderaan berperisai yang membawa meriam laras besar, tetapi sering kali tanpa turet. Kenderaan berturet adalah mahal untuk dihasilkan berbanding kenderaan tanpa turet. Satu kecenderungan yang dilihat semasa Perang Dunia II adalah kegunaan kerangka kereta kebal lebih lama, ringan yang dipasangkan senjata lebih besar dalam galang kekal sebagai pemusnah kereta kebal atau meriam menyerang assault guns. Sebagai contoh, kereta kebal T-34 Soviet mampu memuatkan meriam 85 mm pada turet, tetapi kerangkan yang sama mampu membawa meriam 100 mm gun dalam galang kekal yang jauh lebih berkesan sebagai SU-100. Samajuga, kereta kebal ringan Panzer II Jerman yang lapuk diubah suai bagi memuatkan meriam 75 mm PAK-40 berkuasa dalam galang kekal terbuka atas sebagai Marder II.

Sungguhpun sesetengah kereta kebal Itali ("Carro Armato") agak moden pada tahun 1939, menjelang sebahagian awal perperangan Itali ia menjadi lapuk sepenuhnya. kereta kebal berat P 40 yang bersenjata dan berperisai lebih baik tidak pernah berkhidmat dengan tentera Itali, sungguhpun beberapa darinya telah diambil oleh Jerman.

Kereta kebal tentera Jepun‎ digunakan semasa pencerobohan China sebelum Perang Dunia Kedua termasuk semasa kempen Timur Jauh sejak tahun 1941. Kerana China dan pihak Berikat memiliki pasukan berperisai yang sedikit pada masa itu kenderaan Jepun agak mencukupi, lebih-lebih lagi adalah kerana peranan utama mereka sebagai sokongan tembakan tentera pejalan kaki dan bukannya operasi kereta kebal melawan kereta kebal. Bagaimanapun, apabila arus bertukar terhadap pihak Jepun,kenderaan berperisai yang sama terbukti amat-amat lemah berbanding dengan kereta kebal pihak berikat yang lebih baik seperti M4 Sherman, dan sebahagian besar kereta kebal Jepun ditempatkan sebagai kotak kubu digali atau artileri kekal.

Poland[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal 7TP turet tunggal.
(Turet berkembar) Vickers E milik Poland Type A

Poland merupakan negara pertama yang diserang Blitzkrieg Jerman, tetapi ia memiliki beberapa kereta kebal yang amat baik dalam pasukan berperisainya. Mereka adalah kereta kebal 7TP (siedmiotonowy polski - 7-tonne Poland) kereta kebal ringan Poland dan jauh lebih baik persenjataannya berbanding saingan biasanya, Panzer I dan Panzer II Jerman. Kereta kebal 7TP merupakan pembangunan Poland bagi kereta kebal Vickers 6-tan (Mk.E) British yang 50 darinya dibeli Poland dan dilesenkannya bagi pengeluaran tempatan dan memasuki perkhidmatan sebagai kereta kebal 7TP. Ciri-ciri baru utama bagi kereta kebal 7TP adalah: enjin diesel yang lebih berkuasa, lebih baik dan lebih boleh diharap (yang menjadikan kereta kebal 7TP sebagai kereta kebal berenjin diesel pertama di dunia), meriam anti-kereta kebal 37 mm, dan perisai lebih tebal (in front, 17 mm instead of 13 mm), bersama dengan periskop kereta kebal Gundlach (gambar), sistem penyaman udara berlainan, radio, dan banyak lagi penubahsuaian kecil dan tambahan. Hanya sekitar 132 kereta kebal dihasilkan antara tahun 1935 dan meletus perang (termasuk empat prototaip besi). Berat kereta kebal meningkat selepas prototaip awal 7-tonne dihasilkan dan siri kereta kebal sebenar dianggarkan seberat 9 tonne.

Sebagaimana awalan kereta kebal British sebelumnya, kereta kebal 7TP pada asalnya dihasilkan dalam dua variasi: versi turet meriam berkembar bersenjatakan 2 mesingan Ckm wz.30, dan versi turet tunggal, bersenjatakan meriam 37 mm Bofors wz. 37. Selepas ujian awal, ia menjadi jelas bahawa variasi turet berkembar sudah lapuk dan kekurangan kuasa tembakan, dengan itu ia diabaikan kepada reka bentuk turet tunggal yang lebih moden.

Poland turut memiliki TK (juga dikenali sebagai TK-3) kereta kebal kecil yang diasaskan pada kerangka kereta kebal kecil Carden Loyd British yang dipertingkatkan. 575 kereta kebal kecil TK/TKS membentuk sebahagian besar pasukan bersenjata Poland tetapi ia tidak berpeluang dalam pertempuran dengan kereta kebal Jerman, kecuali kereta kebal Panzer I, dan mengalami kemusnahan besar semasa Pencerobohan Poland (1939). Hanya sebilangan kecil kereta kebal kecil bersenjata meriam 20 mm memiliki sebarang peluang menentang kereta kebal musuh; dalam satu kejadian pada 18 September 1939 sebuah TKS bersenjata 20 mm memusnahkan tiga buah kereta kebal Panzerkampfwagen 35(t) Jerman.

Kereta kebal kecil TK-3

Kesemua kereta kebal 7TP terbabit dalam pertempuran semasa Perperangan Pertahanan Poland pada 1939. Kebanyakan dari mereka ditempatkan pada dua batalion kereta kebal ringan (Pertama dan Ke-2). Baki kereta kebal, yang digunakan untuk latihan dan yang disiapkan selepas perperangan meletus, digunakan sebagai unit kereta kebal diperelok semasa pertahanan Warsaw. Sungguhpun secara teknikal lebih baik berbanding sebarang kereta kebal ringan Jerman era tersebut, bilangan kereta kebal 7TP terlalu sedikit untuk mengubah keputusan perperangan.

Batalion Kereta kebal Ringan Pertama (49 kereta kebal turet tunggal) bertempur dengan kereta kebal 7TP dalam barisan Tentera Prusy sebagai sebahagian pasukan simpanan strategik Tentera Poland. Ia memasuki pertempuran pada 4 September 1939 dan berjuang dengan and fought with distinction in a variety of roles, mostly as a mobile reserve and for covering the withdrawal. It fought in a number of battles, most notably in the battles of Przedbórz, Sulejów, Inowłódz, Odrzywół and Drzewica. Pada 8 September ia berjaya menghentikan kemaraan tentera Jerman di tengah pasukan Poland, dan kemudian ia menyertai Tentera Lublin dan Brigade Motor Berperisai Warsaw Col. Stefan Rowecki. Sebagai sebahagian unit tersebut, batalion terbabit dalam Pertempuran Józefów dan membentuk sebahagian dari bahagian hadapan unit Poland yang cuba lepas lalu ke Lwów dan Romanian Bridgehead. Selepas Pertempuran Tomaszów Lubelski, pada 21 September 1939, baki kereta kebal itu dimusnahkan oleh krew mereka dan unit tersebut menyerah diri kepada pihak Jerman.

Kereta kebal 7TP turet tunggal bergerak di jalan

Batalion Kereta kebal Ringan Ke-2 (49 single turret tanks) dengan kereta kebal 7TP ditugaskan kepada Kumpulan Operasi “Piotrków Trybunalski” bagi Tentera Łódź. Ia memasuki pertempuran pada 4 September berhampiran dengan sungai Prudka, Bełchatów dan memimpin serangan balas Poland pada Piotrków, tetapi serangan itu gagal dan unit tersebut mengalami korban yang besar. Batalion itu kemudiannya terbabit dalam Pertempuran Włodawa, tetapi mengalami kehilangan yang besar akibat pengeboman udara dan terpaksa diundurkan dan baki kereta kebal terpaksa dimusnahkan oleh krew mereka sendiri kerana kekurangan bahan api.

Kereta kebal 7TP turret tunggal, semasa pergerakan.

Baki kereta kebal yang terdapat di Warsaw dibentuk menjadi Kompeni Kereta kebal Rungan Pertama dan ke-2 oleh Pemerintah Pertahanan Warsaw. Kompeni Pertama memiliki 11 kereta kebal turet berkembar, sebelumnya digunakan bagi latihan. Pada tahap pembukaan Pengepongan Warsaw (1939), unit ini terbabit dala pertempuran sengit di pinggir bandar Warsaw, Okęcie dan lapangan terbang utama yang terletak di situ. Akibat kekurangan persenjataan anti-kereta kebal, kereta kebal kompeni Pertama mengalami kehilangan yang besar dan diundurkan ke garis belakang pada 12 September, di mana unit itu digabungkan dengan kompeni ke-2.

Pengalaman bertempur membuktikan bahawa meriam anti-kereta kebal Bofors wz. 37 yang digunakan bagi 7TP mampu menembusi perisai sebarang kereta kebal Jerman ketika itu, termasuk kereta kebal Panzer IV moden. Sebaliknya, kereta kebal itu berperisai terlalu ringan, terutama terhadap pengeboman udara. Keseluruhan, dianggarkan bahawa 20 kereta kebal telah ditawan oleh Jerman hampir sempurna sementara satu ditawan oleh Soviet. Tambahan, 20 buah lagi berjaya diundurkan ke Romania dan Hungary, sementara 40 buah lagi perlu ditinggalkan kerana masaalah enjin dan ketiadaan bahan api. Selepas kejatuhan Poland, Jerman memasukkan 20 kereta kebal 7TP yang ditawan kepada 203. Panzerbataillon sebagai kereta kebal Pzkpfw 731 (p). Kereta kebal 7TP digunakan oleh operasi Wehrmacht pada tahun 1940 di Norway dan Perancis.

Perancis[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan kereta kebal ringan AMR 35, kepunyaan 4e RDP, 1re DLM; bersenjatakan 13.2 mm

Perancis telah diatasi oleh pihak Jerman tetapi ia sebenarnya memiliki pasukan kereta kebal yang kuat kerana pada ketika 1940 mereka memiliki satu dari pasukan kereta kebal terbesar di dunia setara dengan pasukan Soviet, British dan Jerman. Sebagaimana, pihak British dan Soviet, Perancis masih percayakan pembahagian tugas antara kereta kebal kalavari dan kereta kebal infantri.

Kereta kebal Char B1 dilumpuhkan pada tahun 1940 di Utara Perancis

Tentera Perancis cenderung kepada pertempuran bertahan dan membina kereta kebal mereka sebegitu. Bagaimanapun terdapat sesetengah kejadian apabila sesetengah kereta kebal Perancis mampu bertempur dengan kereta kebal Jerman dan menang, kadang-kala dengan menakjubkan sekali sebagaimana yang berlaku pada 16 May kereta kebal berat Char B1 Perancis tunggal, Eure, menyerang secara berdepan dabn memusnahkan tiga belas kereta kebal Jerman yang menyerang hendap di Stonne, kesemua mereka merupakan kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, dalam tempoh beberapa minit.[1] Kereta kebal itu selamat kembali walaupun ditembak 140 kali. Sama juga di dalam buku Panzer Leader, Heinz Guderian menceritakan kisah berikut, yang berlaku semasa pertempuran kereta kebal di selatan Juniville: "Ketika pertempuran kereta kebal berlangsung, saya cuba untuk memusnahkan kereta kebal Char B dengan meriam anti-kereta kebal 47 mm dengan sia-sia; kesemua peluru yang saya tembakkan kearahnya hanya melantun dari perisai tebalnya. Meriam 37 mm dan 20 mm kami juga tidak berkesan terhadap musuh ini. Akibatnya, kami mengalami korban yang tinggi".

Aset keseluruhan kereta kebal Perancis dan koloninya dengan itu kemungkinannya kurang dari 5,802 semasa tempoh serangan Jerman. Selepas perlucutan senjata armistice di Zon Bebas Perancis yang tidak dijajahi pembinaan secara rahsia menukar 225 Lori GMC menjadi kereta berperisai. Ketika ke semua Perancis diduduki pada tahun 1942 tempat bersembunyi rahsia (sebenarnya gua) telah dikhianati kepada pihak Jerman.[2][3]

Jerman[sunting | sunting sumber]

Panzer III Ausf. D, Poland (1939).
Panzer IV dengan meriam 75 mm gun laras panjang dan pecutan tinggi, beroperasi di Perbatasan Timur (Perang Dunia Kedua) tahun 1944.
Kereta kebal Panther di Perbatasan Timur (Perang Dunia Kedua), 1944.
Kereta kebal Tiger I digunakan bagi menyokong Kor Afrika beroperasi di Tunisia, Januari 1943.

Pasukan Panzer berperisai Jerman tidaklah menakjubkan pada permulaan perang. Rancangan asal memerlukan dua kereta kebal utama: Kereta kebal serdahana Panzer III dan kereta kebal infantri Panzer IV. Bagaimanapun, menjelang permulaan pencerobohan Poland, hanya beberapa kenderaan sedia ada. Akibatnya, penjajahan Poland dan Perancis dilaksanakan terutamanya dengan kereta kebal Panzer I dan kereta kebal ringan Panzer II, dengan beberapa kereta kebal ringan-dilengkapi meriam dari Czechoslovakia. Ketika perang berterusan, pengeluaran kereta kebal berat meningkat.

Kereta kebal Panzer III bertujuan untuk bertempur dengan kereta kebal lain; dengan itu pada tahap reka bentuk awal meriam 50 mm (2 inch) telah ditetapkan. Bagaimanapun, tentera pejalan kaki pada masa itu dibekalkan dengan meriam 37 mm (1.46 inci) PaK 36, dan ia difikirkan bahawa untuk memudahkan logistik perbekalan dan memiliki satu piwaian, kereta kebal perlu membawa senjata yang sama. Sebagai tolak ansur, cecincin turet dibuat cukup besar bagi memuatkan meriam 50 mm (2 inci) sekiranya peningkatan masa hadapan diperlukan. Keputusan tunggal ini kemudian akan memastikan bahawa kereta kebal Panzer III memiliki tempoh hayat yang panjang dalam tentera Jerman.

Selepas pencerobohan Poland, keputusan untuk mengambil kereta kebal Panzer IV sebagai kereta kebal utama division perisai Jerman dibuat, penghasilan dikembangkan kepada lebih banyak kilang. Menjelang tahun 1941, 462 kereta kebal Panzer IV Ausf. Fs telah dipasang, dan Ausf. F2 dengan meriam dipertingkatkan mula dikeluarkan.[4] Pengeluaran tahunan hampir melonjak empat kali ganda sejak permulaan perperangan.[5] Pada tahun 1941 purata 39 kereta kebal model Panzer IV dihasikan setiap bulan, dan ini meningkat kepada 83 pada tahun 1942, 252 pada tahun 1943, dan 300 pada tahun 1944.

Semasa Operasi Barbarossa, pencerobohan Jerman terhadap Soviet Union pada tahun 1941, ia disedari bahawa kereta kebal T-34 Soviet mengatasi kereta kebal Panzer III dan IV. Perisai condongnya mampu menahan kebanyakan senjata Jerman, dan meriam 76.2 mmnya mampu menembusi perisai kesemua kereta kebal Jerman. Ini memaksa pihak Jerman bagi meningkatkan model sedia ada mereka. Kereta kebal Panzer III, yang bertujuan sebagai kereta kebal serdahana utama, ditingkatkan dengan meriam 50 mm yang lebih panjang dan pecutan lebih tinggi.

Dengan itu, kereta kebal Panzer IV, yang pada asalnya bertujuan sebagai kereta kebal sokongan, menjadi kereta kebal serdahana de facto dengan senjatanya diganti dengan meriam 75 mm lebih panjang dan pecutan lebih tinggi bagi menangani kereta kebal T-34. Pihak Jerman turut mula membangunkan kereta kebal baru yang lebih berat. Ini termasuk kereta kebal Panzer V kereta kebal Panther, yang bertujuan sebagai kereta kebal tempur Jerman yang utama dan baru. Kereta kebal Panther merupakan tolak ansur pelbagai keperluan. Sungguhpun berkongsi enjin dengan kereta kebal Tiger, ia memiliki perisai hadapan lebih baik, penembusan meriam lebih baik, lebih ringan keseluruhan, dengan itu lebih pantas, dan mampu mengendali permukaan bumi teruk lebih baik berbanding Tigers. Disebaliknya perisai sisi yang lebih lemah; kereta kebal Panther terbukti merbahaya di kawasan terbuka dan tembakan dilepaskan dari jarak jauh, tetapi lemah kepada pertempuran jarak dekat. Pihak Jerman turut mula membangunkan siri kerete kebal yang amat berat.

Yan pertama adalah kereta kebal Tiger I, yang mengatasi kesemua saingannya dari segi kuasa tembakan dan perisai ketika ia mula beroperasi. Hitler amat tertarik dengan kereta kebal amat berat dan berkuasa, dan menempah kereta kebal yang lebih berat dan kuat untuk dihasilkan, yang mendorong kepada pembangunan kereta kebal berat Tiger II, bagi menggantikan kereta kebal Tiger I pada akhir perperang. Meriam berkuasanya dan perisai yang amat berat menjadikan ia lebih baik berbanding sebarang kereta kebal pihak Berikat atau Soviet dalam pertembungan berhadapan, tetapi enjin yang kurang berkuasa dan penggunaan bahan api yang kuat menghadkan penggunaannya dalam pergerakan perperangan. Hampir penghujung perang terdapat rancangan bagi kereta kebal lebih berat, seperti kereta kebal Panzer VIII Maus, tetapi hanya sebilangan kecil, atau dalam kes kereta kebal Maus hanya prototaip dihasilkan.

Itali[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal M13/40 mara merentasi gurun, April 1941.
L6/40 milik Itali berkhidmat di Balkan, Ogos 1943.
Semovente 75/18 semasa Kempen Afrika Utara, 1942.

Itali memiliki beberapa kereta kebal ringan, serdahana yang digunakan dalam tenteranya dan sedang mereka kereta kebal berat yang baik, kereta kebal P40 pada tahun 1940 tetapi hanya sedikit yang baru dibina semasa Itali menanda tangani perletakan senjata ("armistice") dengan pihak Berikat oleh itu beberapa kenderaan yang dihasilkan selepas itu digunakan oleh Jerman. Reka bentuk kereta kebal P40 agak terkini, yang mana tidak sama dengan reka bentuk kereta kebal serdahana yang lain kerana kereta kebal P40 merupakan satu-satunya reka bentuk kereta kebal Itali yang setara dengan kereta kebal Berikat dan Jerman ketika ia muncul pada pertengahan perang.

Kereta kebal serdahana Fiat-Ansaldo M11/39 digunakan dari tahun 1939 sepanjang tempoh awal Perang Dunia Kedua. Kereta kabal M11/39 telah dibangunkan sebagai "kereta kebal pemecah lalu" (Carro di Rottura). Sungguhpun digelar kereta kebal serdahana oleh Tentera Itali, berat dan kuasa tembakannya lebih menghampiri kereta kebal ringan semasa ia digantikan dengan kereta kebal serdahana Fiat-Ansaldo M13/40 ("M" bagi Medio (serdahana) menurut piwaian berat kereta kebal Italian pada masa itu: 13 tonnes merupakan berat yang dijadualkan dan tahun 1940 merupakan tahun pertama pengeluaran), dalam Tentera Itali dan digunakan dalam kempen Greek pada tahun 1940 dan 1941 dan dalam Kempen Afrika Utara.

Kereta kebal M13/40 tidak digunakan di Perbatasan Timur ; Pasukan Itali di sana hanya dilengkapi dengan kereta kebal Fiat L6/40 dan kereta kebal Semovente 47/32. Persenjataan mencukupi bagi tahun 1940-41 tetapi tidak seiring dengan peningkatan perisai dan kuasa tembakan pada kereta kebal pihak Berikat atau Jerman. Bermula pada tahun 1942, Tentera Itali mengakui kelemahan kuasa tembakan pada kereta kebal siri M13/40 dan menggunakan meriam gerak sendiri Semovente 75/18 seiring dengan kereta kebal dalam unit perisai mereka.

Kereta kebal berikut dalam siri itu adalah kereta kebal Fiat M14/41, kereta kebal Itali empat orang. Kereta kebal M14/41 merupakan versi dipertingkatkan sedikit bagi kereta kebal Fiat M13/40 dengan enjin diesel lebih berkuasa. Ia dihasilkan dalam jumlah terhad tetapi dianggap sudahpun lapuk menjelang pengenalannya. Kereta kebal M14/41 menggunakan kerangka yang sama dengan kereta kebal M13/40 tetapi dengan badan direka semula dengan perisai lebih baik.

Kereta kebal M14/41 Itali di depoh, September 1943.

Kereta kebal ini pertama kali digunakan dalam Kempen Afrika Utara di mana kekurangannya cepat menonjol. Kenderaan ini tidak boleh diharap, sempit, dan mudah terbakar apabila terkena tembakan. Berikutan dengan pengunduran pasukan Itali dari Afrika Utara M14/41 jarang ditemui, sungguhpun banyak kenderaan yang ditawan digunakan oleh pasukan British dan Australia bagi memenuhi kekurangan teruk kereta kebal Berikat pada tahun 1941.

Yang berikutnya dalam siri ini adalah kereta kebal M15/42 15 tonne yang pertama kali dibina pada Januari 1943. Sekitar 90 kenderaan dibina sebelum genjatan senjata Itali pada September 1943 dan sehubung dengan kejadian itu ia digunakan dalam pertempuran menentang Jerman ileh division perisai Ariete menentang Jerman di Rome. Selepas kejadian itu ia dirampas dan digunakan oleh pihak Jerman yang turut membina 28 kereta kebal M15/42 lagi. Ia dibangunkan dari kereta kebal M13/40 dan kereta kebal M14/41. Ia memiliki enjin lebih berkuasa dengan penapis udara bagi menangani keadaan teruk di gurun, tetapi menjelang tempoh ia memasuki perkhidmatan, ia telahpun lapuk.

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Cruiser Mk I CS yang rosak ditinggalkan di Calais, 1940.
Fail:Cromwell Tank.jpg
Kereta kebal British Cromwell
Kereta kebal British Grant (kiri) dan kereta kebal Lee (kanan) di gurun Mesir.

Britain telah menjadi peneraju trend sejagat bagi pembangunan kereta kebal sejak tahun 1915, tetapi kehilangan kedudukan sebagai peneraju semasa perang semakin dekat. Tentera British memasuki perperangan dengan kereta kebal yang lemah direka dan dilumpuhkan pula oleh doktrin yang lemah. Kereta kebal British menggunakan misi menyerupai satu serbuan kalavari tanpa penumpuan kepada taktik gabungan persenjataan yang mekar dalam pemikiran Jerman dan Soviet. Dalam kedua-dua kes, kereta kebal British bertujuan untuk bertempur dengan kereta kebal musuh dan dilengkapi dengan meriam 2 pdr.[6][note 1] Hasilnya merupakan siri rekabentuk bersenjata lemah, tidak boleh diharap secara mekanikal seperti A9, A10 dan kereta kebal kruiser Crusader (A15), Matilda (A11) dan kereta kebal Infantri Matilda II (A12), dan siri kereta kebal ringan yang sesuai hanya bagi tugasan peninjauan.

Kereta kebal Cruiser Mk I merupakan kereta kebal yang berkesan di Perancis, Greek dan pada awal Kempen Afrika Utara. Meriam 2 pdr adalah ancaman kepada kereta kebal Itali yang dijumpai dalam kempen Afrika Utara, tetapi, paling baik sekalipun hanya sekadar senjata serdahana menentang perisai Jerman moden dari Kor Afrika. Menembak pada bahagian sisi dan belakang kereta kebal Jerman di mana perisainya lebih nipis biasanya satu-satunya cara bagi memberi kesan. Perisai minima menjadikan kereta kebal A9 sasaran mudah kepada senjata anti-kereta kebal Jerman. Satu lagi masaalah adalah kekurangan peluru letupan berkuasa tinggi bagi meriam 2 pdr dan lebih teruk kerana ketiadaan Perobek Perisai ("AP") bagi meriam 95 mm bagi versi Sokongan Rapat. Meriam 95mm tidak digunakan sehingga ke akhir perang dan ia tidak pernah direka bagi tujuan anti-perisai. Satu lagi isu adalah kawasan di sekeliling turet mesingan mencipta permukaan hadapan yang lebih lemah kepada tembakan musuh berbanding sekiranya ia kepingan rata.

Sejumlah kereta kebal Cruiser Mark II merupakan sebahagian dari Pasukan Expeditionari British ("British Expeditionary Force - BEF") yang dihantar ke Perancis pada awal Perang Dunia Kedua. Prestasi merentas desa kereta kebal A10 direkodkan sebagai lemah, tetapi mereka masih digunakan kemudiannya di Afrika Utara ketika pertahanan Tobruk pada tahun 1941, di mana prestasi sistem gantungan dan keboleh harapan kereta kebal A10 dalam keadaan gurun dipuji. Enam puluh kereta kebal A10 yang sudah lusuh dibawa ke Greece, oleh Regimen Kereta kebal DiRaja ke-3 dan sungguhpun ia cukup bagus menentang kereta kebal Jerman, lebih 90% hilang akibat kerosakan mekanikal dan bukannya oleh tindakan musuh (kebanyakannya pada trek).[7]

Terdapat beberapa sifat yang baik dalam bentuk kereta kebal British termasuk kereta kebal Valentine, kereta kebal Churchill (A22), kereta kebal Cromwell (A27M), dan kereta kebal Comet I (A34). Kereta kebal Valentine merupakan kereta kebal sokongan tentera pejalan kaki yang boleh diharap, berperisai tebal yang digunakan dengan jayanya di gurun dan oleh Tentera Merah sebagai kereta kebal ringan. Kereta kebal Churchill memikili perisai berat dan keupayaan luar jalan yang baik. Kereta kebal Cromwell dari banyak segi setara dengan model kereta kebal Sherman awal dari Amerika Syarikat atau kereta kebal Panzerkampfwagen/Pzkw-IV Jerman, tetapi hanya digerakkan dalam jumlah kecil bermula tahun 1944. Kereta kebal Comet adalah reka bentuk cermerlang lain yang digunakan pada akhir bulan perperangan. Kereta kebal Kruiser Challenger (A30) British, dipasang dengan meriam 17 Paun pada kerangka kereta kebal Cromwell bagi meningkatkan kuasa tembakan anti-kereta kebal kepada unit kereta kebal kruiser.

Bermula dari pertengahan tahun 1942, kebanyakan unit kereta kebal British dilengkapi dengan kenderaan yang dibekalkan dari Amerika Syarikat seperti kereta kebal ringan Stuart, kereta kebal M3 Lee (atau variasi spesifikasi British kereta kebal Grant selepasnya) dan pengganti kereta kebal Lee/Grant, iaitu kereta kebal M4 Sherman. Pihak British menambah meriam anti-kereta kebal 17 paun pada kereta kebal Sherman dan menghasilkan kereta kebal Sherman Firefly. Kereta kebal Cromwell mula menggantikan kereta kebal Sherman dalam perkhidmatan British.

Sejurus sebelum dan semasa perang, pihak British menghasilkan sejumlah besar kereta kebal prototaip dan kereta kebal diubah suai bagi pelbagai tugasan khas (lihat Hobart's Funnies ("Kelakar Hobart")). Sebagai contoh, kereta kebal Churchill AVRE dipasang dengan motar tembakan-langsung 290 mm (11.4") yang digunakan bagi memusnahkan bangunan dan membersihkan halangan. Tanggungjawab bagi membina kenderaan dan latihan pada kakitangan untuk mengendalikannya diserahkan kepada pakar pertempuran berperisai Percy Hobart yang namanya diberikan pada himpunan ini.

kereta kebal Valentine DD dengan skrin diturunkan dan meriamnya diacu ke arah belakang kenderaan.

Kebanyakan idea telahpun dicuba, diuji, atau dalam ujikaji pembangunaan oleh Britain dan negara-negara lain. Sebagai contoh kereta kebal pembanting Scorpion (kereta kebal Matilda yang diubahsuai) telahpun digunakan semasa kempen Afrika Utara bagi membersihkan lalian melalui medan periuk api Jerman. Kereta kebal T-34 Soviet turut diubah suai dengan penggolek periuk api. Kereta kebal sokongan rapat, penghampar jambatan, dan penggangkut berkas ("fascine carriers") turut dibangunkan di tempat lain juga. Bagaimanapun "the Funnies" merupakan himpunan kenderaan kejuruteraan yang paling terbesar dan luas yang ada.

Menjelang awal tahun 1944, Hobart dapat mempamerkan kepada Eisenhower dan Montgomery satu brigade setiap kereta kebal DD boleh berenang, pembersih periuk api Crab, dan kereta kebal AVRE (Jurutera) bersama satu regimen kereta kebal penyembur api Crocodile.

Montgomery menimbang bahawa pasukan US patut menggunakannya, dan menawarkan perkongsian separuh daripada semua kenderaan yang ada, tetapi penerimaan hanya minima. Eisenhower cenderung kepada kereta kebal afimbia tetapi membiarkan keputusan berkenaan yang lain kepada Jeneral Bradley yang menyerahkan tugas itu kepada pegawai bawahannya.

Soviet Union[sunting | sunting sumber]

Soviet Union memulakan dan mengakhiri perang dengan jumlah kereta kebal lebih banyak berbanding keseluruhan yang dimiliki negara lain (18,000-22,000). Bagaimanapun, semasa permulaan Perang Dunia Kedua kereta kebal terbanyak dalam perkhidmatan Soviet, kereta kebal T-26, menjadi sama lapuk dengan kereta kebal Panzer II. Kebanyakan kereta kebal T-26 dilengkapi dengan meriam 45 mm yang mampu merobek kebanyakan kereta kebal Jerman pada jarak tempur; hanya beberapa memiliki radio, dan reka bentuknya adalah baik secara mekanikal sungguhpun tidak mampu dikembangkan lagi. Siri kereta kebal BT, diasaskan pada sistem gantungan Christie, biasanya dilengkapi dengan meriam 45 mm yang sama dan merupakan kereta kebal paling mudah bergerak di dunia. Versi sokongan rapat bagi kedua kereta kebal wujud, dilengkapi dengan howitzer 76.2 mm. Bagaimanapun, kereta kebal BT merupakan pada penghujung hayat reka bentuknya. Tentera Merah turut menggunakan ribuan kereta kebal peninjau ringan seperti kereta kebal afimbia T-37 dan kereta kebal T-38. Kereta kebal memiliki nilai tempur terhad, sungguhpun mudah gerak, ia hanya dilengkapi dengan mesingan 7.62 mm dan memiliki perisai amat nipis. Tentera Merah turut memiliki sekitar 400 kereta kebal serdahana T-28, yang dari banyak segi setanding dengan kereta kebal Pzkw-IV Jerman. Tetapi rekebentuknya bertarikh sejak tahun 1931 dan telah lapuk. Soviet Union mengakhiri tahun 1930-an dengan angkatan kereta kebal yang hampir sepenuhnya diambil dari rekabentuk asing, tetapi sebelum tahun 1941 membangunkan sebahagian dari kereta kebal penentu gaya penting dalam perperangan. Masaalah pasukan kereta kebal Soviet hadapi pada tahun 1941 bukanlah terutamanya berkait dengan rekabentuk kenderaannya, tetapi keadaan pembaik-pulih yang lemah, ketiadaan persediaan yang menyedihkan, dan keadaan pemerintah yang lemah akibat Penghapusan Agung. Tentera Merah pada tahun 1940 menerima pakai doktrin maju yang secara mudahnya tidak mampu dilaksanakan.

Perarakan kereta kebal BT-7.



Beberapa reka bentuk baik yang baru mula dikeluarkan pada tahun 1940-41, ketika permulaan perang, Tentera Merah telah memulakan dua projek berkait rapat untuk menyusun kembali pasukan mekanikalnya dan membekalkan mereka dengan reka bentuk moden yang memasukkan pengalaman yang di dapati semasa Perang Saudara Sepanyol dan Pertempuran Khalkhin Gol (Nomonhan). Sesetengah rekabentuk ini memintas reka bentuk kereta kebal negara lain. Yang paling penting adalah kereta kebal T-34, yang pada asalnya direka sebagai pengganti siri BT, tetapi dengan perisai yang lebih berat dan meriam dua matlamatnya ia menjadi kereta kebal serdahana terbaik bagi separuh pertama Perang Dunia Kedua. Kereta kebal T-34 akhirnya menggantikan hampir keseluruhan kereta kebal Soviet yang lain. Reka bentuk asas cukup baik bagi mengekalkannya baik tempur melampaui tahun 1945, setelah di tingkatkan dengan meriam lebih berat, turet baru, dan pengubahsuaian yang lain. Reke bentuk penting kedua adalah kereta kebal KV-1. Ia dilengkapi dengan meriam 76.2 mm yang sama baik dengan kereta kebal T-34, dan memiliki enjin diesel V-2 yang sama. Bagaimanapun, KV memiliki sistem gantungan palang torsion baru dan perisai lebih berat berbanding kereta kebal T-34. Kereta kebal KV adalah perlahan, bertujuan sebagai kereta kebal memecah lalu. Kereta kebal KV-2 versi sokongan rapat dilengkapi dengan howitzer 152 mm. Siri kereta kebal KV merupakan kereta kebal utama Soviet sehingga tahun 1943, apabila pengeluaran berakhir dan sebahagian besarnya telah habis digunakan. Pada awal tahun 1944 pengganti kereta kebal KV adalah kereta kebal IS-2, dilengkapi dengan meriam 122 mm, memiliki perisai lebih tebal dan pergerakan lebih baik. Kereta kebal penyokong infantri pada tahun 1941, bertujuan sebagai pengganti kepada T-26, adalah kereta kebal T-50, dilengkapi dengan senjata meriam 45 mm, dengan sistem gantungan palang-torsion dan perisai yang baik bagi kelas setandingnya. Masalah pengilangan dengan enjin barunya mendorong kepada pembatalannya hanya selepas penghasilan kurang dari 70 buah. Akhirnya, peranan peninjau ringan akan digantikan oleh kereta kebal afimbia T-40 dan kereta kebal T-60 yang bukan afimbia tetapi lebih murah.

Pada permulaan Operasi Barbarossa Jeman, kebanyakan pasukan kereta kebal Soviet Union terdiri daripada siri kereta kebal T-26 dan BT. Beberapa kereta kebal T-40 muncul, bersama sekitar 1,363 kereta kebal T-34 awal yang tidak boleh diharapkan, dan 677 kereta kebal KV-1 dan kereta kebal KV-2. Banyak kereta kebal T-34 awal telah ditawan atau dimusnahkan. Kebanyakan dari kegagalan awal ini disebabkan oleh ketiadaan penyelarasan dan krew kereta kebal yang tidak terlatih, dan ketidak siagaan Tentera Merah secara umumnya. Satu lagi kesukaran kereta kebal T-34 adalah ia hanya memiliki empat orang krew, dengan komander kereta kebal mengganda sebagai jurutembak. Sungguhpun tidak perlu bertugas sebagai pengisi, sebagaimana dilakukan oleh komander kereta kebal Perancis, ia masih melumpuhkan keupayaan komander kereta kebal untuk mengekalkan kesedaran medan tempur ketika menembak meriam utama kereta kebal, memberikan kelebihan taktikal kepada kenderaan berperisai Jerman.

Pada tahun 1941 sejumlah besar T-60 muncul, ditambah pada tahun 1942 dengan kereta kebal T-70 yang serupa. Kedua-dua kereta kebal ringan memiliki gantungan palang-torsion, perisai lebih ringan, dan enjin lori kecil. Pembinaan mudah mereka membolehkan mereka kekal dihasilkan sungguhpun nilai tempur mereka terhad. kereta kebal T-60 hanya memiliki meriam 20 mm sementara kereta kebal T-70 memiliki meriam 45 mm. Bagaimanapun, kedua-duanya memiliki turet seorang, menjadikannya sukar dikendalikan. Kereta kebal T-70 membentuk asas kepada meriam gerak sendiri SU-76 kemudiannya dalam perperangan.

Kereta kebal T-34, bagaimanapun, menjadikan kesemua kereta kebal Jerman yang dihasilkan sehingga tarikh itu lapuk. Malah, pada saat kemuncaknya kereta kebal T-34 dianggap amat berjaya, dan amat berupaya dalam semua peranan, sehinggakan penghasilan kesemua kereta kebal lain kecuali kereta kebal IS-2 dihentikan bagi membenarkan kesemua sumber digunakan sepenuhnya bagi penghasilan kereta kebal ini. Kereta kebal T-34 memaksa Jerman menggunakan rekabentuk baru lebih berat seperti kereta kebal Panther dan kereta kebal Tiger I, yang seterusnya memaksa peningkatan lanjut pada angkatan kereta kebal Soviet, Amerika Syarikat dan British. Kemungkinan yang jauh lebih penting lagi kepada arus perperangan adalah peralihan ke arah kereta kebal Jerman yang lebih rumit dan mahal melampaui keupayaan penghasilan kereta kebal Jerman yang telahpun tertekan secara kritikal. Hal ini telah mengurangkan jumlah kereta kebal yang dapat dibekalkan kepada pasukan Jerman dan dengan itu membantu memaksa Jerman untuk menyerahkan teraju initiatif dalam perang kepada pihak Berikat.

kereta kebal Berat KV2-E

Pertengahan perang, siri kereta kebal KV mula menunjukkan kecacatannya. Meriam anti keretakebal Jerman yang lebih baik menjadikan ianya lemah, dan kelajuan rendahnya dan ketiadaan keboleh harap mekanikalnya merupakan kekurangan besar. Oleh kerana ia membawa meriam yang sama seperti kereta kebal T-34 tetapi dalam kerangka lebih mahal dan lebih perlahan, pengeluarannya dihentikan pada tahun 1943.

Kemudian ketika perang peranan kereta kebal ringan semakin diisi dari bekalan Sewa-Pinjam ("Lend-Lease") kereta kebal ringan M-3 dari Amerika Syarikat dan kereta kebal Valentine yang dibina oleh British dan Kanada. Ironiknya, kereta kebal T-34 adalah lebih pantas atau sepantas kebanyakan kereta kebal ringan yang sepatutnya meninjau baginya, dengan itu menggalakkan pengurangan kereta kebal ringan Soviet.

Kereta kebal T-34-85 Model 1943.

Sebagai tindak balas kepada kereta kebal Jerman yang lebih baik, pihak Soviet mula menghasilkan kereta kebal T-34-85, yang memiliki meriam 85-mm, pada musim sejuk 1943-44, ketika mengekalkan kelebihan kepantasan dan pergerakan melebihi kereta kebal Jerman—kelebihan yang dimilikinya sehingga akhir perang. Model ini turut memiliki turet yang lebih besar dengan 3-orang krew, akhirnya membenarkan komander kereta kebal memberi tumpuan penuh kepada mengekalkan kesedaran taktikal di medan tempur. Pihak Soviet turut bertindak balas dengan kereta kebal berat IS2 bersenjata 122 mm, yang memiliki perisai lebih berat berbanding kereta kebal KV tanpa peningkatan berat keseluruhan; ini dicapai dengan menipiskan perisai belakang dan memindahkan kebanyakan perisai ke hadapan kereta kebal, di mana ia dijangka menerima kebanyakan tembakan.

Variasi kereta kebal IS-3, dihasilkan pada pertengahan tahun 1945, memiliki rupa lebih selari dan turet berbentuk mangkuk meruncing. Lebih menakjubkan lagi, kereta kebal IS-3 memiliki perisai lebih tebal tetapi ringan sedikit berbanding kereta kebal IS-2, kekal di bawah 50 tan (berbanding kereta kebal Tiger II 68 tan). Reka bentuk kereta kebal IS-3 memiliki pengaruh besar pada reka bentuk kereta kebal selepas perang, sebagaimana dilihat pada siri kereta kebal T-55 dan kereta kebal T-62 Soviet, kereta kebal M48 Patton Amerika Syarikat dan kereta kebal Leopard MBT Persekutuan Jerman.

Pengeluaran kereta kebal Soviet melebihi kesemua negara lain kecuali Amerika Syarikat. Pihak Soviet mencapai kelebihan ini dengan piwaian pada beberapa rekabentuk, pada umumnya meninggalkan peningkatan kualiti kecil dan menukar rekabentuk hanya apabila peningkatan akan memberi kelebihan besar.

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal ringan M3 di Fort Knox, 1942.
Kereta kebal Serdahana M3, Jun 1942

Pengeluaran Amerika Syarikat melengkapkan bukan sahaja pasukan Amerika tetapi juga pasukan Perancis (selepas 1942), Britain dan negara Berikat lain. Sama seperti Soviet Union, Amerika Syarikat memilih beberapa rekabentuk asas yang baik dan menubuhkan piawaian pada model tersebut. Berdasarkan kekurangan rekabentuk kereta kebal dan pengalaman pengilangan, ia menakjubkan bahawa rekabentuk Amerika Syarikat sebaik yang mereka ada.

Sebelum kemasukan Amerika Syarikat dalam perang, Tentera hanya memiliki beberapa kereta kebal . Siri kereta kebal ringan M2 adalah paling penting. Kereta kebal ringan ini amat boleh diharap secara mekanikal, dengan pergerakan yang baik. Bagaimanapun, mereka memiliki bayangan tinggi disebabkan penggunaan enjin kapal terbang radial. Hanya beberapa digunakan untuk bertempur, di Guadalcanal. Siri kereta kebal Ringan M3 tahun 1941 merupakan peningkatan pada Kereta kebal M2, dengan peningkatan perisai dan meriam 37 mm. Kereta kebal serdahana baru dihasilkan pada tahun 1940 adalah M2A1. Ia memiliki rekabentuk yang terlalu lemah dengan perisai yang nipis dan bayangan tinggi, meriam utama 37 mm dan tujuh mesingan.

Sejak 1940 reka bentuk kereta kebal disediakan. Pertempuran Perancis menunjukkan kepentingan kereta kebal serdahana. Pihak British cuba mendapatkan pengilang Amerika Syarikat untuk menghasilkan reka bentuk mereka sendiri tetapi ditentang Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mempunyai keperluan bagi kereta kebal serdahana dengan meriam 75 mm, dan membangunkan kereta kebal M3 Lee, yang ditempah oleh pihak British bagi kegunaan mereka.

Kereta kebal pertama Amerika Syarikat yang bertempur dalam perperangan adalah Kereta kebal Ringan M3 dikenali sebagai "Jeneral Stuart" oleh Tentera British dan Kereta kebal Serdahana M3 (versi "Grant" yang memiliki turet rekaan British dan enam orang krew; versi "Lee" mengekalkan turet asal dan tujuh orang krew). Ia cacat dari banyak segi, tetapi merupakan kereta kebal terbaik yang dimiliki Berikat Barat dan lebih baik berbanding saingan Jerman mereka dari segi perlindungan perisai dan kuasa tembakan. Kereta kebal Ringan M3 dihasilkan sebaik Kereta kebal Kruiser British di gurun, tetapi lebih boleh diharap secara mekanikal. Meriam utama 37 mm nya lebih berkuasa berbanding meriam utama yang dimiliki kereta kebal peninjau Jerman. Nama rasmi yang diberikan kepada Kereta kebal Ringan M3 adalah 'Stuart'; nama gelaran yang digunakan adalah 'Honey' ("Madu"). Kereta kebal M3 dan hasilan dipertingkatnya, siri kereta kebal Ringan M5, kekal dalam perkhidmatan sepanjang peperangan. Menjelang tahun 1943, meriam 37 mm nya menjadikan ia sebagai kereta kebal amat merbahaya untuk digunakan tetapi tiada penganti lebih baik yang ada. Reka bentuk Kereta kebal Ringan T7 dicadangkan sebagai pengganti pada tahun 1943, dilengkapi dengan meriam 57 mm dan perisai lebih baik; bagaimanapun, reka bentuknya tidak pernah dipiwaikan bagi pengeluaran.

Kemunculan kereta kebal serdahana M3 Lee pada musim panas 1942 akhirnya memberikan pihak British meriam yang lebih baik berbanding meriam 2-paun dan 6-paun yang mampu menangani kereta kebal Jerman dan meriam-anti kereta kebal ditunda. Sungguhpun meriam 6-poun (57 mm) British memiliki perobek perisai lebih baik berbanding M-3's 75 mm, ia menembak kepala peledak berkuasa tinggi yang lebih kecil. Kereta kebal M3 mampu menyerang meriam anti-kereta kebal Jerman yang sebelum ini mengorbankan banyak kereta kebal British, dan agak berkesan terhadap kereta kebal Jerman masa itu.

kereta kebal Ringan M5 melewati jalan Coutances yang binasa di Normandy.
Kereta kebal M4 Sherman di Normandy, 1944, dengan belalai "meranduk air dalam" bagi enjin
kereta kebal M4A1, A2 dan A3 dibandingkan.


Ketika mula digunakan, kereta kebal M3 setanding dengan kereta kebal serdahana Jerman, tetapi ia memiliki kekurangan besar pada persenjataan meriam utama 75 mm yang dipasang pada badannya. Ia juga turut memiliki turet putar keliling dengan meriam 37 mm, tetapi turet digabung dengan meriam pada badan memberikan profil amat tinggi. Division Berperisai Pertama Amerika Syarikat turut menggunakan kereta kebal M3 di Afrika. Ia merupakan penyelesaian sementara, tidak bertujuan sebagai rekabentuk kepentingan besar. Dalam perkhidmatan Amerika dan British, kereta kebal M3 terutamanya dikeluarkan pada akhir kempen Afrika Utara tetapi terus berkhidmat sepanjang Kempen Itali tambahan kepada sejumlah kecil yang turut serta dalam pencerobohan Normandy. Ia terus berkhidmat dalam Tentera merah untuk beberapa waktu, di mana krewnya mengelarnya sebagai ‘kubur tujuh beradik’.

Reka bentuk Amerika Syarikat paling penting adalah kereta kebal serdahana M4 Sherman. Kereta kebal M4 menjadi kereta kebal kedua paling banyak dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua, dan satu-satunya kereta kebal yang digunakan oleh hampir keseluruhan pasukan Berikat (kerana program sewa-pinjam). kereta kebal M4 membentuk kereta kebal utama unit Amerika, British, Kanada, Perancis, Poland dan China. Kereta kebal M4 adalah setara dengan kereta kebal serdahana Jerman, kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, pada masa ia mula berkhidmat kali pertama pada tahun 1942. Lebih dari 4,000 Sherman dibekalkan ke Soviet Union, bermula pada pertengahan -1943. Kereta kebal M4, sungguhpun boleh diharap dan mudah diselenggara, sudahpun ketinggalan meriam, menjelang Amerika Syarikat bertembung dengan kereta kebal Jerman yang dipertingkat meriam dan perisai di Itali dan Utara Eropah (Panzer IV dan pelbagai meriam gerak sendiri Jerman) dan menjelang akhir 1943 ketibaan kereta kebal Panther dan kereta kebal Tiger I Jerman adalah ancaman lebih besar kerana julat, ketepatan, dan kuasa robekan meriam utama mereka. Sungguhpun ia dipercayai bahawa ereta kebal Sherman mempunyai kecenderungan untuk meletup dengan hebat kerana kegunaan minyak petrol, ini tidak benar, kerana ia sebenarnya disebabkan oleh penyimpanan peluru pada model awal; versi berikutnya dengan reka bentuk simpanan "basah" tidak mudah meletup sama seperti kereta kebal semasa dengannya.

Doktrin cacat Amerika Syarikat kekal memainkan peranan utama bagi mengekalkan kereta kebal M4 dilengkapi dengan meriam yang lemah pada tahun 1944-1945. Doktrin itu menekankan bahawa kegunaan utama kereta kebal adalah bagi menyokong tentera pejalan kaki dan mengambil peluang yang terbuka, sementara peranan kereta kebal pejuang akan ditugaskan kepada cabang pemusnah kereta kebal, dilengkapi dengan kedua-dua meriam ditunda dan gerak sendiri seperti meriam 3 inci Motor Carriage M10. Meriam 3" GMC M10 berperisai nipis, dilengkapi turet terbuka di atas yang dipasang dengan meriam 3-inci yang merupakan amat berkuasa menurut piwaian pertengahan perang masa itu.

Secara teknikal, reka bentuk kereta kebal M4 berupaya mengendali meriam lebih besar berbanding meriam 75 mm dan 76 mm yang dipasang ketika keluar dari kilang. Kereta kebal M36 Jackson dengan meriam berkuasa 90 mm turt memasuki perkhidmatan pada musim luruh tahun 1944 dan mampu menembusi perisai "glacis" kereta kebal Panther pada jarak 600 meter. Pihak British memasang kereta kebal Shermans dengan meriam Ordnance Quick Firing 17 pounder yang lebih berkuasa, variasi yang dikenali secara tidak rasmi sebagai kereta kebal Sherman Firefly, dan anggota Marin Amerika Syarikat menggunakan variasi dalam Perang Pasifik yang dikenali secara tidak rasmi sebagai kereta kebal api Ronson. Selepas perang, Tentera Israil memasang meriam anti-kereta kebal 105 mm bertekanan rendah pada kereta kebal M4.

Menjelang tempoh kempen Normandy, kereta kebal M4 telah menjadi kereta kebal utama bagi pasukan Berikat. Sesetengah kereta kebal Sherman dilengkapi dengan sistem Duplex Drive (kereta kebal Sherman DD), yang membenarkan ia berenang dengan menggunakan skrin boleh lipat dan tiub getah boleh dikembungkan. Bersama-sama juga adalah kereta kebal M1 Dozer Blade (kereta kebal Sherman dengan mata jentolak), kenderaan kembalik berperisai pantai Sherman ("beach armored recovery vehicle (BARV)", Sherman T34 (yang memiliki pelancar roket berganda di pasang di atas turet), POA-CWS-H5 ( Sherman dengan penyembur api), Sherman Twaby Ark (yang membenarkan Sherman bertindak sebagai jambatan sementara), dan Sherman Crab Mark I (Sherman dengan pembanting periuk api), dan juga pelbagai jenis variasi lain.

Amerika Syarikat boleh dikatakan menghasilkan kereta kebal ringan terbaik semasa Perang Dunia Kedua, kereta kebal Ringan M24. Kereta kebal M24 memiliki sistem gantungan palang kilasan ("torsion-bar"), gerak tinggi, dan meriam padat 75 mm. Secara ergonomik, kereta kebal itu juga agak baik. Bagaimanapun, kereta kebal M24 tidak muncul di medan pertempuran sehingga Disember 1944 dan dilengkapi hanya dengan beberapa unit sehingga menjelang akhir perang. Juga pada akhir perang, kereta kebal berat M26 Pershing mula beroperasi. Kereta kebal Pershing merupakan kereta kebal reka bentuk moden dengan sistem gantungan palang kilasan ("torsion-bar"), perisai berat, dan meriam 90 mm yang baik. Bagaimanapun, ia agak kurang kuasa, memiliki enjin GAA Ford sama seperti kereta kebal M4A3. Reka bentuk asas kereta kebal M26 cukup bagus untuk dijadikan asas kepada kesemua kereta kebal Amerika selepas perang sepanjang siri kereta kebal M60 Patton.

Jenerasi kereta kebal kedua Jerman yang lebih baik tidak dipadan sehingga akhir perang, tetapi Jerman sudahpun kehilangan kepimpinan menjelang tahun 1943. Dengan jumlah besar pengeluaran Amerika Syarikat, taktik gabungan persenjataan yang lebih baik, dan kesilapan Jerman pada setiap peringkat bererti kereta kebal Amerika biasanya berjaya. Ini menyerupai pola yang dilihat pada permulaan perang, apabila Panzer Jerman yang memiliki berperisai lemah dan meriam lebih kecil, tetapi dikendalikan dengan mahir mampu menghancurkan pesaing mereka Perancis, British, Amerika dan Soviet yang lebih berkuasa melalui serangan blitzkrieg.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Type 89 Chi-Ro mara ke arah Manila, Filipina, Januari 1942
Kreta kebal Type 95 Ha-Go milik Regimen Berperisai ke-8 IJA, Rabaul

Sebagaimana Tentera Amerika Syarikat yang menggunakan kereta kebal Perancis dan British semasa Perang Dunia Pertama), Tentera Imperial Jepun tidak memiliki kereta kebalnya sendiri semasa Perang Dunia Pertama, jadi pada awalnya ia mula dengan membeli kereta kebal asing bagi penilaian semasa perang Dunia Pertama, dan kemudiannya mula membangunkan reka bentuknya sendiri. Sebagaimana kebanyakan negara lain, Jepun pada mulanya tidak menerima kereta kebal sepenuhnya, kerana ia tidak memiliki tradisi kalavari. Kalavari digunakan bagi meninjau di kawasan desa bergunung-ganang, dan pada awalnya, sebagaimana kebanyakan tentera lain, reka bentuk pertama terhad oleh peranan kereta kebal sebagai sokongan bagi tentera pejalan kaki. Diilhamkan dari reka bentuk Eropah, program kereta kebal tentera Jepun‎ mereka dan mengembangkan kereta kebal yang membantu kempen mereka di China dan Nomonhan menentang Soviet Union, sebelum Perang Pasifik. Mereka memperkenalkan banyak ciptaan ketika mereka membina reka bentuk mereka, termasuk sistem gantungan bell-crank, pertama dalam kereta kebal afimbia, dan penggunaan enjin diesel kerana ia sukar terbakar berbanding enjin minyak biasa yang sedang digunakan masa itu. Jeneral Jepun membuat kesilapan dalam penilaian kereta kebal yang digunakan menentang China, sebuah negara yang tenteranya hanya memiliki tiga batalion kereta kebal, dan sedikit senjata anti kereta kebal.

Kereta kebal kecil Type 97 Te-Ke Jepun di New Britain.

Pada tahun 1937, Jepun memiliki 1,060 kereta kebal dalam 8 regiment, kebanyakannya direka bagi dan digunakan untuk peranan menyokong tentera pejalan kaki. Tetapi tumpuan ini menyebabkan IJA tanpa kereta kebal yang mampu menangani kereta kebal yang lain, kekurangan yang dibuktikan dengan menyerlah semasa pertempuran Khalkin-Gol (juga dikenali sebagai Nomonhan), kekalahan mutlak yang dikenakan oleh tentera Russi di sempadan Mongol pada tahun 1939. Ini terbukti membawa maut kemudian, apabila mereka berhadapan dengan generasi baru kereta kebal Berikat, kerana kebanyakan model Jepun hanyalah berperisai ringan dengan meriam yang kecil. Dengan keutamaan keluli digunakan oleh Tentera Laut Imperial jepun dan Pasukan Udara, Tentera Jepun hanya mendapat bahan yang tinggal bagi kereta kebalnya. Dengan itu kenderaan dengan reka bentuk tahun 1930-an terus dihasilkan secara pukal dan amaran dari kekalahan di Khalkin-Gol lambat disedari. Menjelang tahun 1940 mereka memiliki pasukan kereta kebal kelima terbesar di dunia, di belakang Soviet Union, Perancis, Britain dan Jerman, tetapi ketinggalan di belakang kereta kebal berat dan serdahana. Selepas tahun 1941, dengan tumpuan baru bagi membina kapal perang dan kapal terbang, dan dengan kemasukan Amerika Syarikat dalam pertelingkahan, kepentingan bertukar arah kepada senjata yang lebih menyokong perperangan laut; menyerang merentasi Pasifik, dan melindungi Empayar dari kemaraan tentera Amerika Syarikat.

Tentera Imperial Jepun Division Berperisai ke-4 dengan kereta kebal Jenis 3 Chi-Nu
Meriam kereta kebal jenis 2 Ho-I
Kereta kebal Jepun Jenis 97 Shinhoto Chi-Ha.

Oleh itu, sungguhpun Tentera Jepun menggunakan kereta kebal secara meluas di medan perang Pasifik, kereta kebal yang dihadapi oleh pasukan Berikat di Pasifik kebanyakannya merupakan reka bentuk lama atau lapuk kerana kebanyakan kereta kebal moden Jepun, seperti kereta kebal serdahana Type 3 Chi-Nu terlewat kerana kekurangan sumber dan malah selepas dikeluarkan dari kilang, buah fikiran masa itu adalah ia diperlukan bagi mempertahankan ibu pertiwi, dan bukannya disebarkan pada Tentera Imperial Jepun atau pasukan Tentera laut di tempat yang jauh. Pihak Jepun membina kereta kebal bagi menandingi kereta kebal pihak Berikat, seperti Kereta kebal sokongan Infantri Type 2 Ho-I dengan meriam 75 mm direka sebagai howitzer gerak sendiri atau pemusnah kereta kebal bagi peranan sokongan tembakan dekat, regimen kereta kebal Jepun yang dilengkapi dengan kereta kebal Type 97 Chi-Ha kuasa tembakan tambahan terhadap kenderaan juang berperisai musuh, tetapi dalam jumlah terhad.[8] Antara tahun 1931 dan 1945, Jepun menghasilkan 6,450 kereta kebal. Separuh darinya (3,300) dihasilkan oleh Syarikat Mitsubishi. Jumlah kecil kereta kebal yang dihasilkan antara tahun 1940 dan 1945 adalah 4,424, contoh, purata tahunan setanding dengan Itali. bagi negara sebesar dan berindustri seperti Jepun, itu adalah serdahana. Sebelum tahun 1945, armada dan pasukan udara dipentingkan. Ia berubah apabila ibu pertiwi diancam secara langsung tetapi ketika itu, ia sudah terlewat.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
  1. Kereta kebal Infantri , Mark I dengan mesingan tunggalnya merupakan pengecualian tunggal. Ia diperkenalkan bagi mengekalkan perbelanjaan rendah dan sebagai penggantian dengan kereta kebal Infantri Mark II yang bermula sebelum perang
Citations
  1. Frieser, Karl-Heinz (2005) Greenwood, John T. ed. The Blitzkrieg Legend. The 1940 Campaign in the West Naval Institute Press m/s. 211–212 ISBN 9781591142942 
  2. Auto Mitrailleuse CDM Modelstories
  3. 1942 Auto Mitrailleuse CDM Chars-francais.net
  4. Caballero & Molina (2006), p. 36
  5. Spielberger (1972), p. 72
  6. Fletcher the Great Tank Scandal
  7. See Robert Crisp, Brazen Chariots (W.W. Norton & Co. 2005), at 15. "A Tankie's Travels" By Robert Watt ISBN 1-84683-021-4
  8. http://www.historyofwar.org/articles/weapons_type_2_ho_i.html History of War

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Steven J. Zaloga, Peter Bull (2007). Japanese Tanks 1939-45. Osprey Publishing. ISBN 1846030919. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

US Army tests Normandy 1944