Universiti Sultan Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Sultan Azlan Shah
جامعة السلطان أزلن شاه
MotoRahmatan lil-`Alamin
JenisUniversiti Swasta
Ditubuhkan pada1999
CanselorDYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Naib CanselorTan Sri Prof. Dato' Wira Dr. Nordin bin Kardi
Lokasi,
WarnaBiru.putih dan kuning
              
Laman sesawangPortal rasmi USAS


Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (Arab: جامعة السلطان أزلن شاه) merupakan sebuah universiti Islam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Antara objektif terawal penubuhan USAS ialah untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi agama cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan. [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 1986.

Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999.

KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR di atas sebidang tanah seluas 50 ekar yang diwakafkan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan berjumlah RM 66 juta siap pada tahun 2008. Pada 16 Julai 2009, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR.

KISDAR kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) pada 4 Mac 2013. Tiga tahun kemudian pada 10 Jun 2016, YAB. Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta. Susulan itu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) secara rasmi ditubuhkan pada 15 Jun 2016.

Profil Korporat[sunting | sunting sumber]

USAS telah dinaik taraf dan beroperasi secara rasmi sebagai universiti penuh pada 15 Jun 2016 setelah melalui fasa sebagai sebuah kolej (Kolej Islam Darul Ridzuan, KISDAR) dan kolej universiti (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, KUISAS). Sehingga ke hari ini, USAS telah melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang pengajian. Pencapaian ini menjadi testimonial USAS telah mendapat tempat di mata masyarakat.

Maksud logo USAS

Visi[sunting | sunting sumber]

Menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu.

Misi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

Menghasilkan graduan yang mempunyai kemantapan amal, keluhuran akhlak, keluasan ilmu dan kematangan profesionalisme, di samping memenuhi piawaian keperluan lapangan kerja.

Penyelidikan

Menyediakan suasana kondusif bagi para sarjana untuk meneroka, memperkukuh dan memperbaharui kebenaran melalui aktiviti penyelidikan.

Masyarakat

Menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai sejagat.

Pengantarabangsaan

Mengantarabangsakan semua kegiatan universiti.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif penubuhan USAS adalah untuk:-

  1. Menawarkan pengajian tinggi dan mengambil apa-apa tindakan yang bersampingan dengannya selaras dengan semua peruntukan Akta dan Perlembagaan USAS.
  2. Mengembangkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan naqliah dan akliah yang selari dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah melalui pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.
  3. Melaksanakan semua perkara yang perlu bagi mencapai objektif di atas, yang dibenarkan oleh undang-undang.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

  1. Menghayati dan menyebarkan konsep Rahmatan Lil ’Alamin (Rahmat ke Seluruh Alam) selari dengan jejak perjalanan Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107, yang menjadi moto Universiti.
  2. Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ihsan.
  3. Memperkasa dan mendukung pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang berdasarkan iktikad Asya’irah dan Maturidiyah dalam bidang akidah, mazhab Syafi’i dalam bidang fiqh, dan manhaj Imam al-Junayd dan Imam al-Ghazali dalam bidang tasawuf, serta ulama muktabar lain yang sealiran dengan mereka; dalam semua bidang ilmu, penerbitan, kenyataan secara lisan atau media, dan aktiviti-aktiviti Universiti.

Dasar Kualiti[sunting | sunting sumber]

  1. USAS komited dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan visi dan misi.
  2. USAS hendaklah melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001:2015.


Pengurusan Universiti[sunting | sunting sumber]

Sistem pentadbiran USAS yang telus, komprehensif dan berkesan menunjukkan kesungguhan setiap lapisan warga universiti dalam menegakkan moto universiti "Rahmatan Lil 'Alamin".

Canselor[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

Pro-Canselor[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin

Pengerusi Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

YABhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin

Naib Canselor[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Prof. Dato' Wira Dr. Nordin Bin Kardi

Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar[sunting | sunting sumber]

Prof. Dato' Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran & Kewangan[sunting | sunting sumber]

Dr. Haji Anas Bin Md. Yusof

Mantan Rektor/ Naib Canselor[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Mula Khidmat Tarikh Tamat Khidmat
YBhg. Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan Teh 7 Februari 2002 30 Jun 2005
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain 25 Oktober 2005 6 Januari 2011
YBhg. Prof. Dr. Jamil bin Hashim 6 Januari 2011 1 Jun 2016


Senarai Program[sunting | sunting sumber]

Prasiswazah[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PROGRAM KOD MQA
1 ASASI SASTERA MQA/FA 7979
2 DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM A10729
3 DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH A9460
4 DIPLOMA USULUDDIN A9458
5 DIPLOMA KAUNSELING ISLAMI A10736
6 DIPLOMA KOMUNIKASI ISLAM A10737
7 DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WA AL-QIRAAT MQA/FA0883
8 DIPLOMA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN MQA/FA2496
9 DIPLOMA PERAKAUNAN A9461
10 DIPLOMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM A9457
11 DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN A10728
12 DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT A10738
13 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT A9559
14 DIPLOMA MULTIMEDIA DENGAN DAKWAH (Dahulu Dikenali Sebagai Diploma Multimedia Dan Dakwah) MQA/FA9790
15 IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM (KEPUJIAN) MQA/FA4115
16 IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEUSAHAWANAN MQA/FA12875
17 IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN MQA/FA12872
18 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) MQA/FA6478
19 IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM MQA/FA3738
20 IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (HADIS) MQA/FA3739
21 IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) MQA/FA5681
22 IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH GUNAAN MQA/FA5003
23 IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (KEPUJIAN) MQA/FA6474
24 IJAZAH SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) MQA/PA9312
25 IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) MQA/PA8441
26 IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN MQA/PA4673
27 IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB (KEPUJIAN) MQA/PA8792
28 IJAZAH SARJANA MUDA INDUSTRI PERTANIAN (KEPUJIAN) MQA/PA12252
29 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MQA/PA 11907


Pascasiswazah[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PROGRAM KOD MQA
1 DIPLOMA PASCASISWAZAH AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE MQA/PA11908
2 MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION           MQA/FA5002
3 MASTER OF MANAGEMENT                     MQA/FA5286
4 MASTER OF INFORMATION TECHNOLOGY MANAGEMENT   MQA/FA5680
5 MASTER OF APPLIED SYARIAH                                                                           MQA/FA6475
6 MASTER OF USULUDDIN                                                                                                                               MQA/FA7600
7 MASTER OF ISLAMIC FINANCE                                                         MQA/PA8495
8 MASTER OF EDUCATION                                                                                     MQA/PA8793
9 MASTER OF PSYCHOLOGY                                                         MQA/PA9746
10 Ph.D IN USULUDDIN                                                                           MQA/FA9599
11 Ph.D IN MANAGEMENT                                 MQA/FA6477
12 Ph.D IN APPLIED SYARIAH                                         MQA/PA6475
13 Ph.D IN SCIENCE                                               MQA/FA6479
14 DOCTOR OF PHILOSOPHY IN PSYCHOLOGY           MQA/PA9747


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Falsafah, Wawasan & Objektif". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]