Kucing Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kucing Batu
Bengalkatze.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Keluarga: Felidae
Genus: Prionailurus
Spesies: P. bengalensis
Nama binomial
Prionailurus bengalensis
(Kerr, 1792)
Taburan Kucing Batu
Taburan Kucing Batu

Kucing Batu (bahasa Inggeris: "Leopard Cat") ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama sainsnya Prionailurus bengalensis.

Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya.

Isi kandungan

[sunting] Ciri-ciri

Kucing Batu tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum kordata, sub-filum bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak).

[sunting] Makanan

Kucing Batu merupakan haiwan maging. Makanan utama Kucing Batu adalah mamalia kecil seperti tikus, tupai; dan juga cicak.

[sunting] Pembiakan

Sebagai haiwan mamalia, Kucing Batu membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari.

[sunting] Pengekalan

Kucing Batu berhadapan dengan ancaman disebabkan kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan, pembersihan kawasan hutan untuk pertanian dan perumahan.

[sunting] Ulasan

Pada masa kini, sebagaimana haiwan mamalia besar yang lain di bumi ini, Kucing Batu berhadapan dengan ancaman kepupusan sekiranya tiada usaha dijalankan untuk menyelamatkannya.

[sunting] Rujukan

  1. Sanderson, J., Sunarto, S., Wilting, A., Driscoll, C., Lorica, R., Ross, J., Hearn, A., Mujkherjee, S., Ahmed Khan, J., Habib, B. & Grassman, L. (2008). Prionailurus bengalensis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 Mac 2009.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain