Mahmud Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Mahmud Ahmad dikenal pasti oleh polis Bukit Aman terlibat dalam aktiviti militan sejak 1990-an semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad, Pakistan. Ketika itu, beliau menerima latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan.Beliau dikenal pasti melatih pengebom berani mati Malaysia , Ahmad Tarmimi Maliki yang meletupkan 25 askar elit Iraq pada 26 Mei 2014. Nama lain Mahmud ialah Abu Handzalah.

Maklumat awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pensyarah universiti swasta sebelum diterima sebagai pensyarah kanan Universiti Malaya. Mahmud merupakan pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM dikatakan sedang bersembunyi di selatan Filipina sejak 22 April 2014.

Mahmud sudahpun berkahwin . Alamat terakhirnya yang diketahui adalah di Batu Caves, Selangor. Ahli keluarga memaklumkan Dr Mahmud sering ke luar negara tetapi tidak mengetahui tujuan dan destinasi yang kerap dikunjungi.[1]

Dr Mahmud dilaporkan mengasaskan dan menjalankan Open Tahfiz Centre di Gombak.

Kegiatan militan[sunting | sunting sumber]

Beliau juga sedang merancang satu siri penculikan pelajar Malaysia yang meninggalkan sel militannya. Semua pelajar itu kini dianggap sebagai "tebusan" dan perlu "disenyapkan" kerana mengetahui semua operasi Mahmud dan sel militannya. Pada 2 Julai 2014, pihak Bukit Aman mengedarkan nama lima orang yang dituduh sebagai militan dari Malaysia dan paling dikehendaki.

Dua anggota selnya yang termasuk dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara, Petaling Jaya, dan Muhammad Joraimee Awang Raimee. Mereka bertiga terlibat dalam merekrut dan menghantar rakyat Malaysia menyertai pejuang Kumpulan Negara Islam dan Jajahannya (ISIL) di Syria. Dua yang lain adalah anggota Darul Islam Sabah dan menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina. Dr Mahmud dan Mohd Najib berlepas ke selatan Filipina pada 22 April 2014 dan dipercayai telah berbai'ah dengan Amir (ketua) sebuah kumpulan militan di Basilan, Selatan Filipina. Di sana mereka menjalani latihan ketenteraan bersama kumpulan tersebut

Kerjaya sebagai pensyarah kanan memudahkan beliau untuk menarik pelajar dalam aktiviti militan. Beliau dianggap sebagai ayah kepada para pelajarnya di UM.Di universiti, beliau tidak pernah menyebarkan fahaman radikal malah bersifat profesional sahaja, kegiatan akademik semata-mata.Beliau juga pakar dalam bidang perbandingan agama khususnya Bible .Dr Mahmud pernah menjadi tetamu rancangan radio dan berkongsi pengalaman tentang bidangnya .[2] Beliau bukan saja merekrut rakyat Malaysia untuk bersama-sama berjuang bersama ISIL tetapi juga merancang menculik bekas pelajar yang meninggalkan sel kerana mereka tahu banyak perkara mengenai aktiviti militan.

Mahmud dikatakan bertanggungjawab merancang mesyuarat antara pemimpin sel dari Asia Timur dan mereka di Selatan di sebuah “rumah perlindungan” di Shah Alam, Selangor yang diserbu polis pada Mei 2014.Antara lain , mesyuarat seasama pemimpin bagi membincangkan penubuhan sebuah Khalifah Islam dipanggil Daulah Islamiyah Asia Tenggara.

Mereka dikaitkan dengan kumpulan militan yang menjalani latihan taktikal menembak di Gunung Arang Para, Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2014 selama dua hari.Seramai 10 ahli menjalani latihan militan itu sebagai persediaan sebelum terbang ke Syria dan Iraq untuk berjihad.Mereka juga menggunakan kem latihan di Port Dickson. Jumlah mereka dianggarkan 100 orang telah dihantar ke Timur Tengah bersama ISIL .[3]

Turut terlibat[sunting | sunting sumber]

  1. Bekas ahli Dewan Ulama PAS, Lotfi Ariffin telah dipecat oleh parti PAS pada 11 Mei 2014 selepas mengetahui beliau mendaftar dengan kumpulan militan , terbang ke Syria untuk berjihad bersama ISIL.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan perkara itu kepada media. Lotfi secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video dirinya di Syria ke media sosial.[4]
  2. Ahmad Tarmimi Maliki pengebom berani mati yang membunuh 25 anggota polis Iraq pada Mei 2014.
  3. Mohd Najib Husen (36) kakitangan memiliki kedai fotostat dan alat tulis di UM dan menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya. Dr Mahmud dan Mohd Najib merupakan anggota kanan sel militan.Mohd. Najib turut berperanan merekrut rakyat Malaysia untuk menjadi militan dan dipercayai kini masih lagi bersembunyi di Selatan Filipina bersama Dr Mahmud.
  4. Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39 dikenali juga sebagai Abu Nur. Beliau menetap di Batu Caves dan merupakan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Joraimee pernah belajar di Universiti al-Azhar , Mesir selama 10 tahun menggunakan biaya senditi. Ibunya kini diserang sakit jantung selepas mengetahui anaknya diburu polis Bukit Aman.[5]
  5. Mohd. Amin Baco, 31, seorang penganggur. Dia dari Tawau, Sabah dan menjadi ahli Darul Islam Sabah dan menyertai kumpulan Abu Sayyaf. Pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa Mohd. Amin atau Abu Jihad pernah bersembunyi di Mindanao bersama seorang lagi warga Malaysia, Zulkifli Hir serta Muawiyah (Singapura), Saad (Indonesia) dan Qayyim (Indonesia). Mohd Amin merupakan anggota Kumpulan Darul Islam (DI) Sabah dan telah menyertai latihan ketenteraan bersama kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.Dia disyaki pernah terlibat dalam penyembelihan lima penduduk selatan Filipina pada 2011 dan tersiar di Youtube .Polis juga percaya, dia turut terlibat dalam penculikan dua pengusaha sarang burung walit di Felda Sahabat 15, Lahad Datu, Sabah pada 12 November 2012.
  6. Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar.Dia dari Tawau, Sabah dan menjadi ahli Darul Islam Sabah dan menyertai kumpulan Abu Sayyaf. Jeknal pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak selama lima tahun sejak 11 Mei 2006-10 Mei 2010. Jeknal telah menyertai latihan ketenteraan Abu Sayyaf pada 2005 dan sehingga kini masih menganggotai kumpulan itu di selatan Filipina.[6]
  7. hli Rela, 46, ditahan pada 25 Jun 2014 di Kuala Kangsar dan polis merampas rifle buatan sendiri dan 433 peluru hidup daripada tertuduh.

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2014, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa Unit Cawangan Khas dan Membanteras Keganasan Bukit Aman sedang memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan .Selepas itu mereka dipercayai melarikan diri. [7]Mereka merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria. [8] Sesiapa yang ada maklumat tentang buruan ini hendaklah menghubungi Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman menerusi telefon 03-2266 7010 atau 011-2104 6850. [9]

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan umat Islam di Malaysia agar tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan pertempuran kumpulan militan di luar negara.Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terjejas dengan konflik jika mereka diberikan visa tetapi memberi amaran berjuang menegakkan kesucian Islam tidak bermaksud mengangkat senjata api dan menjadi pengebom berani mati.

Prof Madya Dr Azmi Sharom dari Persatuan Kakitangan Universiti Malaya menjelaskan bahawa universiti tidak mampu menghalang ideologi kepercayaan kakitangannya sehinggalah terdapat bukti ada pelajar yang terpengaruh dengan fahaman berkenaan.Tiada pengrekrutan pelajar. Ideologi kepercayaan seseorang tidak boleh dikawal oleh pihak pengurusan.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Anuar Zainal Abidin mendesak agar Kedutaan Malaysia sentiasa mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar kerana usaha merekrut itu berlaku tanpa disedari. [10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suspek terbabit aktiviti militan, Dr Mahmud kerap ke luar negara - Keluarga". Utusan Malaysia. 3 Julai 2014.
  2. ^ "'Dr. Mahmud ibarat ayah' - pelajar UM". Utusan Malaysia. 3 Julai 2014.
  3. ^ "UM lecturer among 5 hunted by police for terrorism activities". The Malaysian Insider. 2 Julai 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06. Dicapai pada 2014-07-03.
  4. ^ "Prmuda PAS minta ulama kaji Isil, benar atau tidak". The Malaysia Insider. 3 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 2014-07-03.
  5. ^ "Don't blame UM for terrorist lecturer, says head of staff union". The Malaysian Insider. 3 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 2014-07-03.
  6. ^ "Bertanggungjawab merekrut jadi pengebom". Utusan Malaysia. 2 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-03.
  7. ^ "ensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) adalah salah seorang daripada lima buruan yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam militan. date=2 Julai 2014". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada 2014-07-03. Missing pipe in: |title= (bantuan)
  8. ^ "Polis buru 5 individu termasuk pensyarah terbabit kegiatan militan". Berita Harian. 2 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-03.
  9. ^ "Police hunt for suspected militants". The star . 3 Julai 2014.
  10. ^ "Tingkat pemantauan pelajar Malaysia di Timur Tengah, saran NGO". The Malaysian Insider. 3 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-03.