Mohd Hayati Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Dr. Mohd Hayati Othman
Mohd Hayati Othman

Ahli Parlimen
untuk P11 Pendang, Kedah
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Majoriti 4,073

Tarikh lahir 12 Jun 1957 (55 tahun)
Tempat lahir Pendang, Kedah
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam

Dr. Mohd Hayati Othman merupakan Ahli Parlimen Pendang, Kedah. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Paduka Md. Rozai Shafian dengan majoriti sebanyak 4,073 undi. Dr. Mohd Hayati Othman memperolehi 27,311 undi berbanding Datuk Paduka Md. Rozai Shafian memperolehi hanya 23,238 undi.

Pada 2004, beliau turut memenangi kerusi Parlimen tersebut.

Isi kandungan

Biodata [sunting]

Dr Haji Mohd Hayati bin Othman dilahirkan di Kampung Batu Hampar, Pendang, Kedah pada 12 Jun 1957.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendang dari darjah 1 hingga 6. Kemudian di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah dari 1969 hingga 1974. Menyambung persekolahan di Kolej Islam Kelang (1974 - 1975). Matrikulasi di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah pada 1976. Kemudian mengambil jurusan perubatan di Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1983).

Kerjaya [sunting]

Organisasi [sunting]

  • 1982 Pengarah Minggu Suaikenal Persatuan Mahasiswa Perubatan UKM PERSIAP.
  • 1981 Setausaha OPKIM JAKSA Asrama Klinikal, UKM, di Jengka 8, Pahang.
  • 1982 Presiden JAKSA, Asrama Klinikal UKM.

Parti politik [sunting]

  • Naib YDP PAS Kawasan Pendang sesi 2007-2009
  • Pengerusi Badan Kebajikan PAS Pendang.
  • Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah.
  • Bekas Ketua Penerangan PAS Kedah, 2005- 2006.
  • Ahli Perhubungan PAS Kedah.
  • Bendahari Masjid Batu Hampar, Pendang.

Pautan luar [sunting]