Orang Asli di Negeri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lokasi & Suku[sunting | sunting sumber]

Orang Asli di negeri Selangor tinggal di beberapa tempat terutama di kawasan berbukit dan juga di tepi pantai. Antaranya ialah di :

Kampung Orang Asli Rawang

Kampung Orang Asli Donglai Baru, Semenyih[sunting | sunting sumber]

Kampung lama Orang Asli ini telah ditenggelamkan demi pembinaan Empangan Semenyih pada tahun 1985. Empangan Semenyih dibina bagi menampung bekalan air bagi penduduk Lembah Kelang, walaupun kampung itu sendiri tidak mendapat bekalan air dari empangan tersebut. Kampung Orang Asli Donglai Baru ini mendapat bekalan air percuma dari empangan kecil yang dibina berhampiran dengan air terjun Sungai Tekala. Malangnya ada tidak penyelarasan untuk membaiki dan memantau empangan kecil dan paip air yang selalu tersumbat oleh daun-daun pokok.

Kampung ini menjadi projek anak angkat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat sejak 1991. Beberapa kali projek kesihatan dan bantuan makanan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan di sini dengan kerjasama Hospital Kajang.

  • Ketua kampung ialah Sani bin Sulong , anak kepada ketua kampung sebelum ini iaitu Encik Kilong.
  • Seorang ustaz yang pernah bertugas di sini ialah Ustaz ... yang tinggal di Kampung Pasir, Hulu Semenyih.
  • Balai raya disediakan .
  • Sekolah Rendah Orang Asli dengan 6 bilik darjah turut dibina tapi tidak digunakan lagi kerana muridnya sekejap ada dan sekejap tidak. Murid-murid ini hanya muncul pada waktu rehat iaitu ketika makanan percuma diedarkan. Kini, murid Orang Asli bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Semenyih. Setiap tahun tidak sampai 10 orang yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah . Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.
  • Tanaman getah diselaraskan oleh RISDA bagi membaiki taraf hidup Orang Asli dan mengubah cara hidup daripada berburu kepada penoreh getah.
  • Durian , petai dan akar tongkat ali menjadi hasil jualan sesetengah daripada mereka.

Kampung Orang Asli Broga[sunting | sunting sumber]

Kampung Orang Asli Broga terletak kira-kira 45 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Broga terletak di atas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Orang Asli suku Temuan tinggal di Kampung Orang Asli Broga. Ketua kampungnya bernama Manja bin Aman. Luas kampung 202 hektar. Penduduk seramai 83 orang, 41 lelaki dan 49 perempuan. Kebanyakan mereka tidak bersekolah kerana menghadapi masalah kewangan, pengangkutan dan nilai hidup yang tidak memerlukan pendidikan untuk berdikari di dalam hutan.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Jalan ke sini melalui Semenyih bagaikan jalan zig-zag yang amat berbahaya kepada pemandu yang baru datang ke sini.* Kiri kanan jalan ialah ladang getah dan kelapa sawit.

Ada dua cara ke sini :

Apa ada di sana[sunting | sunting sumber]

  • Insenarator Semenyih / Broga akan didirikan di sini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan nilai projek RM2 billion dengan menggunakan teknologi Jepun yang dibawa oleh Ebara Corporation.
  • Universiti Nottingham cawangan Malaysia beroperasi September 2005 terletak di Ladang Balau. Universiti ini dibangunkan oleh Bousted dengan kerjasama beberapa syarikat multinasional lain.
  • Kem Excel Training Center yang dimiliki oleh Dr Mohd Fadhilah Kamsah , seorang motivator yang amat terkenal.
  • Taman Tasik Semenyih kira-kira 10 km dari Semenyih dan 10 km dari Broga.

Perkampungan Orang Asli[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Orang Asli Bukit Cheeding , Banting 42700 Selangor
  2. Kampung Orang Asli Bukit Perah , Banting 42700 Selangor
  3. Kampung Orang Asli Bukit Serdang , Banting 42700 Selangor
  4. Kampung Orang Asli Bukit Tadom , Banting 42700 Selangor
  5. Kampung Orang Asli Permatang Buah , Banting 42700 Selangor
  6. Kampung Orang Asli Telok Tongkah , Banting 42700 Selangor
  7. Kampung Orang Asli Songkok , Batang Kali 44300 Selangor
  8. Kampung Sungai Tua , Selayang , Batu Caves 68100 Selangor
  9. Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir , Dengkil 43800 Selangor
  10. Kampung Orang Asli Bukit Baja , Dengkil 43800 Selangor
  11. Kampung Orang Asli Bukit Bangkong , Dengkil 43800 Selangor
  12. Kampong Orang Asli Bukit Dugang]] , Dengkil 43800 Selangor
  13. Kampung Orang Asli Bukit Tunggul , Dengkil 43800 Selangor
  14. Kampung Orang Asli Donglai Baru , Hulu Langat 43100 Selangor
  15. Kampung Orang Asli Sungai Gabai , Hulu Langat 43100 Selangor
  16. Kampung Orang Asli Kuala Pangsoon , Hulu Langat 43100 Selangor
  17. Kampung Orang Asli Paya lebar , Sungai Lui , Hulu Langat 43100 Selangor
  18. [[Kampung Gerachi Jaya Kuala Kubu Bharu 44000 Selangor
  19. Kampung Orang Asli Buloh Telor , Kuala Kubu Bharu 44000 Selangor
  20. Kampung Orang Asli Sungai Relang , Ulu Gombak , Kuala Lumpur
  21. Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Jalan Damansara , Petaling Jaya 60000 Selangor
  22. Kampung Orang Asli Sungai Judah , Pulau Carey 42960 Selangor
  23. Kampung Orang Asli Sungai Kurau , Pulau Carey 42960 Selangor
  24. Kampung Orang Asli Teremong , Sungai Lalang , Hulu Semenyih , Semenyih 43500 Selangor
  25. Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru , Hulu Semenyih , Semenyih 43500 Selangor
  26. Kampung Orang Asli Serendah 48200 Selangor
  27. Kampung Bukit Cherakah , Shah Alam 40000 Selangor
  28. Kampung Orang Asli Tanjung Sepat 42800 Selangor
  29. Kampung Orang Asli Bukit Kemandul , Teluk Panglima Garang 42500 Selangor

Kajian tentang Orang Asli di Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]