Broga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 2°56′14″N 101°54′40″E / 2.93722°U 101.91111°T / 2.93722; 101.91111

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Muka bumi Broga[sunting | sunting sumber]

Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Asal nama Beroga[sunting | sunting sumber]

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.

Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]