Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PERHILITAN)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ibu pejabat Putrajaya
Eksekutif agensi Dato' Abd Rasid bin Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Agensi pusat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Taman negara di Sabah terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah manakala taman negara di Sarawak di bawah Perbadanan Perhutanan Sarawak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua. Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang. Pada masa yang sama Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 yang mengandungi 106 seksyen itu turut diwartakan. Jabatan ini terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi jabatan ini ialah untuk mewujudkan satu institusi yang cekap dan berkebolehan dalam mengurus dan memelihara kemampanan kepelbagaian habitat dan spesies di Semenanjung Malaysia. Fungsi jabatan ini melibatkan penyelidikan spesis hidupan liar dan habitat, program penyelidikan dan pendidikan di zoo dan pemeliharaan pusat pembiakan haiwan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76. Akta itu bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]