Park Ji-sung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Park Ji-sung
박지성
Maklumat peribadi
Nama penuh Park Ji-sung[1]
Tarikh lahir 25 Februari 1981 (33 tahun)
Tempat lahir Goheung, Jeollanam-do, Korea Selatan
Tinggi 1.75 m (5 ka 8+78 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United (duta global)
Kerjaya remaja
2000 Universiti Myongji
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2000–2003 Kyoto Purple Sanga 76 (11)
2003–2005 PSV Eindhoven 65 (13)
2005–2012 Manchester United 134 (19)
2012–2014 Queens Park Rangers 20 (0)
2013–2014 PSV Eindhoven (pinjaman) 23 (2)
Total 318 (45)
Pasukan kebangsaan
1999–2004 Korea Selatan B23 23 (3)
2000–2011 Korea Selatan 100 (13)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian Semakan Bak Jiseong
McCune–Reischauer Pak Chisŏng

Park Ji-sung (Hangul: ; Hanja: ; Sebutan bahasa Korea: [pakt͈ɕisʰʌŋ]; lahir 25 Februari 1981) merupakan bekas pemain bola sepak Korea Selatan. Dilahirkan di Goheung, Jeollanam-do, beliau dinamakan kapten Pasukan kebangsaan Korea Selatan sehingga persaraannya dari bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak Asia paling berjaya dalam sejarah, sebagai pemain bola sepak Asia pertama untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah, pemain bola sepak Asia pertama untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, dan juga pemain bola sepak Asia pertama yang memenangi Piala Kelab Dunia FIFA.[3] Park mampu bermain di mana-mana sahaja di posisi tengah dan dikenali kerana tahap kecergasan yang luar biasa, disiplin, etika kerja dan pergerakan off-the-ball.[4]

Park memulakan karier bola sepaknya di negara asalnya, Korea Selatan dan bermain untuk pasukan Universiti Myongji sebelum berpindah ke Jepun untuk bermain dengan Kyoto Purple Sanga. Selepas pengurus pasukan kebangsaan Park, Guus Hiddink kembali ke Belanda untuk mengurus PSV Eindhoven, Park mengikutinya ke kelab Belanda itu setahun kemudian. Selepas PSV layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2004–05, bakat Park mula dikesan oleh pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan beliau menandatangani Park dengan bayaran sekitar £4 juta pada bulan Julai 2005. Ketika tempohnya di Manchester United, Park memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali dan juga memenangi Liga Juara-Juara Eropah 2007–08 dan Piala Kelab Dunia FIFA 2008. Beliau berpindah ke Queens Park Rangers pada bulan Julai 2012 selepas kurang membuat penampilan untuk Manchester United pada musim sebelumnya. Walau bagaimanapun, kecederaannya ketika di QPR, ditambah pula dengan penyingkiran kelab itu, menyebabkan Park menyertai semula PSV secara pinjaman untuk musim 2013-14.

Sebagai ahli pasaukan kebangsaan Korea Selatan, Park telah membuat 100 penampilan dan menjaringkan 13 gol,[5] dan merupakan ahli pasukan yang menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia FIFA 2002. Beliau juga mewakili negaranya dalam Piala Dunia FIFA 2006 dan merupakan kapten ketika Piala Dunia FIFA 2010. Park menjaringkan gol dalam ketiga-tiga pertandingan (pemain Korea Selatan pertama dan pemain Asia kedua untuk berbuat demikian) dan pada masa ini beliau adalah penjaring gol terbanyak Asia di Piala Dunia FIFA dengan tiga gol bersama rakan senegara Ahn Jung-hwan, Tim Cahill dan pemain Arab Saudi, Sami Al-Jaber. Selepas Piala Asia 2011, pada 31 Januari 2011, Park mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa semasa sidang akhbar yang diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Korea di Suwon.[6]

Pada 14 Mei 2014, Park mengumumkan persaraannya dari bola sepak, berkata kecederaan lututnya merupakan sebab beliau bersara.[7]

Pada 2 Oktober 2014, Ji-Sung-Park mengumumkan beliau kembali ke Manchester United sebagai Duta Global.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Walaupun banyak sumber melaporkan bahawa beliau dilahirkan di ibu negara Korea Selatan, Seoul, Park sebenarnya dilahirkan di Goheung, Jeollanam-do.[8] Beliau membesar di Suwon,[9] sebuah bandar satelit 30 kilometer (19 bt) dari selatan Seoul. Beliau mula bermain bola sepak semasa tahun keempat sekolah rendah.Pada masa itu, Park dikenali sebagai salah seorang bakat muda terhebat di Korea Selatan dan sedang diperhati oleh beberapa kelab berbeza.Beliau terkenal dengan kadar kerja yang cemerlang, keupayaan menggelecek yang memukau dan hantaran pinpoint. Ketika di sekolah tinggi (Mac 1996 - Februari 1999), beliau membantu pasukan sekolah tinggi beliau memenangi kejohanan kebangsaan pada tahun 1998, walaupun pada ketika itu beliau ditolak oleh beberapa kelab-kelab profesional dan universiti, kerana fizikalnya yang kecil, walau bagaimanapun, jurulatih kecergasannya, Sam Y. Kim mensarankan Park untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak. Beliau akhirnya bermain untuk Universiti Myongji selepas jurulatih sekolah tinggi beliau mengesyorkan beliau kepada jurulatih universiti.

Sejak cuti musim sejuk tahun ketiga sekolah tingginya, beliau mula berlatih dengan pasukan universiti untuk menjadi ahli. Beberapa minggu kemudian, pada bulan Januari 1999, pasukan universiti telah diberi peluang untuk berlatih dengan Pasukan Olimpik Korea Selatan. Selepas prestasi yang mengagumkan, beliau menarik perhatian jurulatih pasukan Olimpik dan pasukan kebangsaan Korea Selatan (Oktober 1998 – November 2000), Huh Jung-moo. Selepas itu dia menjadi ahli awal Pasukan Olimpik dan akhirnya ahli rasmi 2000pasukan. Pada usia 18 tahun, ianya dipercayai bahawa jika Park telah tidak dipilih untuk pasukan Olimpik bawah 23 tahun, dia akan telah dipilih untuk pasukan bawah-20 sebagai ganti. Pemilihan ini tidak dijangka oleh Park dan orang lain bahawa ianya adalah khabar angin yang Huh memilih Park sebagai tindak balas kekalahan permainan Go di antara Huh dengan jurulatih universiti. [10]

Pada 5 April 2000, semasa perlawanan Kelayakan Piala Asia 2000 menentang Laos, Park membuat penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan, bersama Lee Chun-soo. Pada bulan Jun 2000, semasa beliau merupakan ahli pasukan kebangsaan dan pelajar tahun kedua di Universiti Myongji, kelab dari Jepun, Kyoto Purple Sanga menawarkan Park kontrak dan dia telah mengambil tawaran itu walaupun dia masih seorang pemain yang tidak dikenali. Park adalah contoh pertama pemain Korea yang tidak diketahui ditawarkan kontrak oleh kelab Jepun.

Pada bulan September 2000, ketika di Sukan Olimpik Musim Panas 2000, pasukan Olimpiknya gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati, dan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan menggantikan ketua jurulatih mereka, Huh Jung-moo dengan Guus Hiddink.

Kyoto Purple Sanga[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2000, Park menyertai kelab berpangkalan di Kyoto yang beraksi dalam Liga J. Divisyen 2, Kyoto Purple Sanga. Pada musim bunga tahun 2000, selepas mendengari terdapat bintang yang semakin meningkat di Korea, Bunji Kimura, jurulatih Sanga pada masa itu, melawat Korea bersama scout-scout yang lain. Dalam perlawanan percubaan, bintang yang meningkat naik itu tidak menarik perhatian mereka, tetapi Park menarik perhatian. dalam satu temuramah, Kimura berkata:

Dalam perlawanan percubaan, seorang pemain menarik perhatian kita. Walaupun kecederaannya, prestasi Park adalah luar biasa. Park bermain hanya dalam 20 minit, walau bagaimanapun kami boleh melihat derianya, kekuatan fizikal, dan potensinya, jadi kami terima Park daripada pemain yang kami jangka. Scout ini menerima banyak kritikan di Sanga kerana Park tidak dikenali, sehinggakan saya terfikir untuk meletak jawatan.[11]

Pada tahun 2001, kelab itu memenangi Divisyen 2 dan dinaikkan pangkat ke divisyen 1. Pada tahun 2002, Park membawa pasukannya ke perlawanan akhir Piala Maharaja, dan semasa perlawanan akhir pada 1 Januari 2003, beliau menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan dan membuat bantuan gol kemenangan kepada Teruaki Kurobe.[12] Pasukan itu menang perlawanan dengan keputusan 2–1 untuk menjadi juara Piala Maharaja buat kali pertama dalam sejarah Sanga. Ini merupakan perlawanan terakhir Park untuk Sanga. Pada bulan Januari 2003, beliau meninggalkan Sanga selepas Guus Hiddink menjemput beliau bermain untuk PSV Eindhoven.

PSV Eindhoven[sunting | sunting sumber]

Selepas Piala Dunia, Hiddink dilantik sebagai pengurus pasukan Belanda, PSV Eindhoven. Pada tahun 2003, Park dan rakan sepasukan Korea Selatan, Lee Young-pyo berpindah ke PSV Eindhoven untuk bermain di bawah mentor dan bekas jurulatih pasukan kebangsaan. Ketika Lee dengan cepat menjadi kesebelasan utama di PSV Eindhoven, Park pula bergelut dengan kecederaan.[13]

Walau bagaimanapun, pada akhir musim 2003-04, Park telah mula menyesuaikan diri dengan Belanda, di dalam dan di luar padang. Pada musim 2004–05, perpindahan Arjen Robben ke Chelsea memberikan Park lebih banyak peluang dalam kesebelasan utama dan beliau dengan cepat membuktikan kemampuan beliau untuk pasukan. Bersama-sama Johann Vogel, DaMarcus Beasley, Mark van Bommel dan Philip Cocu, Park membentuk tulang belakang PSV Eindhoven di bahagian tengah dengan hantaran beliau.[14] Setelah menjadi penyumbang besar dalam jaringan gol dan bantuan gol pada musim itu, kemuncak kerjaya PSV Park datang apabila beliau menjaringkan gol pertama menentang pasukan Itali Milan dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.[15]

Selepas persembahan cemerlang ini, Park telah dipilih, bersama-sama dengan Andriy Shevchenko, Adriano, Samuel Eto'o, dan Ronaldinho sebagai salah satu daripada calon-calon untuk anugerah Penyerang UEFA 2005. [16] Penyokong PSV begitu terpikat dengan Park dan mereka menulis lagu tentang dia bertajuk "Song for Park", yang telah dimasukkan pada album rasmi PSV PSV Kampioen.[17]

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Park ketika Derby Manchester pada 10 Februari 2008

Pada bulan Julai 2005, Park memilih untuk menyertai Sir Alex Ferguson di Manchester United. Park menandatangani untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan nilai £4 juta,[18] tertakluk kepada permit perubatan dan kerja. Beliau menjadi pemain Asia Timur kedua untuk menyertai Manchester United[19][20] (selepas Dong Fangzhuo).

Park menjadi pemain Asia pertama untuk menjadi kapten Manchester United selepas mengambil peranan dari Ryan Giggs masuk menggantikan beliau ketika perlawanan Liga Juara-Juara di tempat sendiri menentang Lille pada 18 Oktober 2005.[21][22] Gol pertamanya untuk Manchester United datang pada 20 Disember 2005, ketika kemenangan 3–1 ke atas Birmingham City semasa pusingan kelima Piala Liga.[23] Pada 5 Februari 2006, Park menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana, ketika menentang Fulham dimana United menang 4–2 victory di Old Trafford.[24] Walau bagaimanapun, Panel Gol Meragukan Liga Perdana kemudian memutuskan bahawa ini adalah gol sendiri akibat terkena pertahanan Fulham, Carlos Bocanegra. Pada 9 April 2006, Park menjaringkan gol rasmi pertamanya dalam liga, menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 2–0 di tempat sendiri ke atas Arsenal.[25]

Pada bulan April 2007, Park dihantar ke Amerika untuk menjalani pembedahan kecederaan lutut berulang, sekaligus menamatkan musimnya.[26] Walaupun diketepikan akibat kecederaan dalam kebanyakan tempoh musim ini, beliau masih bermain jumlah perlawanan yang cukup untuk menjadi pemain Korea Selatan pertama memenangi Liga Perdana.

Pada 1 Mac 2008, Park menjaringkan gol pertamanya dalam liga pada musim 2007–08 selepas kembali daripada kecederaan jangka panjang ketika menentang Fulham. Kekurangannya dalam membuat penampilan telah mencetuskan kontroversi di Korea Selatan,[27] btetapi beliau membuktikan nilainya apabila dia membuat bantuan gol kepada Wayne Rooney dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Roma. Pada 29 April 2008, Manchester United advanced to the Perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas mengalahkan Barcelona. Walau bagaimanapun, Park telah dikecualikan dari skuad untuk menghadapi Chelsea dalam perlawanan akhir: pengurus Alex Ferguson kemudiannya menyatakan bahawa meninggalkannya dari skuad merupakan keputusan yang paling sukar beliau terpaksa buat sepanjang kerjaya pengurusan beliau. [28]

Pada awal musim Liga Perdana Inggeris 2008–09, ketika perlawanan di tempat lawan menentang Chelsea, Park menjaringkan satu-satunya gol untuk United memberikan keputusan seri 1–1 pada 21 September 2008, dalam perlawanan itu beliau juga menang anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.[29] Pada 13 Disember 2008, beliau membuat penampilan ke-100 untuk Manchester United, memulakan perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane, perlawanan berakhir dengan keputusan 0–0.[30] Park disenaraikan dalam skuad 23 pemain untuk Piala Dunia Kelab FIFA yang diadakn pada penghujung tahun 2008. Beliau terlepas perlawanan separuh akhir tetapi bermain 90 minit dalam perlawanan akhir dimana mereka menang 1–0 menjadikan mereka kelab Inggeris pertama untuk memenangi pertandingan itu. Pada 7 Mac 2009, Park menjaringkan gol pertamanya dalam Piala FA ketika kemenangan 4–0 dalam perlawanan suku akhir menentang Fulham di Craven Cottage.[31] Pada 15 April 2009, Manchester United melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas mengalahkan Porto 3–2 secara agregat. Ini menjadikan Park satu-satunya pemain Asia untuk layak ke separuh akhir liga Juara-Juara empat kali.

Park ketika Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009 pada 27 Mei 2009

Pada 2 Mei 2009, Park bersetuju dengan kontrak baru empat tahun bernilai £50,000 seminggu di Manchester United, menyatakan "Saya tidak mempunyai sebab untuk berpindah. Saya bermain di kelab terbaik di dunia".[32] Selepas pengumuman ini, Park menjaringkan gol liga keduanya dalam musim ini, ketiga keseluruhan, ketika kemenangan 2–0 di tempat lawan menentang Middlesbrough.[33] Pada 5 Mei 2009, Park menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara untuk Manchester United ketika perlawanan kedua separuh akhir menentang Arsenal di Emirates. Beliau menjaringkan gol pada minit ke 8, dengan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 3–1 (4–1 secara agregat), melayakkan United ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk kali kedua berturut-turut.[34] Park menjadi pemain Asia pertama dalam sejarah untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.[35]

Pada 14 September 2009, Park menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun dengan United, meletakkan beliau bersama kelab itu sehingga tahun 2012. Ferguson berkata pada musim panas bahawa dia sentiasa yakin perjanjian boleh dibuat bersama Park, dengan gaji yang dianggar kira-kira £75,000 seminggu.[36] Pada 31 Januari 2010, Park menjaringkan gol pertamanya untuk musim 2009–10, menjaringkan gol ketiga United ketika kemenangan 3–1 ke atas Arsenal. Gol terakhirnya juga datang ketika menentang Arsenal di Emirates dengan keputusan yang sama, datang ketika Liga Juara-Juara Eropah 2008–09, ini juga merupakan kali pertama United mengalahkan Arsenal di Emirates dalam Liga Perdana.[37] Pada 10 Mac 2010, Park menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini dimana ia juga merupakan yang pertamanya untuk United di Old Trafford, menjaringkan gol ketiga ketika kemenangan 4–0 ke atas Milan. Ini juga merupakan gol keduanya ke atas Milan dalam Liga Juara-Juara.[38] Pada 21 Mac 2010, Park menjaringkan gol kemenangan ketika derby menentang Liverpool menerusi tandukan.[39] Pada 4 Mei 2010, Park memberi komitmen terhadap United dengan secara terbuka mendakwa beliau ingin menghabiskan sisa kerjaya dengan mereka, dengan berkata "Tidak ada sebab untuk bergerak ke mana-mana pasukan lain." [40] Pada 9 Mei 2010, Park menjaringkan gol ketika hari terakhir musim menerusi tandukan ketika menentang Stoke City untuk memberikan kemenangan 4–0.

Park ketika perlawanan menentang Fulham pada 22 Ogos 2010

Park kembali ke pasukan United buat pertama kali selepas Piala Dunia dengan memulakan perlawanan menentang League of Ireland XI ketika perlawanan pra-musim terakhir pada 4 OGOS 2010. Beliau menjaringkan gol pertama di stadium yang baru dibina, Stadium Aviva, beliau kemudiannya sekali lagi menjaringkan gol dimana perlawanan berkesudahan dengan kemenangan United 7–1.[41] Pada 22 September 2010, Park menjaringkan gol pertamanya untuk musim 2010–11 selepas beliau menjaringkan gol keempat United ketika kemenangan 5–2 ke atas Scunthorpe United dalam pusingan ketiga Piala Liga.[42] Beliau kemudiannya menjaringkan gol dalam pusingan seterusnya Piala Liga, menjaringkan gol kedua United ketika kemenangan 3–2 ke atas Wolves pada 26 Oktober 2010.[43] Park menjaringkan dua gol pertamanya dalam musim ini ketika kemenangan 2–1 ke atas Wolves pada 6 November, gol kedua pada minit ke 93.[44] Pada 27 November, Park menjaringkan gol kedua United ketika kemenangan 7–1 ke atas Blackburn Rovers.[45] Aksi Park ketika bulan November 2010 membantu beliau meraih anugerah Pemain Bulanan dari laman web kelab.[46] Park kemudiannya diundi Pemain Bulanan United untuk bulan Disember 2010, meraih anugerah itu untuk dua bulan berturut-turut.[47] Pada 13 Disember, Park menjaringkan satu-satunya gol perlawanan ketika menentang Arsenal,[48] menerusi tandukan, gol keempatnya dari tujuh permulaan menentang mereka.[49] Park meninggalkan United untuk menjadi kapten Korea Selatan dalam Piala Asia 2011 dan terlepas tujuh perlawanan United.[50] Selepas kembali daripada pertandingan itu, beliau tidak boleh beraksi selama sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menjalani latihan. Beliau kembali beraksi buat kali pertama sejak Boxing Day pada 2 April, bermain 64 minit ketika kemenangan 4–2 ke atas West Ham United.[51] Park menjaringkan gol pertama tahun ini dimana beliau menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea, berakhir dengan kemenangan 2–1 (3–1 secara agregat).[52] Beliau juga menjaringkan gol dan membuat bantuan gol kedua kepada Anderson ketika perlawanan terakhir musim menentang Blackpool. Park bermain dalam satu lagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara, menentang Barcelona pada tahun 2011, dimana United kalah 3–1. Ketika jelajah Amerika Syarikat, Park menjaringkan gol ketika kemenangan 4–1 ke atas New England Revolution dan ketika kemenangan 7–0 ke atas Seattle Sounders. Ketika perlawanan terakhir jelajah Amerika Syarikat, dimana Manchester United menang 4–0, Park dinamakan pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan gol.

Pada 28 Ogos 2011, Park menjaringkan gol keenam ketika kemenangan 8–2 di tempat sendiri menentang Arsenal, sejurus selepas masuk sebagai pemain gantian separuh masa kedua. Park membuat penampilan kesebelasan utama buat kali pertama pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 2–0 di tempat sendiri menentang Norwich City. Beliau kemudiannya membuat bantuan gol kepada Danny Welbeck. Pada 26 Disember 2011 Park menjaringkan gol ketika kemenangan United 5–0 ke atas Wigan. Beliau juga memenangi penalti yang diambil oleh Dimitar Berbatov untuk melengkapkan hatriknya. Ketika perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Liverpool, Park menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan 1–1; walaubagaimanapun, United kemudiannya tewas.

Pada 5 Februari 2012, Park membuat penampilan ke 200 untuk Manchester United selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 86 ketika menentang Chelsea. Beliau menjadi pemain ke 92 dalam sejarah kelab untuk membuat pencapaian itu. Pada 23 Februari 2012, Park memainkan peranan sebagai kapten untuk Manchester United buat kali pertama dari permulaan perlawanan ketika kekalahan 2–1 di tempat sendiri kepada Ajax dalam Liga Europa. Walaupun tewas pada perlawanan itu, United melayakkan diri ke pusingan 16 menerusi agregat 3–2. Pada 30 April 2012, Park bermain dalam derby Manchester, dalam perlawanan yang dianggap penting untuk Manchester United mempertahankan kejuaraan. Manchester United tewas 0–1 dan Manchester City kemudiannya berjaya memenangi trofi Liga Perdana.

Queens Park Rangers[sunting | sunting sumber]

Setelah kurang membuat penampilan untuk pasukan utama ketika musim sebelumnya di Manchester United, Park berpindah ke Queens Park Rangers dengan bayaran yang tidak didedahkan pada 9 Julai 2012, menandatangani kontrak dua tahun dengan "the Hoops". [53] Beliau membuat penampilan pertamanya ketika kekalahan 5–0 di tempat sendiri kepada Swansea City semasa perlawanan pembukaan musim pada 18 Ogos 2012.[54]

Musim pertama Park bersama QPR sebahagian besarnya tidak berjaya. Walaupun dijadikan kapten kelab itu, kombinasi kecederaan kekurangan prestasi permainan menyebabkan Park gagal memberi impak seperti yang dijangka selepas ditandatangani dari Manchester United. Park menghabiskan musim dengan hanya membuat 20 penampilan Liga perdana dan tidak menjaringkan sebarang gol, manakala QPR pula disingkirkan dari peringkat tertinggi bola sepak Inggeris.

Kembali ke PSV dan persaraan[sunting | sunting sumber]

Selepas QPR tidak lagi berada di peringkat tertinggi, Park menyertai semula PSV Eindhoven secara pinjaman untuk musim 2013–14. Perjanjian itu telah selesai pada 8 Ogos 2013, tetapi permohonan permit kerja Park menangguhkan perlawanan pertamanya selepas kembali ke kelab itu.[55] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Heracles Almelo pada minit ke 86 untuk mengikat kedudukan perlawanan pada 24 Ogos, perlawanan keduanya dengan PSV selepas kembali ke kelab itu.[56]

Pada 14 Mei 2014, tidak lama selepas berakhirnya musim itu, Park mengumumkan persaraan beliau, memetik isu kecederaan lututnya. Mengimbas kerjayanya, beliau berkata "Saya tidak menyesal untuk meninggalkan bola sepak, saya suka bermain bola sepak. Saya telah mencapai lebih daripada saya fikir saya boleh capai. Saya benar-benar berterima kasih untuk semua sokongan yang saya terima dan saya akan hidup sepanjang hayat saya berfikir bagaimana saya boleh membayar balik. "[6][57]

Pada 5 Oktober 2014 ianya telah diumumkan ketika perlawanan Manchester United menentang Everton bahawa beliau telah dilantik sebagai duta global Manchester United.[58]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Karier antarabangsa Park bermula seawal usia 19 tahun sebagai jentera bahagian tengah pertahanan. Kemunculan pertama beliau adalah dalam pusingan kelayakan peringkat zon Asia Sukan Olimpik Sydney 2000. Beliau disenaraikan dalam skuad Korea Selatan dalam Sukan Olimpik Sydney 2000, namun beliau gagal menarik perhatian pengurus pasukan, Huh Jung-Moo. Bagaimanapun, setelah Guus Hiddink menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, posisi beliau dialih kepada bahagian sayap. Sejak itu, beliau menjadi seorang pemain yang versatil, mampu bermain di mana-mana bahagian sama ada di bahagian tengah, sayap kiri dan kanan mahupun sebagai penyerang.

Piala Dunia FIFA 2002[sunting | sunting sumber]

Park menjaringkan gol yang diingati ketika Piala Dunia 2002. Semasa peringkat kumpulan Korea Selatan menang perlawanan pertama mereka menentang Poland[59] dan seri menentang Amerika Syarikat. Untuk layak ke pusingan seterusnya, mereka perlu sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri menentang pasukan pilihan Portugal. Kedudukan perlawanan adalah 0–0 sehingga minit ke 70 selepas dua kad merah dilayangkan kepada Portugal, kemudian Park menjaringkan gol kemenangan, mengawal bola dengan dadanya dan menewaskan Sérgio Conceição sebelum menyepak masuk melepasi penjaga gol Portugal, Vitor Baia. Golnya menyebabkan Portugal tersingkir dan Korea Selatan layak ke pusingan kalah mati pertandingan buat kali pertama. Korea Selatan akhirnya berjaya ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas Itali dan Sepanyol, menjadi pasukan Asia pertama yang berbuat demikian dalam sejarah Piala Dunia FIFA. Park menjaringkan penalti kedua ketika penentuan penalti suku akhir menentang Sepanyol, dimana Korea Selatan menang 5-3.[60]

Piala Dunia FIFA 2006[sunting | sunting sumber]

Kejayaan Park dalam Piala Dunia berterusan semasa Piala Dunia 2006. Beliau menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan kedua kumpulan G menentang Perancis[61] dan diundi Pemain Terbaik Perlawanan.[61] Diantara dua Piala Dunia ini, nombor jersinya bertukar dari nombor 21 ke nombor 7, dan beliau bermain dalam setiap perlawanan.

Piala Dunia FIFA 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober 2008, beliau mengetuai Korea Selatan buat pertama kali semasa perlawanan persahabatan menentang Uzbekistan. Korea menang 3–0. Beliau merupakan ketua pasukan bagi baki kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 dan merupakan penjaring terbanyak, dengan 5 gol. Salah satu golnya ketika menentang Iran di Seoul, mengalahkan 2 pertahanan kemudiannya menjaringkan gol dengan kaki kirinya. Korea Selatan layak ke pertandingan akhir tanpa sebarang kekalahan. Pada 12 Jun 2010, Park menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia berturut-turut, menjaringkan gol kedua Korea Selatan ketika kemenangan 2–0 ke atas Greece dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.[62] Beliau menjadi pemain Asia pertama untuk menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia berturut-turut dan menjadi penjaring terbanyak Asia dalam Piala Dunia dengan tiga gol, bersama-sama rakan senegara Ahn Jung-hwan dan Sami Al-Jaber dari Arab Saudi.[63]

Piala Asia 2011[sunting | sunting sumber]

Bapa Park, Park Sung-jong, berkata anaknya merancang untuk mengakhiri karier pasukan kebangsaannya selepas pertandingan Piala Asia 2011 di Qatar.[64] Park menyertai pertandingan itu pada 26 Disember 2010 sebagai kapten skuad.[50] Park membuat penampilan ke 100 antarabangsa ketika perlawanan separuh akhir menentang Jepun pada 25 Januari 2011.[65] Walau bagaimanapun, Korea Selatan tewas 3–0 menerusi penentuan penalti selepas seri 2–2 ketika masa tambahan.[66] Jurulatih Korea Selatan, Cho Kwang-rae mengesahkan pada 28 Januari bahawa Park telah bersara daripada tugas antarabangsa dan tidak beraksi ketika kemenangan 3–2 dalam play-off tempar ketiga menentang Uzbekistan.[67] Park dicalonkan untuk Pemain Paling Bernilai pertandingan bersama-sama Mark Schwarzer, Keisuke Honda dan Server Djeparov.[68] Anugerah itu kemudiannya dimenangi oleh pemain tengah Jepun, Keisuke Honda.[69] Pada 31 Januari, Park mengesahkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa untuk memberi peluang kepada pemain lebih muda.[70]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dikemaskini selepas permainan pada 12 Jun 2010.[71]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kyoto Purple Sanga
PSV Eindhoven
Manchester United

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Premier League clubs submit squad lists" (PDF). Premier League. 2 February 2012. ms. 23. Diperoleh pada 2 February 2012. 
  2. "Player Profile: Ji-Sung Park". Premier League. Diperoleh pada 1 September 2012. 
  3. "United's Park first Asian to play Champions League final". Reuters. 27 May 2009. Diperoleh pada 26 December 2009. 
  4. "Ji-Sung Park – Quote, Unquote". ManUtd.com. Manchester United. Diperoleh pada 22 April 2011. 
  5. "PARK Ji Sung". KFA.or.kr (Korea Football Association). 31 January 2011. Diperoleh pada 31 January 2011. 
  6. 6.0 6.1 "South Korea's Park Ji-Sung retires from international football" CNN. 31 January 2011. Retrieved 6 November 2011
  7. "Former Manchester United midfielder Ji-Sung Park announces retirement". Sky Sports. 14 May 2014. Diperoleh pada 14 May 2014. 
  8. "Ji-Sung Park". SoccerBase. Centurycomm. Diperoleh pada 18 July 2012. 
  9. Ducker, James (26 May 2009). "Park Ji Sung is a Seoul star out of the ordinary". The Times (London). Diarkibkan daripada asal pada 26 May 2011. 
  10. Park Ji sung from the view of his father – in Korean language
  11. Kimura who made Park '프로 박지성'을 만든 교토 기무라 단장, “20분보고 영입 결정”
  12. "Park interview" (dalam bahasa Korean). Joins.com. 9 May 2008. Diperoleh pada 9 May 2008. 
  13. Park, 2006, p. 213; "I failed to have good condition after the 6 weeks of injury, I felt teammates started not to trust me anymore."
  14. "PSV first teams by year". Diperoleh pada 8 May 2007. 
  15. "PSV 3–1 AC Milan (agg: 3–3)". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 4 May 2005. Diperoleh pada 5 May 2007. 
  16. "Best Forward 2005". UEFA. 1 July 2005. Diperoleh pada 22 April 2011. 
  17. "Park Ji-Sung pulls the strings for South Korea". CBA. 25 November 2009. Diperoleh pada 31 July 2010. 
  18. "Man Utd set to complete Park deal". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 22 June 2005. Diperoleh pada 20 March 2009. 
  19. "Park passes Old Trafford medical". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 24 June 2005. Diperoleh pada 20 March 2009. 
  20. "Park cleared for Red Devils move". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 5 July 2005. Diperoleh pada 5 July 2005. 
  21. "Park Ji-Sung: Top Asian Football Player". Worldrec.info (World Rec). 22 January 2010. Diperoleh pada 8 November 2010. 
  22. Adamson, Mike (18 October 2005). "Manchester United 0–0 Lille". The Guardian (London). Diperoleh pada 18 October 2005. 
  23. "Birmingham v Man Utd". Diperoleh pada 21 July 2007. 
  24. "Manchester United 4–2 Fulham". Football.co.uk match reports. Diperoleh pada 10 April 2006. 
  25. "Man Utd 2–0 Arsenal". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 9 April 2006. Diperoleh pada 9 April 2006. 
  26. "Park: Cartilage op confirmed". ManUtd.com. Manchester United. Diperoleh pada 27 April 2007. 
  27. "Park not on the list against Bolton" (dalam bahasa Korean). Sports Seoul. 20 March 2008. Diperoleh pada 4 May 2008. 
  28. Jackson, Jamie (1 March 2009). "Park Ji-sung: the true player's player". The Observer (London). Diperoleh pada 1 March 2011. 
  29. McNulty, Phil (21 September 2008). "Chelsea 1–1 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 26 September 2008. 
  30. Hughes, Ian (13 December 2008). "Tottenham 0–0 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 13 December 2008. 
  31. McNulty, Phil (7 April 2009). "Fulham 0–4 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 7 April 2009. 
  32. Thomas, Phil (2 May 2009). "Park lands new Man Utd deal". The Sun (London: News Group Newspapers). Diperoleh pada 2 May 2009. 
  33. Chowdhury, Saj (2 May 2009). "Middlesbrough 0–2 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 2 May 2009. 
  34. McNulty, Phil (5 May 2009). "Arsenal 1–3 Man Utd (agg 1–4)". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 5 May 2009. 
  35. "Manchester United v Barcelona: Park Ji-Sung is first Asian in Champions League final". The Telegraph (London). 27 May 2009. Diperoleh pada 27 May 2009. 
  36. "Park agrees new Man Utd contract". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 14 September 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  37. "Arsenal 1–3 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 31 January 2010. Diperoleh pada 31 January 2010. 
  38. "Man Utd 4–0 AC Milan". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 10 March 2010. Diperoleh pada 10 March 2010. 
  39. McNulty, Phil (21 March 2010). "Man Utd 2–1 Liverpool". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 21 March 2010. 
  40. Chong, Edwin (4 May 2010). "Park committed to United". Sky Sports. Diperoleh pada 4 May 2010. 
  41. "Airtricity League 1–7 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 4 August 2010. Diperoleh pada 4 August 2010. 
  42. Ashenden, Mark (22 September 2010). "Scunthorpe 2–5 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 22 September 2010. 
  43. Stevenson, Jonathan (26 October 2010). "Man Utd 3–2 Wolves". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 26 October 2010. 
  44. Chowdury, Saj (6 November 2010). "Man Utd 2–1 Wolves". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 6 November 2010. 
  45. Chowdury, Saj (27 November 2010). "Man United 7–1 Blackburn". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 27 November 2010. 
  46. Hibbs, Ben (10 December 2010). "Park is November's star". ManUtd.com (Manchester United). Diperoleh pada 10 December 2010. 
  47. Coppack, Nick (6 January 2011). "Park tops poll". Manchester United F.C. Diperoleh pada 6 January 2011. 
  48. Chowdury, Saj (13 December 2010). "Man United 1–0 Arsenal". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 13 December 2010. 
  49. Wilson, Jeremy (13 December 2010). "Manchester United v Arsenal: player ratings". The Daily Telegraph (London). Diperoleh pada 13 December 2010. 
  50. 50.0 50.1 Tuck, James (24 December 2010). "Park aims to leave on a high". Manchester United F.C. Diperoleh pada 24 December 2010. 
  51. Sanghera, Mandeep (2 April 2011). "West Ham 2–4 Man Utd". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 2 April 2011. 
  52. McNulty, Phil (12 April 2011). "Man Utd 2–1 Chelsea". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 12 April 2011. 
  53. "Exclusive: R's Swoop For Park". qpr.co.uk. 9 July 2012. Diperoleh pada 9 July 2012. 
  54. "QPR 0–5 Swansea". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 18 August 2012. Diperoleh pada 18 August 2012. 
  55. "Ji-Sung Park keert terug bij PSV" [Ji-Sung Park returns to PSV]. psv.nl (PSV). 8 August 2013. Diperoleh pada 8 August 2013. 
  56. . PSV http://www.psv.nl/Matches/Wedstrijdverslag.htm?dbid=255573&typeofpage=225188. Diperoleh pada 25 August 2013.  Missing or empty |title= (bantuan)
  57. "Park Ji-Sung: Former Man Utd & South Korea player retires". BBC Sport. 14 May 2014. Diperoleh pada 15 May 2014. 
  58. http://www.bbc.com/sport/0/football/29398862
  59. "South Korea vs Poland". Diarkibkan daripada asal pada 19 April 2008. Diperoleh pada 11 May 2008. 
  60. "Portugal 0–1 South Korea". Diperoleh pada 11 May 2008. 
  61. 61.0 61.1 "France 1–1 South Korea". BBC Sport match reports. 18 June 2006. Diperoleh pada 11 May 2008. 
  62. Soneji, Pranav (12 June 2010). "South Korea 2–0 Greece". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). Diperoleh pada 8 August 2013. 
  63. "Park aims at Asia's best scorer". Diperoleh pada 16 June 2010. 
  64. "AFC Asian Cup to be Park’s swansong". The-AFC.com (Asian Football Confederation). Diperoleh pada 17 December 2011. 
  65. Tuck, James. "Park's landmark cap". Manchester United F.C. Diperoleh pada 25 January 2011. 
  66. Whan-woo, Yi. "S. Korea loses to Japan in penalty shootout". The Korea Times. Diperoleh pada 25 January 2011. 
  67. "South Korean Park Ji-sung quits international football". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 31 January 2011. Diperoleh pada 31 January 2011. 
  68. "Four-midable quartet shortlisted for MVP". The-AFC.com (Asian Football Confederation). Diperoleh pada 28 January 2011. 
  69. "Hero Honda named MVP". The-AFC.com (Asian Football Confederation). Diperoleh pada 30 January 2011. 
  70. "Park retires from international duty". The-AFC.com (Asian Football Confederation). Diperoleh pada 31 January 2011. 
  71. "Ji-Sung Park – Century of International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 14 March 2011. Diperoleh pada 14 March 2011. 
  72. 72.0 72.1 72.2 72.3 "United aim to light up the Luzhniki with South Korean energy". The Independent (London: Independent). 21 May 2008. Diperoleh pada 8 November 2010. 
  73. "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or") 2005". Diperoleh pada 26 April 2011. 
  74. "Park and Ji named Players of the Year". kfa.or.kr (Korea Football Association). 23 December 2010. Diperoleh pada 23 December 2010. 
  75. Dyer, Kristian (27 July 2011). "Man. United's Park named MVP of All-Star Game". MLSSoccer.com. Diperoleh pada 30 July 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: