Penyu karah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penyu karah
Eretmochelys imbricata di Útila
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudina
Keluarga: Cheloniidae
Genus: Eretmochelys
Spesies: E. imbricata
Nama binomial
Eretmochelys imbricata
(Linnaeus, 1766)
Subspesis

E. imbricata bissa (Rüppell, 1835)
E. imbricata imbricata (Linnaeus, 1766), [2], [3]

Kawasan penyu karah
Sinonim

E. imbricata squamata sinonim junior

Penyu karah (Eretmochelys imbricata) atau juga dikenali sebagai penyu sisik[4][5], ialah spesis penyu laut yang terancam teruk. Ia tergolong dalam keluarga Cheloniidae, dan merupakan satu-satunya spesis dalam genusnya yang masih wujud. Spesis ini mempunyai taburan seluruh dunia, dengan subspesis Atlantik dan Pasifik. E. i. imbricata ialah subspesis di Atlantik, manakala E. i. bissa biasanya ditemui di kawasan Indo-Pasifik.[6]

Rupa penyu karah serupa dengan penyu-penyu laut yang lain. Ia mempunyai bentuk badan yang secara amnya rata, karapas pelindung, dan lengan seperti kaki sirip yang disesuaikan untuk renangan dalam lautan terbuka. E. imbricata boleh dibezakan dengan mudah daripada penyu-penyu laut yang lain melalui paruhnya yang tajam dan melengkung dengan tomium yang menonjol, dan bahagian tepi cangkerang dengan rupa seperti gergaji. Cangkerang penyu karah berubah warna sedikit mengikut suhu air. Penyu ini luangkan lebih masa di lagun-lagun cetek dan terumbu-terumbu karang, sementara hidup di lautan luas sebahagian masanya.

Amalan memancing oleh manusia mengancam E. imbricata menghadapi kepupusan. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) mengelaskan penyu karah sebagai spesis yang terancam teruk.[1] Cangkerang penyu karah adalah sumber utama bahan kulit penyu yang digunakan untuk membuat barang perhiasan. Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) mengharamkan penangkapan dan perdagangan penyu-penyu karah dan produk yang dihasilkan daripadanya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IUCN tidak disediakan
  2. PENGENALAN KEPADA PENYU LAUT DI MALAYSIA.
  3. Khazanah Laut Melaka Bersejarah.
  4. [http://www.dof.gov.my/turtle;jsessionid=4D17A3DB54D8C7DC6503F37641E4F220?p_p_id=56_INSTANCE_2yJv&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2 Penyu, JENIS-JENIS PENYU]
  5. PAKEJ PERCUTIAN DAN PENYU KARAH DI PENGKALAN BALAK, MELAKA.
  6. 'Eretmochelys imbricata (Linnaeus, 1766) (TSN 173836). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 5 February 2007.
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CITESAPP tidak disediakan