Perro fino colombiano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perro fino colombiano
Nama lainSabueso fino colombiano
Negara asalColombia
Trait
Berat Piawai: 15–25 kilogram (33–55 lb)
Besar: 25–35 kilogram (55–77 lb)
Tinggi Piawai: 43–50 sentimeter (17–20 in)
Besar: 51–60 sentimeter (20–24 in)
Bulu Pendek
Warna Sebarang cahaya warna, corak, atau gabungan merah, hitam, putih, perang, atau brindle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perro fino colombiano atau sabueso fino colombiano[a] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Colombia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sabueso fino colombiano dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu bau yang diimport ke Colombia. Baka ini telah dikenali di negara itu sekurang-kurangnya selama dua abad walaupun terdapat sesetengah bukti bahawa sesetengah leluhur baka ini telah berada di negara itu selama sehingga 350 tahun.[1] Baka ini terdapat dalam komuniti luar bandar, khususnya di utara negara itu, dan dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan petani.[1][2] Baka ini diiktiraf oleh kelab kenel kebangsaan Colombia, Asociación Club Canino Colombiano, dan pada tahun 2015 terdapat anggaran sebanyak 10,000 contoh baka ini di dalam Colombia.[1][3]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Sabueso fino colombiano ialah baka panjang bersaiz sederhana dan berbulu pendek yang memaparkan banyak trait tipikal anjing pemburu bau.[1][2] Piawaian baka Asociación Club Canino Colombiano menyatakan bahawa baka ini terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz piawai yang berdiri setinggi 43–50 sentimeter (17–20 in) dan saiz besar yang berdiri setinggi 51–60 sentimeter (20–24 in).[3] Piawaian baka menyatakan bahawa keragaman saiz piawai berukuran seberat 15–25 kilogram (33–55 lb) dan keragaman besar berukuran seberat 25–35 kilogram (55–77 lb).[3]

Lapis bulu berbulu pendek sabueso fino colombiano terdapat dengan pelbagai warna. Piawaian baka menyatakan bahawa ia dapat memiliki sebarang cahaya warna, corak, atau gabungan merah, hitam, putih, perang, atau brindle. Baka ini mempunyai ekor panjang.[1][2][3] Baka ini mempunyai deria bau sangat kuat.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤيرو فينو کولومبيانو; سابوءيسو فينو کولومبيانو; Sepanyol: perro fino colombiano; sabueso fino colombiano; bahasa Inggeris: Colombian fino hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Moreno, Ponto (25 November 2015). "Un sabueso propio de Latinoamérica" [Anjing pemburu bau yang benar-benar dari Amerika Latin]. El Comercio (dalam bahasa Sepanyol). Quito, Ecuador. Dicapai pada 25 Mac 2024.
  2. ^ a b c Álvarez, J.; Jiménez, L.M.; Martínez, R.M.; Rodríguez, Y.D.; Mendoza, L.F.; Leal, J.D.; Atehortua, M.K.; Camargo, J.C.; Sánchez, C.A. (2015). "Comparación de características fanerópticas entre cuatro razas de sebuesos y el Sabueso Fino Colombiano" [Perbandingan ciri faneroptik antara empat baka anjing pemburu bau dengan sabueso fino colombiano]. Actas Iberoamericanas de Conservación Animal (dalam bahasa Sepanyol). 6: 372–380. Dicapai pada 25 Mac 2024.
  3. ^ a b c d "Sabueso Fino Colombiano: Estándar oficial" (PDF). Asociación Club Canino Colombiano (dalam bahasa Sepanyol). 20 Januari 2018. Dicapai pada 25 Mac 2024.