Baset Artois Normandie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baset Artois Normandie
Baset Artois Normandie
Nama ringkasBAN
Negara asalPerancis
Trait
Berat 15–20 kg (33–44 lb)
Tinggi 30–36 cm (12–14 in)
Bulu pendek
Warna perang kekuning-kuningan, hitam dan putih; perang kekuning-kuningan dan putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baset Artois Normandie[a] ialah satu baka anjing jenis hound berkaki pendek yang dikembangkan di Perancis. Kata baset merujuk anjing pemburu berkaki pendek.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baset Artois Normandie dan anjing pemburu baset yang lebih dikenali mengongsi leluhur bersama pada anjing-anjing pemburu bertungkai pendek dari Perancis utara pada awal abad ke-19 yang menunjukkan kekerdilan osteokondrodisplasia.[1] Walau bagaimanpun, tidak seperti anjing pemburu baset, yang dikembangkan oleh para pembiak baka Inggeris pada lewat abad ke-19 sebagai anjing lebih teguh yang pada awalnya dibiakbakakan bersilang dengan anjing pemburu darah, anjing-anjing jenis baset yang dikembangkan oleh para pembiak baka Perancis kekal bertulang lebih rungan dan lebih tertumpu pada kemampuan perburuan.

Pendokumenan baset Perancis ini sebagai baka tulen bermula pada tahun 1870, dan daripada satu jenis leluhur bersama, dua strain dikembangkan. Salah satu mempunyai tungkai hadapan lurus (baset Artois) dan yang lagi satu mempunyai tungkai hadapan bengkok (Normandie). Kelab baka ditubuhkan pada tahun 1910 dan baka ini diberi nama modennya pada tahun 1924.[2][3]

Baset biasanya anjing pemburu berjalan yang diikuti oleh pemburunya yang berjalan juga. Tungkai pendeknya bermaksud bahawa ia tidak dapat pergi terlalu jauh daripada pemburunya. Baset Artois Normandie digunakan untuk memburu arnab dan buruan kecil lain sama ada bersendirian atau dalam kawanan, tetapi kini lebih banyak dibiakbakakan untuk menjadi anjing peliharaan.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Ketinggian baset Artois Normandie ialah 30–36 cm (12–14 in), dengan nisbah tinggi dengan panjang badan sekitar 5:8. Beratnya kira-kira 17 kg (37 lb). Bulunya pendek dan triwarna (perang kekuning-kuningan dan putih dengan litupan hitam, tompok di serata belakang) atau dwiwarna (perang kekuning-kuningan dan putih). Kepala dan telinga panjangnya distingtif, dan perangainya patut tenang dan baik hati.[4]

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Kelab baka aslinya ialah Club français du Basset Artésien Normand & du Chien d'Artois (Kelab Baset Artois Normandie dan Anjing Pemburu Artois Perancis) dan baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) sebagai baka nombor 34 dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau.[5] Baset Artois Normandie merupakan salah satu daripada enam baka jenis baset yang diiktiraf oleh FCI.[6] Ia juga diiktiraf oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat) dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: باسيت ارتوا نورمندي; Perancis: basset artésien normand; bahasa Inggeris: Norman Artesian basset

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martínez, S; Fajardo, R; Valdés, J; Ulloa-Arvizu, R; Alonso, R (2007). "Histopathologic study of long-bone growth plates confirms the basset hound as an osteochondrodysplastic breed". Can. J. Vet. Res. (dalam bahasa Inggeris). 71 (1): 66–9. PMC 1635992. PMID 17195339.
  2. ^ "Standard FCI N° 34 BASSET ARTESIEN NORMAND" [Piawaian FCI No. 34 Baset Artois Normandie] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  3. ^ "FCI-Standard N° 34 BASSET ARTÉSIEN NORMAND (Norman Artesien Basset)" [Piawaian FCI No. 34 Baset Artois Normandie] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ Kelab baka kebangsaan Perancis untuk baset Artois Normandie (Perancis)
  5. ^ "BASSET ARTESIEN NORMAND". Persekutuan KinoLogi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2024.
  6. ^ Fogle, Bruce (2002). Dogalog (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. m/s. 48. ISBN 978-0-7894-8394-2.
  7. ^ "Breed Standards : Basset Artesien Normand | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2024.