Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis
Nama lainAnjing triwarna besar Inggeris-Perancis
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 60–70 cm (24–28 in)
Bulu Pendek
Warna Triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis atau anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis[a] ialah satu baka anjing yang digunakan dalam perburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu bau Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan hound tipikal dari segi penampilan umum, dengan tungkai panjang, telinga labuh panjang, dan ekor panjang. Lapis bulu ganda pendeknya adalah triwarna, iaitu hitam, putih, dan sawo matang. Ia berdiri setinggi 60–72 cm (24–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 34.5–35.5 kg (76–78 lb).[1][2]

Sejarah dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis diturunkan daripada silangan antara anjing pemburu Poitou yang triwarna dengan anjing pemburu rubah. Gabungan ini telah jelas mempengaruhi baka ini dengan banyak cara. Anjing ini berpendirian kuat dan padat seperti anjing pemburu rubah dengan lapis bulu triwarna berliputan hitam. Ia pernah digunakan sebagai anjing kawanan untuk memburu buruan besar seperti rusa merah, babi hutan, dan rusa roe atau haiwan lebih kecil seperti rubah. "Besar" pada namanya tidak semestinya merujuk saiz anjing. "Dalam kebanyakan kes, ini hanya label untuk kawanan yang digunakan untuk buruan lebih besar".[3]

Baka ini diiktiraf di tanah airnya oleh Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis)[4] dan di peringkat antarabangsa pada tahun 1983 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau. Di Perancis, ia dibiakbakakan dan dibela terutamanya sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya. Ia juga berdaftar dengan banyak pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu besar Inggeris-Perancis ini memerlukan amat banyak senaman. Ia biasanya dibela dalam kawanan besar di kawasan luar bandar dan mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar atau kehidupan keluarga, tetapi ia dikatakan bersifat baik hati. Kebebasan anjing tanpa cawak mungkin berbahay kerana naluri perburuannya sangat tinggi.

Triwarna[sunting | sunting sumber]

Lapis bulu triwarna ialah pola dengan sesetengah cahaya warna hitam atau perang, sesetengah cahaya warna merah yang kerap dipanggil sawo matang, dan sesetengah putih. Pigmentasi eumelanin dan feomelanin hadir pada anjing sama; "belakangnya hitam daripada pigmen eumelanin yang terhasil dan perutnya sawo matang atau merah daripada pigmen feomelanin yang terhasil".[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو تريورنا بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; انجيڠ تريورنا بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; Perancis: grand anglo-français tricolore; bahasa Inggeris: great Anglo-French tricolour hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Standard FCI N° 322 GRAND ANGLO-FRANÇAIS TRICOLORE" [Piawaian FCI No. 322 Anjing Pemburu Triwarna Besar Inggeris-Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 Julai 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ "FCI-Standard N° 322 GRAND ANGLO-FRANÇAIS TRICOLORE (Great Anglo-French Tricolour Hound)" [Piawaian FCI No. 322 Anjing Pemburu Triwarna Besar Inggeris-Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 18 Jun 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 87. ISBN 0-87605-624-9.
  4. ^ "Société Centrale Canine, Grand Anglo-Francais Tricolore" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ "Tricolour genetics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]