Pertanian di United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pertanian di United Kingdom menggunakan sekitar 71% kawasan tanah negara itu. UK menghasilkan kurang 60% makanan yang digunakannya dan sumbangan industri pertanian kepada ekonomi negara ini beransur-ansur merosot. Sungguhpun ada petani mahir, teknologi tinggi, tanah subur dan subsidi, yang sebahagian besarnya datang dari Kesatuan Eropah, pendapatan ladang adalah rendah dan makin menyusut, terutamanya kerana harga rendah di pintu ladang. Dengan setiap generasi, semakin kurang orang muda yang mampu menyediakan kos modal yang semakin bertambah untuk masuk ke dalam pertanian dan lebih ramai yang tawar hati akibat pendapatan rendah. Usia purata tuan ladang British kini adalah 59.

Akhir-akhir ini, komuniti pertanian British dilihat melambung kembali sedikit. Terdapat gerakan ke arah pertanian organik dalam suatu cubaan untuk mengekalkan keuntungan, dan banyak petani kini menambah pendapatan mereka dengan mempelbagaikan aktiviti selain pertanian semata-mata. Biobahan api membuka peluang baharu untuk para petani di saat peningkatan ketakutan latar belakang terhadap harga bahan api fosil, kawalan tenaga, kelestarian tenaga dan perubahan cuaca. Terdapat pertambahan kesedaran bahawa petani mempunyai peranan penting sebagai penjaga kawasan desa dan hidupan liar British.

Kos tinggi untuk masuk ke dalam pertanian memberikan suatu halangan besar. Harga tanah di United Kingdom adalah tinggi. Pihak berkuasa tempatan menyedari ini dan sesetengah mereka memberikan kebun kecil dengan niat untuk membolehan mereka yang berkemahiran atau terlatih sedikit modal untuk mengusahakannya sebagai petani penyewa. Walau bagaimanapun, peruntukan ini menyusut dan kini makin bertambah kekurangan tanah ladang untuk disewa.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
Bibliografi
Terbitan berkala
  • King, Jane (ed.): Farmers Weekly. Sutton, Surrey: Reed Business Information.
Petikan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]