Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:

dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen.

PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap pembangunan ekonomi yang terendah di negara.

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Jadual keputusan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1955: Parlimen

Parti Kerusi  % undi
Ditandingi Dimenangi
Parti Perikatan (Alliance): 52 51 79.6
Parti Kemerdekaan untuk Malaya (IMP) 30  0  7.6
Parti Islam SeMalaya (PMIP) 11  1  3.9
Parti Progresif Perak (PPP)
Parti Kebangsaan Perak
Jumlah besar   52 100.0
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-276736.
  • The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-6694-4.