Parti Buruh Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Buruh Malaya
Labour Party of Malaya
(LPM)
Ketua D.S. Ramanathan
Diasaskan June 1952
Dibubarkan 1969
Sayap belia Socialist Youth League of Malaya
Ideologi Democratic socialism
Penggabungan antarabangsa Socialist International, Asian Socialist Conference
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Buruh Malaya atau Labour Party of Malaya (LPM) adalah sebuah parti politik Tanah Melayu yang bergerak aktif antara 1952 hingga 1969. Pada permulaannya ianya ditubuhkan sebagai persekutuan bagi parti-parti buruh negeri yang dikenali sebagai Parti Buruh Se-Malaysia atau Pan-Malayan Labour Party (PMFP).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

LPM berakar-umbi dari parti-parti buruh negeri-negeri yang diasaskan selepas kerajaan British mengumumkan rancangan untuk menganjurkan pilihanraya tempatan pada 1950. Pada 1952, perwakilan dari parti-parti buruh negeri-negeri, 21 kesatuan sekerja dan pertubuhan Melayu berhaluan kiri Syarikat Berkerjasama Am Saiburi (SABERKAS) mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur dan memutuskan untuk membentuk Parti Buruh Se-Malaysia (PMFP). Pertubuhan ini pada mulanya mengambil pendirian anti-komunis tetapi juga tidak anti penjajah secara terbuka.

Pertubuhan ini telah menyertai Sosialis Antarabangsa (Socialist International) sebagai ahli.[1]

Apabila pengerusi parti Lee Moke Sang terpaksa meletak jawatan sebagai penjawat awam bila diharamkan dari memegang jawatan politik dan digantikan oleh D.S. Ramanathan sebagai pengerusi yang baru.[2] Dengan kemunculan pimpinan radikal sosialis, pendiriannya beransur bersandar kepada anti-penjajah dan pada Jun 1954, pertubuhan ini diubah nama kepada Parti Buruh Malaya (LPM).

Berlandaskan kepada agenda radikal sebagai platfomnya, LPM telah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 namun gagal untuk memenangi sebarang kerusi. LPM bagaimanapun berjaya menawan Majlis Bandaraya Georgetown Pulau Pinang di dalam pilihanraya tempatan pada 1956 dengan majoriti 8 kerusi.[3]

Mengikut kenyataan parti itu sendiri, ianya mempunyai anggota Melayu dan Cina yang sama tetapi sedikit angggota keturunan India dan lain-lain kaum. Parti LPM menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang bukan berlandaskan perkauman. Ianya berpandangan kerajaan Perikatan merupakan kerajaan kapitalis dan golongan feudal.[4]

Sayap pemuda parti digelar Liga Pemuda Sosialis Malaya atau Socialist Youth League of Malaya.[5]

Perlembagaan penubuhan LPM menuntut pemerintahan sendiri Tanah Melayu, undang-undang kewarganegaraan yang liberal, perkhidmatan awam berunsurkan ciri tempatan, ekonomi yang terancang, peningkatan keadilan demokrasi dan perubahan pertanian. LPM juga mencadangkan pembatalan hak-hak istimewa bagi sebarang etnik, kewarganegaraan persekutuan menggantikan kewarganegaraan negeri, penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, penyatuan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu, pembatasan kuasa Raja-raja Melayu, jawatan Presiden yang dipilih dan sebuah negara sekular.

Pasca Merdeka[sunting | sunting sumber]

Memandangkan keadaan selepas merdeka pada 1957, LPM meminda perlembagaannya pada 1959 untuk berusaha menuntut penubuhan sebuah negara sosialis demokratik Tanah Melayu yang bersatu dan menuntut hasil sepenuhnya daripada titik peluh perkerjaan bagi pekerja-pekerja yang berkerja dengan tenaga empat kerat dan kepintaran mereka serta pembahagian samarata yang sebaik mungkin berlandaskan pemilikan bersama segala urusan pengeluaran, pembahagian dan pertukaran dan sistem terbaik perolehan bagi pentadbiran dan pengawalan induatri dan perkhidmatan yang popular.

Pada era 1950-an dan 1960-an, Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya, Parti Buruh Malaya dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak berhaluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO. Pada 1963, sejurus selepas kejadian Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Abdul Aziz Ishak (ketua GERAM), Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rose, Saul. Socialism in Southern Asia. London: Oxford University Press, 1959. pp. 8-9
  2. D.S. Ramanathan. Tasks of Socialism in Malaya, in Socialist Asia, Vol IV, November 1955/February 1956, Nos. 3-4. p. 8
  3. Penang Story: Facing Up to Storm Clouds : The Labour Party of Malaya, Penang Division, 1963 – 1969
  4. D.S. Ramanathan. Socialism in Malaya, in May Day 1956, jointly published by the Socialist International and the Asian Socialist Conference. pp. 7-8
  5. Resolutions of the Socialist Youth League of Malaya, in May Day 1956, jointly published by the Socialist International and the Asian Socialist Conference. p. 8