Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
Img queen12 2.jpg

Raja Permaisuri Agong ke-XII
13 Disember 200112 Disember 2006
Pertabalan 25 April 2002
Negeri Perlis
Pendahulu Tuanku Siti Aishah
Pengganti Tuanku Nur Zahirah

Raja Perempuan Perlis
14 Julai 2000 – kini
Pertabalan 14 Julai 2000
Pendahulu Tengku Budriah

Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Dilahirkan 6 Jun 1946 (68 tahun)
Kota Bharu, Kelantan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid, D.M.N., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., merupakan ahli kerabat Diraja Kelantan dan Terengganu yang diputerikan pada 6 Jun 1946. Baginda menerima pelajaran di Zainab English School, Kota Bharu, Kelantan sehingga tahun 1963. Ayahanda baginda ialah Almarhum Tengku Temenggong Abdul Rashid Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu dan Bonda baginda ialah Tengku Petri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra, Sultan Kelantan.

Semasa di bangku sekolah baginda mengambil bahagian di dalam sukan termasuk bermain bola jaring dan rounders. Sebagai seorang pencinta seni, baginda seringkali mengambil bahagian di dalam pementasan dengan rakan-rakan. Baginda juga berminat dalam permainan tenis. Selain itu baginda gemar dalam bidang hiasan dalaman, masak memasak, menjahit, perkhidmatan sukarela dan bidang tarian.

Dalam tahun 1963 ketika berusia 17 tahun baginda telah ditunangkan dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ketika itu DYMM Tuanku Syed Sirajuddin masih menuntut di England. Sejak bertunang baginda selalu berdamping mesra dengan Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra dan DYMM Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada masa itu bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda turut bersemayam di Istana Negara dan kadangkala berangkat balik ke Kelantan. Dalam tahun 1964, baginda berpeluang melawat Hong Kong.

Baginda berkahwin dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari 1967 dan 23 Oktober tahun yang sama baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri, S.P.M.P. oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Dalam tahun 1967, baginda telah melawat Bangkok. Baginda juga mengiringi DYMM Tuanku Syed Sirajuddin yang pada masa itu bertugas sebagai Pegawai dalam Pasukan Peninjau Malaysia di Pahang. Pada 30 Disember 1967 baginda dikurniakan seorang putera sulung yang diberi nama Syed Faizuddin Putra yang diputerakan di Hospital Besar Alor Setar.

Pada 30 April 1968 iaitu Ulangtahun Keputeraan Almarhum DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tengku Fauziah telah dianugerahkan gelaran Raja Puan Muda Perlis oleh Almarhun DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan sebutan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.

Pada 31 Disember 1969 baginda bersama-sama DYMM Tunku Raja telah berangkat untuk bersemayam di Negeri Perlis.

Dalam menyumbangkan khidmat sukarela, baginda pernah dipilih sebagai Pengelola Rayuan Binaan Wisma Pahlawan Negeri Perlis pada 1 April 1970.

Selain itu baginda juga aktif dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan di negeri Perlis. Antaranya ialah sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Perlis, Naib Yang Dipertua Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajjah Budriah Perlis dan sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perlis.

Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Yang di-Pertuan Agong ke-12 di Upacara Keberangkatan

Baginda telah dikurniakan seorang puteri bernama Sharifah Fazira yang dilahirkan di Hospital Besar Kangar pada 5 Jun 1973.

Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Almarhum Tuanku Syed Putra, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (S.S.P.J.) pada tahun 1997.

Pada tahun 1999, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Perlis (D.K.) oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda.

Baginda bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan anakanda baginda berangkat menunaikan Haji di Mekah pada tahun 2000. Baginda juga turut bersama-sama Seri Paduka Baginda Tuanku telah membuat lawatan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Denmark, Austria, Itali, Switzerland, Mesir, Sepanyol, Holand, Belgium, Thailand, Arab Saudi, Indonesia, Singapura, USA, Argentina, Brazil, Chile, Sweden, Norway, Turki, Afrika Selatan, Filipina, Mexico, Maghribi dan Jepun.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis pada 14 Julai 2000.