Muzik Muzik
| Muzik Muzik | |
|---|---|
| Genre | Hiburan, muzik |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan musim | 27 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 1 jam seminggu (1986-2011) 30 minit seminggu (2012-kini) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang rasmi | |
Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 di mana lagu-lagu bahasa Malaysia, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia, dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan video muzik lagu, di Muzik Muzik, penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio.
Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.
Muzik Muzik yang dimulakan pada 2 Mac 1986, dua tahun selepas TV3 mula beroperasi, memasuki musim ke-27 pada tahun 2012.
Isi kandungan |
Format [sunting]
-
Lihat juga: Anugerah Juara Lagu
Lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Muzik Muzik dibahagi kepada tiga kategori: Pop/Rock, Balada, dan Etnik Kreatif (dahulunya Irama Malaysia). Setiap minggu dimuatkan dengan carta dua puluh buah lagu hasil undian penonton, diiringi persembahan oleh pencalonan baru yang layak memasuki carta mulai minggu seterusnya. Penonton boleh mengundi melalui SMS atau borang undian di Internet.
Menjelang akhir setiap tahun, kesemua lagu yang dipertandingkan sepanjang tahun dihitung ketahanannya dalam carta dan bilangan lagu yang sama rata dalam setiap kategori dilayakkan ke peringkat Separuh Akhir. Ketika pusingan Separuh Akhir, kesemua lagu yang layak dipersembahkan lagi di hadapan sebarisan juri yang bakal menentukan siapa yang harus memasuki peringkat Akhir, iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL), dan sekali lagi, lazimnya bilangan lagu yang sama rata mengikut kategori dilayakkan ke peringkat AJL yang berprestij.
Tidak semestinya penyanyi asal sesebuah lagu perlu hadir untuk mempersembahkan lagu dendangannya, kerana Muzik Muzik dan AJL bertujuan memberi penghargaan kepada komposer dan penulis lirik lagu Malaysia.
Perkembangan terkini [sunting]
Kebelakangan ini, bilangan penyertaan bagi kategori Etnik Kreatif nampaknya kian berkurangan. Ini kelihatan jelas sekali pada musim ke-22 Muzik Muzik yang kekurangan calon Muzik-muzik dari kategori Etnik Kreatif lalu penganjur terpaksa menambah satu lagi ruang untuk calon AJL kategori Pop/Rock.[1]
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Siti Azira Abd Aziz. "AJL 22 'pinggirkan' lagu etnik kreatif?", mSTAR Online, 2007-07-11. Dicapai pada 2008-01-30.