Seberang Takir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah Shah Bandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

Perubahan Daerah[sunting | sunting sumber]

Seberang Takir kini diletakkan di bawah pentadbiran Derah Kuala Nerus yang baru dibentuk[1]. Terdahulu ianya diletakkan sebahagian dari Daerah Kuala Terengganu.

N 11 Seberang Takir[sunting | sunting sumber]

DUN Seberang Takir merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Kuala Nerus. Penyandang bagi kerusi DUN Seberang Takir adalah Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Beliau menewaskan dua calon lain dengan majoriti 1,510 undi[2].

  1. [1] Kuala Nerus diisytihar daerah ke-8 Terengganu
  2. http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat.asp?strTahun=2013&strDR=P035&strDUN=N011&strParti=BN